Tidak dinafikan bahawa isu perkakas tersebut bukanlah satu perkara yang menjadi kerisauan dalam kalangan mereka yang menghadapi bencana banjir. Namun kesannya boleh membawa maut. Masih ingatkah anda, pada tahun 2015 di Nilai, seorang remaja berusia 16 tahun maut setelah terpijak lopak air yang terdapat kabel TNB di dalamnya? Itu adalah merupakan satu contoh kesan terhadap mereka yang terkena renjatan. Ini bermakna barangan elektrik dan air tidak boleh bercampur!
Menurut panduan yang dikeluarkan oleh Occupational Safety and Health Administration (OSHA), arus elektrik berukuran 1 milliamps (MA) boleh menyebabkan sensasi sesemut (tingling sensation) dan jika arus tersebut mencecah 75 MA, ia boleh menyebabkan pemfibrilan ventrikel (serangan jantung) yang boleh membawa maut. Perkara ini boleh terjadi kesan daripada pergerakan arus tersebut menerusi jantung. Jika seseorang itu terenjat, kebiasaannya sukar untuk mereka melepaskan punca renjatan tersebut kerana otot mereka mula mengecut dan tangan mereka akan menggenggam dengan lebih kuat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen