#4. Buah beri

Sepertimana coklat gelap, buah beri turut mengandungi antioksidan.
Antioksidan dalam buah beri termasuklah anthocyanin, asid kafeik, katekin, dan kuersetin.
Kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa, sebatian antioksidan dalam buah beri mempunyai banyak kesan positif kepada otak.
Antaranya:
- Meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak
- Mengurangkan keradangan di seluruh badan
- Meningkatkan keplastikan, yang membantu sel-sel otak membentuk sambungan baru
- Meningkatkan proses pembelajaran dan ingatan
- Mengurangkan atau melambatkan penyakit neurodegeneratif yang berkaitan dengan usia dan penurunan kognitif
#5. Minum kopi
Siapa sangka, kopi juga sebenarnya boleh membantu menguatkan ingatan anda dan melawan penyakit pelupa.
Kafein dalam kopi diketahui boleh menyekat bahan dalam otak yang dipanggil adenosin, yang bertanggungjawab membuatkan seseorang berasa mengantuk.
Selain meningkatkan kewaspadaan, kajian lain turut menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan kapasiti otak untuk memproses maklumat.
Para penyelidik mendapati bahawa kafein menyebabkan peningkatan entropi otak, yang merujuk kepada aktiviti otak yang kompleks dan berubah-ubah.
Apabila entropi ini tinggi, otak boleh memproses lebih banyak maklumat.
Kopi juga merupakan sumber antioksidan, yang mungkin menyokong kesihatan otak apabila seseorang semakin tua.
Satu kajian telah mengaitkan penggunaan kopi sepanjang hayat dengan pengurangan risiko seperti:
- Kemerosotan kognitif
- Strok
- Penyakit Parkinson
- Penyakit Alzheimer
Kesimpulan
Amalkan makanan dan minuman seperti yang kami sarankan di atas ini untuk mengurangkan masalah lupa.
Makanan-makanan ini juga merupakan antara kaedah untuk mencegah kelupaan daripada awal sebelum jadi semakin teruk apabila anda telah berusia.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen