home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Keracunan Sabun: Bahaya Toksik Buih terhadap Kanak-kanak

Keracunan Sabun: Bahaya Toksik Buih terhadap Kanak-kanak

Sabun adalah bahan yang digunakan untuk mencuci badan, barang rumah atau sebarang kotoran; terdiri dalam bentuk pepejal atau cecair, selalunya mempunyai bau yang menyenangkan, dan menghasilkan buih apabila disapu dengan air atau span.

Siapa yang tidak suka bermain dengan sabun dan buih? Terutamanya kanak-kanak, remaja, dan sebilangan orang dewasa juga suka! Bukankah seronok menghabiskan percutian bermain di halaman belakang atau di pantai dan meniup buih-buih, membiarkan anak-anak mengejar dan meletupkan buih-buih. Selain itu, anda dapat berseronok dengan buih mandian di bilik mandi sambil mengajarkan anak anda bagaimana untuk membasuh badan dengan betul. Mungkin anda ingin menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak anda semasa membasuh tangan tanpa mesin basuh. Anda pasti terhibur dengan meniup buih di tangan atau terbang di udara.

Sabun dan buih adalah perkara yang mustahil untuk dipisahkan. Walau bagaimanapun, tahukah anda bahawa sabun dan buih boleh membahayakan, terutamanya untuk kanak-kanak?

Buih terbentuk daripada sabun pencuci dan air dalam lapisan yang tipis. Kebiasaannya, buih mengandungi bahan kimia seperti parabens, fosfat, sodium lauryl sulfates dan klorin. Semua ini adalah sejenis bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, rasa terbakar dalam kerongkong dan loya apabila ditelan dan/atau dihirup.

Awasi anak anda daripada keracunan sabun apabila mereka bermain dengan sabun dan buih. Berikut adalah simptom dan rawatan keracunan sabun:

  • Elakkan sabun dan buih bersentuhan dengan mata kerana bahan kimia mungkin menyebabkan rasa terbakar pada mata dan menyebabkan masalah penglihatan.
  • Kenal pasti sama ada anak anda mempunyai alahan terhadap bahan kimia tertentu yang mungkin merengsakan kulit.
  • Apabila bau terlalu kuat atau mempunyai pewangi alkohol yang tinggi, wap yang dihidu daripada produk sabun boleh menyebabkan anda sukar bernafas atau bengkak pada kerongkong anda. Ini adalah ancaman yang paling serius kerana boleh menyebabkan mengancan nyawa. Buka tingkap untuk membiarkan udara bergerak.
  • Sabun buku dengan pelbagai bentuk dan warna adalah comel dan menarik untuk kanak-kanak yang mungkin membuat mereka makan dan menelan sabun. Sama seperti buih sabun yang kelihatan lazat untuk dicuba dan boleh menarik kanak-kanak. Letakkan sabun buku jauh dari anak-anak dan cuba dapatkan botol sabun yang mempunyai penutup anti-tumpah. Cara ini menghalang anak-anak daripada menelan produk sabun. Anda mungkin mengalami rasaterbakar dalam esofagus apabila tertelan sabun dan muntah berulang kali. Dalam sesetengah kes, pesakit muntah darah dan mengalami sakit perut. Simptom-simptom kanser gastrointestinal bergantung pada produk yang anda makan.
  • Periksa tekanan darah, suhu, pernafasan, dan kadar jantung untuk keadaan yang lebih serius. Keadaan pesakit boleh merundum dengan segera dan menyebabkan tidak sedarkan diri.
  • Dapatkan rawatan keracunan sabun dengan segera seperti oksigen, ubat sakit, tiub pernafasan, penyingkiran mana-mana kulit yang terbakar, membasuh kulit berulang kali, dan rawatan perubatan khas seperti bronkoskopi dan endoskopi (memasukkan kamera melalui tekak untuk memeriksa paru-paru dan kerongkong).

Bahan kimia yang berbahaya bukan sahaja didapati dalam produk sabun badan tetapi juga produk pembersihan seperti detergen dan pencuci isi rumah. Apa yang perlu saya lakukan untuk mencegah keracunan sabun?

  • Beli sabun dan produk pembersihan komersial yang mesra persekitaran. Sabun dengan asap kimia pekat yang tinggi boleh merosakkan pernafasan anda.
  • Jangan letakkan produk pembersihan dan pakej makanan di beg membeli-belah yang sama.
  • Simpan sabun dan produk pembersih pada laci dan kabinet berasingan, jauh daripada makanan dan minuman untuk mencegah pencemaran bau.
  • Simpan sabun, detergen dan pembersih lain dengan selamat dan di luar capaian kanak-kanak. Kanak-kanak sangat tertarik pada perkara yang mempunyai bentuk, bau, dan warna yang unik.
  • Sebaiknya gunakan sabun atau pencuci bukan cecair untuk keluarga dengan anak kecil.

Sekiranya anda ingin membuang botol atau paket kosong, pastikan anda membilasnya dengan baik.
Kerosakan yang mungkin berlaku akibat keracunan sabun bergantung kepada jumlah bahan kimia yang dicerna atau dihirup. “Berhati-hati dengan bahan kimia yang anda gunakan untuk membersihkan badan dan isi rumah anda.” Pergi ke pusat kawalan keracunan dengan segera atau dapatkan seseorang untuk membantu anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Accidental poisoning by soap products. http://www.healthline.com/health/bubble-bath-soaps. Accessed August 24, 2016.

Swallowing soap. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/002739.htm. Accessed August 24, 2016.

How soaps work. http://poisonivy.aesir.com/view/soap.html. Accessed August 24, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak pada 13/05/2018
x