backup og meta

6 Manfaat Minum Air Mineral Kaya Silika Untuk 30 Hari, Anda Boleh Awet Muda!

6 Manfaat Minum Air Mineral Kaya Silika Untuk 30 Hari, Anda Boleh Awet Muda!

Rasanya, semua orang sudah tahu terdapat banyak kebaikan air mineral terhadap kesihatan. Cuba anda bayangkan jika minumair mineral dalam masa 30 hari dengan konsisten, apa yang akan terjadi?

Ia pasti akan mendatangkan pelbagai lagi faedah dan manfaat terutama jika pengambilanair mineral itu mengandungi kandungan silika yang tinggi. Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut tentang kebaikan air mineral yang mengandungi mineral silika!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa kebaikan air mineral untuk kesihatan?

Sebenarnya, ada banyak kebaikan air mineral yang boleh anda dapati jika fokus dan konsisten minum air mineral sahaja selama sebulan, tanpa pengambilan sebarang minuman lain termasuk teh atau kopi.

Lebih-lebih lagi air mineral jenis silika, ia mampu memberi manfaat kepada penghidratan tubuh, peningkatan kolagen dan peredaran darah yang seterusnya akan membawa kesan positif pada kulit kita semua.

Berikut adalah kesan minum air mineral setiap hari setelah sebulan memilih air mineral botol kecil atau air mineral botol besar sebagai minuman ruji:

#1. Air mineral boleh buat anda awet muda?

Pengambilan air mineral akan memastikan kulit anda cukup terhidrat sehingga dapat memperlahankan lagi proses penuaan kulit1.

Pengambilan yang mencukupi juga dapat membuat kulit anda kelihatan sihat, lembap, lembut, berseri dan bebas kerutan serta kedutan.

Air mineral yang tinggi kandungan silika khususnya, memiliki kemampuan untuk memastikan tubuh anda kekal terhidrat bagi tempoh yang lebih lama1.

Kesannya, air mineral dengan kandungan silika ini mampu membawa kesan positif terutama dari segi keanjalan dan kesihatan kulit sekali gus membuat anda lebih awet muda1!

#2. Meningkatkan tenaga kerja dan kreativiti

Menurut kajian terbitan Frontiers, ketika anda hanya mengambil air mineral sahaja selama sebulan, otak anda akan berfungsi lebih baik dan bertindak balas lebih cepat2.

Ini dibuktikan melalui ujikaji terhadap 34 orang dewasa yang menunjukkan reaksi 14% lebih pantas dalam sebuah aktiviti kompleks berbanding mereka yang sedang dahaga2.

Hal tersebut terjadi kerana otak memerlukan banyak oksigen untuk bekerja secara optimum, sementara pengambilan air mineral dapat memastikan otak mendapatkan keperluan oksigen yang cukup2.

Pengambilan8 ke 10 gelas air setiap hari juga mampu meningkatkan keupayaan kognitif sebanyak 30%!

Air mineral kaya silika membantu meningkatkan hidrasi tubuh.
Air mineral mengandungi silika meningkatkan tenaga kerja & kreativiti

Caption: Air mineral mengandungi silika meningkatkan tenaga kerja & kreativiti.

#3. Menyingkirkan toksin dari tubuh

Kebaikan air mineral juga mampu dijadikan sebagai pemangkin daya tahan tubuh yang jauh lebih optimal3.

Ini kerana meminum air mineral tinggi silika dalam jumlah yang mencukupi dapat membantu menyingkirkan toksin daripada badan4.

Dalam masa sama, ia turut membantu anda menghadam makanan sekali gus mencegah masalah sistem penghadaman seperti sembelit dan lain-lain4.

#4. Menguatkan fungsi organ jantung

Pengambilan air mineral yang kaya dengan silika mungkin dapat mengurangkan risiko terjadinya serangan jantung dalam jangka masa panjang5.

Ini kerana meminum air mineral tinggi silika dengan konsisten mampu mengekalkan hidrasi lantas membuat organ jantung lebih sihat6.

Alasannya, jantung anda akan bekerja lebih efisien dalam mengepam dan menyalurkan darah ke salur serta otot yang diperlukan6.

Air mineral kaya silika membantu meningkatkan hidrasi tubuh.
Air mineral mengandungi silika menguatkan fungsi organ jantung.

Caption: Air mineral mengandungi silika menguatkan fungsi organ jantung.

#5. Menguatkan tulang

Selain itu juga, kebaikan air mineral kaya silika akan dapat membantu menguatkan tulang, agar sendi-sendi dapat bergerak dengan lebih lancar7.

Dalam erti kata mudah, fleksibiliti sendi akan dapat ditingkatkan dengan pengambilan air mineral tinggi silika.

#6. Menyingkirkan lemak

Dalam masa yang sama, kebaikan air mineral kaya silika turut dapat mengurangkan kelaparan bagi tempoh lebih lama.

Selain itu juga, pengambilan air mineral kaya silika dapat memicu kemampuan tubuh untuk membakar lemak.

Kajian tersebut dilakukan oleh Journal of Endicronology Clinical and Metabolism yang menemukan bahawa, air mineral dapat meningkatkan metabolisme sebanyak 30% dalam lelaki dan wanita7.

Jadi, ini bermakna pengambilan air mineral secara berkala turut akan membantu mengawal berat badan anda8.

Cabaran minum air selama sebulan membawa kebaikan.
Jom sahut cabaran minum air mineral 30 hari!

Caption: Jom sahut cabaran minum air mineral 30 hari!

Air mineral mengandungi mineral silika yang boleh anda pertimbangkan

Air mineral Spritzer semula jadi yang kaya silika adalah antara yang paling tinggi kandungan mineral silika di dunia, sekali gus menjadikan ia pilihan yang boleh dipertimbangkan.

Di samping dapat membantu individu mengekalkan tahap hidrasi yang baik, air mineral semula jadi Spritzer turut memberi manfaat kepada kulit anda hasil kemampuannya meningkatkan kadar kolagen.

Dalam erti kata mudah, anda boleh cuba mempertimbangkan air mineral Spritzer yang kaya silika ini ya sebagai cabaran minuman air selama 30 hari!

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang mineral silika dalam air mineral semula jadi Spritzer.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The chemistry of silica and its potential health benefits, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17435951/, Diakses Okt 9 2024.
  2. Frontiers in the News: Drinking water can boost cognitive performance, https://www.frontiersin.org/news/2013/07/19/frontiers-in-the-news-drinking-water-can-boost-cognitive-performance/, Diakses Okt 9 2024.
  3. 6 Ways to Boost Your Immune System, https://www.houstonmethodist.org/blog/articles/2020/mar/5-ways-to-boost-your-immune-system/, Diakses Okt 9 2024.
  4. Top 5 Benefits of Drinking Water, https://accesshealthla.org/top-5-benefits-drinking-water/, Diakses Okt 9 2024.
  5. Good hydration may reduce long-term risks for heart failure, https://www.nih.gov/news-events/news-releases/good-hydration-may-reduce-long-term-risks-heart-failure, Diakses Okt 9 2024.
  6. Hydration and your heart, https://www.hri.org.au/health/your-health/lifestyle/hydration-and-your-heart, Diakses Okt 9 2024.
  7. Mineral waters and bone health, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/15095624/, Diakses Okt 9 2024.
  8. Water-induced thermogenesis, https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/14671205/, Diakses Okt 9 2024.

Versi Terbaru

23/10/2024

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kena Minum Banyak Air Kosong Nak Elak Jangkitan Saluran Kencing, Berkesan Ke Cara Ini?

Ada 7 Cara Nak Atasi Kalau Hidung Asyik Rasa Gatal, Minum Air Kosong Tip Paling Mudah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan