Sarapan pagi merupakan waktu makan yang paling penting. Oleh itu, penting untuk kita tahu apakah makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat yang boleh diambil ketika sarapan. Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan juga apakah makanan berkhasiat untuk sarapan pagi.
Selepas ‘berpuasa’ sepanjang malam, badan memerlukan gula untuk memastikan badan kekal bertenaga. Sebab itulah, kita digalakkan untuk makan sarapan setiap hari.
Malah, terdapat banyak kajian yang menerangkan kebaikan makan sarapan.
Ia juga dapat membantu anda mengekalkan berat badan dan mengurangkan risiko penyakit, misalnya kencing manis dan sakit jantung.
Artikel ini akan membincangkan tentang makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat serta contoh agar anda dapat membuat keputusan yang lebih baik dalam pemilihan sarapan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat untuk sarapan
Sarapan pagi yang sihat dan kenyang adalah makanan yang mengandungi nutrien penting seperti protein, karbohidrat, serat, vitamin, dan mineral.
Berikut adalah beberapa contoh makanan berkhasiat yang sesuai untuk sarapan:
#1. Bijirin penuh
Bijirin penuh seperti oat adalah contoh makanan berkhasiat untuk sarapan pagi.
Oat merupakan makanan yang kaya dengan serat. Malah, pengambilan oat juga dapat membantu menurunkan kolesterol dalam darah.
Selain itu, serat juga memainkan peranan penting bagi mengawal gula darah yang secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko diabetes jenis 2.
Makanan sarapan pagi #2. Telur
Telur adalah sumber protein berkualiti tinggi yang sangat baik untuk sarapan.
Protein dalam telur dapat membantu membina tisu badan serta memberi tenaga yang berpanjangan supaya anda kekal bertenaga bagi melakukan aktiviti harian.
Selain itu, telur juga mengandungi vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang dan sistem imun badan.
#3. Roti gandum
Roti gandum penuh merupakan antara makanan berkhasiat untuk sarapan pagi. Ia mengandungi karbohidrat kompleks dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang pagi.
Roti gandum lebih baik berbanding roti putih kerana ia mempunyai bijirin yang mengandungi pelbagai nutrisi penting.
Anda boleh menikmatinya dengan keju rendah lemak, hirisan avokado atau telur sebagai sarapan yang seimbang dan mengenyangkan.
#4. Buah-buahan segar
Buah-buahan seperti pisang, epal, beri dan kiwi adalah pilihan yang sangat baik untuk sarapan.
Buah-buahan ini mengandungi vitamin, mineral dan antioksidan yang membantu melawan keradangan dan meningkatkan daya tahan badan.
Tambahan pula, kandungan serat dalam buah-buahan dapat membantu melancarkan proses penghadaman dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
Jika anda masih ragu-ragu apakah makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat untuk sarapan, cubalah buah-buahan!
#5. Yogurt rendah lemak
Yogurt rendah lemak mengandungi probiotik yang baik untuk kesihatan usus dan sistem pencernaan.
Selain itu, ia juga mengandungi kalsium yang penting untuk tulang yang kuat. Yogurt boleh dinikmati bersama buah-buahan segar atau kekacang.
Makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat: Tinggalkan makanan ini!
Sekiranya anda ingin kekal sihat, ada beberapa jenis makanan yang perlu ditinggalkan sewaktu sarapan.
Keburukan makanan tidak berkhasiat pada waktu pagi ialah ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti dan diabetes.
Antara contoh makanan yang perlu dielakkan:
#1. Bijirin sarapan pagi yang manis
Bijirin sarapan yang selalu dijual di pasar raya sebenarnya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Malah, kandungan seratnya juga rendah.
Keburukan makanan tidak berkhasiat ketika sarapan ialah ia boleh menyebabkan kita cepat rasa letih.
Jika anda inginkan alternatif lebih sihat, pilihlah bijirin sarapan yang tidak mengandungi gula tambahan.
#2. Makanan yang diproses
Jangan sesekali makan sosej, nugget atau daging yang diproses sebagai sarapan. Ia mengandungi lemak tepu, garam dan bahan pengawet yang tinggi.
Malah, pengambilan daging proses secara berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser.
- Jika ingin mengambil protein pada waktu pagi, pilihlah sumber protein yang lebih sihat seperti telur atau ayam tanpa kulit
- Jangan lupa, sarapan pagi yang sihat dan kenyang boleh membuatkan kita lebih sihat dan bertenaga dalam jangka masa panjang
#3. Minuman bergula
Tinggalkan minuman bergula seperti pada waktu pagi. Kandungan gula yang tinggi dalam minuman ini boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti obesiti dan diabetes.
Antara contoh minuman bergula yang sering diambil ketika waktu sarapan ialah:
- Teh tarik
- Kopi susu
- Jus buah yang manis
- Minuman 3-in-1
- Air berkarbonat
Sebaliknya, amalkan minum air kosong atau teh tanpa gula sebagai alternatif lebih sihat. Baca label pada produk untuk membezakan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat untuk sarapan.
#4. Roti putih dengan jem
Roti dengan sapuan jem, krim coklat atau mentega kacang merupakan pilihan sarapan yang tidak berkhasiat. Kandungan gula dan lemak yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan berat badan.
Malah, makanan sebegini juga tidak akan membekalkan badan dengan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan tubuh pada waktu pagi.
[embed-health-tool-bmi]
Semoga panduan kali ini mengenai makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat untuk sarapan dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih sihat.