Macam Mana Nak Pastikan Kebersihan dan Keselamatan Makanan Ketika Banjir Melanda?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Antara bulan Oktober sehingga selewat-lewatnya bulan Januari, akan tiba musim tengkujuh atau banjir yang bakal memberi sedikit kesan banjir kepada kehidupan penduduk terutama bagi mereka yang berada di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 

Banjir yang diakibatkan oleh penurunan jumlah hujan yang tinggi sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada penduduk yang terjejas.

Kemungkinan berlakunya banjir adalah sangat tinggi. Pada ketika ini juga, akses kepada makanan akan menjadi terhad. Bekalan-bekalan makanan akan mengalami sedikit kesukaran untuk tiba ke penempatan penduduk yang terjejas akibat kesan banjir. 

Tip keselamatan makanan semasa musim banjir

Pun begitu, bagi mereka yang masih mempunyai bekalan makanan sama ada di rumah atau di pusat penempatan banjir, ikuti tip ini untuk pastikan keselamatan makanan yang anda ambil. Mengapa? Kerana pada musim banjir, sumber makanan akan lebih mudah tercemar kepada agen pencemaran seperti penyakit bawaan air atau vektor seperti nyamuk, lalat atau tikus. 

#1. Jangan sesekali memakan makanan yang telah bersentuhan dengan air kesan banjir

kesan banjir

Anda tidak tahu sekiranya air banjir tersebut telah tercemar dengan najis daripada sisa kumbahan yang keluar. Air banjir jelas sekali tidak bersih disebabkan oleh pelbagai agen pencemar yang berada di dalamnya. 

#2. Elakkan pengambilan makanan yang tidak berada dalam bekas yang tertutup rapat

Ada kemungkinan makanan anda telah disentuh oleh haiwan-haiwan pembawa bakteria atau virus seperti lalat, tikus dan lipas.

#3. Jangan makan makanan dalam tin yang telah rosak

Tin yang sudah kemek, bocor, berlubang, berkarat atau menggelembung adalah contoh petunjuk yang baik bahawa keadaan makanan di dalamnya mungkin telah berubah. 

#4. Basuh semua peralatan makanan sebelum anda menggunakannya

kesan banjir

Basuh pinggan, cawan, sudu, garpu atau pembuka tin dengan menggunakan sabun dan air bersih. Anda juga boleh membasuhnya dengan siraman air panas setelah itu. Anda juga boleh merendamnya sekurang-kurangnya selama 15 minit dalam air panas.

#5. Basuh tempat penyediaan makanan

 Jangan sesekali tidak menghiraukan kebersihan meja penyediaan makanan anda. Gunakan sabun dan air bersih untuk membersihkannya. Anda juga boleh menggunakan cecair peluntur klorin yang telah dicampurkan dengan air terlebih dahulu untuk tujuan cucian. 

#6. Hanya minum air bersih

kesan banjir

Sekiranya ada, minumlah minuman yang telah dibotolkan sahaja kerana kebersihannya adalah lebih terjamin. Sekiranya tiada, anda boleh menggunakan air paip, tetapi perlu memasaknya terlebih dahulu. Jangan sesekali meminum air mentah.

#7. Periksa makanan sejuk beku

Sekiranya peti ais anda terputus bekalan elektrik semasa banjir, cuba kurangkan untuk membuka peti ais dengan kerap. Ini untuk memastikan bahawa suhu dalam peti ais kekal sejuk agar makanan sejuk beku anda tidak rosak. 

Sekiranya bekalan elektrik telah pulih, periksa setiap pek makanan anda. Pastikan suhu setiap pek makanan berada pada paras bawah daripada 4 darjah Celsius. Makanan juga masih selamat untuk dimasak dan dimakan sekiranya masih terdapat kristal ais padanya. 

Kesimpulan

Jangan sesekali mengambil sebarang makanan atau minuman yang telah terdedah kepada persekitaran. Bagi ibu bapa pula, setiap masakan anda perlulah seeloknya ditutup rapi di dalam bekas makanan atau di bawah tudung saji.

Letakkan pemberat di atas tudung saji anda untuk mengelakkannya daripada mudah terbuka atau dimasuki serangga. Bagi mereka yang terlalu risaukan soal kebersihan pula, tidak perlulah bersifat paranoid berkenaan kebersihan makanan di pusat penempatan banjir sehingga tidak mahu makan.

Selagi mana ia mematuhi garis panduan penyediaan makanan yang bersih dan selamat, tiada masalah untuk anda memakannya. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

Jangan tak tahu, ada diet untuk kulit cantik khas jika anda berhasrat menjaga kecantikan kulit. Jom klik artikel ini untuk tahu 5 jenis diet tersebut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

Dalam tumbesaran kanak-kanak, nutrien makanan adalah penting. Pengambilan jenis diet yang betul akan dapat membantu perkembangan anak secara keseluruhan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Si Manja Sudah Setahun Tapi Tak Cukup Berat? Ibu Boleh Cuba 8 Tip Ini, Pasti Berkesan!

Si manja kurang berat merupakan masalah dalam aspek penjagaan anak. Ada beberapa cara menaikkan berat badan bayi yang boleh diamalkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Ada Diet Khas Untuk Pemilik Darah B, Salah Satunya Tak Boleh Makan Ayam! Berkesan Ke?

Pelbagai diet diamalkan masyarakat untuk menurunkan berat badan. Selain kaedah intermittent fasting, diet mengikut kumpulan darah juga popular.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 21/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan tidak berkhasiat

Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
makanan diet eat clean

Azam Tahun Baharu Nak Fit & Langsing? Jom Mulakan Diet Eat Clean Hari Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
manfaat diet mediterranean

WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan
sistem penghadaman manusia

10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 4 minit bacaan