backup og meta

Apakah Maksud Diet yang Seimbang? Ini Senarai Yang Anda Perlu Ambil!

Apakah Maksud Diet yang Seimbang? Ini Senarai Yang Anda Perlu Ambil!

Diet yang seimbang mengandungi nutrien yang lengkap untuk tubuh badan. Nutrien yang diperlukan juga berbeza-beza mengikut usia.

Perbezaan ini juga dipengaruhi oleh faktor jantina dan kesihatan individu-individu yang berbeza.

Anda boleh menggunakan panduan berikut untuk memastikan anda mempunyai diet yang seimbang dalam kehidupan seharian.

1. Tenusu

diet seimbang

Antara contoh produk tenusu adalah susu, mentega ataupun apa-apa makanan yang diperbuat daripada susu.

Produk tenusu adalah penting kerana jenis makanan ini mengandungi vitamin D dan kaya dengan lemak tepu yang membantu mengurangkan tahap kolesterol.

Alternatif kepada produk tenusu pula adalah produk yang berasaskan soya atau kekacang.

2. Protein

Protein boleh ditemui di dalam semua jenis daging.

Daging ayam dan lembu mengandungi paling banyak protein. Ikan, telur, kacang dan tofu juga merupakan sumber protein yang dihasilkan daripada soya.

Daging yang diproses seperti sosej dan burger pula tidak seharusnya ada dalam diet anda kerana makanan-makanan segera seperti ini kaya dengan sodium dan lemak.

Cara memasak yang betul perlu dititikberatkan untuk memastikan protein yang terdapat dalam makanan tidak terjejas.

Antara cara memasak yang baik untuk menjaga kandungan protein adalah memanggang, merebus atau masak secara stim.  

3. Buah-buahan

diet seimbang

Hampir kesemua buah-buahan di dunia adalah bebas lemak, mengandungi kalori yang rendah serta kaya dengan serat dan vitamin.

Buah-buahan boleh dimakan begitu sahaja ataupun dibuat sebagai jeruk.

Namun, gula perlu ditambah dalam bilangan yang sedikit bagi mengelakkan pertambahan jumlah kalori.

4. Sayur-sayuran

Sayur-sayuran juga kaya dengan serat. Selain mengandungi kalori yang rendah, makanan jenis ini mempunyai serat dan mineral yang tinggi.

Pengambilan sayur-sayuran juga akan merangsang deria rasa anda selain melengkapkan nutrien yang diperlukan dalam badan.

Cara memasak sayur-sayuran agar kandungan vitamin dan mineralnya tidak terjejas adalah dengan memanggang dan masak secara stim. Anda juga boleh menhidangkan sayur-sayuran ini bersama dengan sajian utama anda.

5. Gandum

diet seimbang

Gandum merupakan sumber utama karbohidrat.

Jenis makanan ini perlu ada dalam diet seharian anda. Ini kerana gandum mengandungi serat dan vitamin yang diperlukan oleh badan anda.

Antara contoh makanan yang tergolong dalam kategori ini adalah roti, nasi, bijirin serta pasta.

6. Lemak

Tidak semua lemak tidak mengakibatkan anda menjadi gemuk. Sesetengah lemak adalah sihat untuk badan anda sekiranya jumlah pengambilannya betul dan berpatutan.

Lemak yang tidak tepu adalah contoh lemak yang tidak sihat.

Lemak haiwan yang paling sihat adalah lemak daripada daging ikan manakala lemak yang paling sihat daripada sayuran-sayuran dan buah-buahan adalah daripada kacang, aprikot dan zaitun.

Anda perlu memahami dan mengamalkan diet yang seimbang bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.

Selain itu, diet yang seimbang dan sihat juga akan menghalang penyakit daripada menjangkiti anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/basics/nutrition-basics/hlv-20049477

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/basics/healthy-diets/hlv-20049477

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/healthy-eating-plan/art-20044905

Versi Terbaru

07/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Apakah Maksud Diet yang Seimbang? Ini Senarai Yang Anda Perlu Ambil!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan