backup og meta

Yang Mana Satu Pilihan Diet Terbaik? Ketogenik Atau Ketofastosis? Ini Bezanya

Yang Mana Satu Pilihan Diet Terbaik? Ketogenik Atau Ketofastosis? Ini Bezanya

Terdapat pelbagai jenis cara diet sihat yang diamalkan di seluruh dunia. Antara cara diet yang sihat dan terkenal ialah diet ketogenik atau diet keto. Selain itu, ada juga diet yang disebut sebagai diet ketofastosis.

Adakah kedua-dua jenis diet ini berbeza? Jika ia berbeza, apakah perbezaan antara kedua-duanya? 

Pernahkah anda mendengar mengenai diet ketofastosis?

Pemilihan diet tertentu amatlah penting agar penurunan berat badan menjadi lebih berkesan dan juga selamat.

Diet ketogenik atau diet keto merupakan antara jenis atau cara diet sihat yang diketahui sangat berkesan dalam mengurangkan lemak dalam tubuh.

Selain itu, terdapat juga satu lagi jenis diet yang dikenali sebagai diet ketofastosis.

Walaupun bunyinya hampir serupa, sebenarnya ia berbeza dengan diet ketogenik. Apakah perbezaannya?

Cara diet sihat: Diet ketogenik

cara diet sihat

Diet ketogenik merupakan satu istilah yang digunakan untuk diet dengan kandungan lemak yang sangat tinggi dan karbohidrat yang sangat rendah.

Berbanding jenis diet lain yang mengelakkan pengambilan lemak, diet keto menekankan diet tinggi lemak, selain kandungan protein secara sederhana, dan amat rendah karbohidrat.

Kalori harian yang dianggarkan dalam amalan diet keto ialah sekitar 70% – 75% lemak, 20% protein, dan hanya 5% karbohidrat.

Dalam proses ini, tubuh kita akan memasuki fasa yang disebut sebagai ketosis.

Ketosis ialah fasa di mana seseorang itu tidak mengambil sebarang karbo atau mengambil karbohidrat dengan jumlah yang sangat sedikit.

Apabila seseorang kurang mengambil karbohidrat, maka tubuh badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga tubuh. 

Cara diet sihat: Diet ketofastosis

Diet ketofastosis pula ialah cara diet sihat gabungan diet ketogenik dan fastosis.

Sekiranya ketogenik adalah diet rendah karbohidrat, tinggi lemak dengan pengambilan protein secara sederhana, fastosis pula bermaksud berpuasa dalam keadaan ketosis.

Tempoh berpuasa ini berlaku antara 6 hingga 12 jam. Ada juga yang berpuasa melebihi tempoh tersebut, bergantung pada keadaan tubuh setiap individu.

Sebenarnya, fastosis ialah satu usaha untuk mengembalikan corak kehidupan manusia yang sebenar.

Ia akan menghasilkan diet yang diperlukan untuk mengekalkan keadaan metabolisme lemak yang optimum.

Cara diet yang sihat: Apakah kesan diet ketogenik?

cara diet sihat

Walaupun kelihatan seperti diet yang sempurna, pakar pemakanan memberi amaran mengenai pelbagai kesan sampingan yang mungkin timbul.

Pertama sekali, ia mungkin memerlukan sekitar dua hingga empat minggu untuk diet seperti ini sehingga tubuh dapat menyesuaikan diri dan memasuki fasa ketosis.

Kedua, jika badan tidak memasuki fasa ketosis dan anda tidak mempunyai cukup karbohidrat sebagai bahan bakar untuk tubuh, kesan buruknya ialah anda tidak akan kehilangan lemak.

Pengambilan lemak yang berlebihan juga akan memberi kesan sampingan kepada tubuh seperti peningkatan kolesterol atau trigliserida.

Lebih-lebih lagi jika sumbernya berasal daripada lemak tepu dan lemak trans yang banyak terdapat dalam makanan bergoreng.

Seperti yang kita ketahui, untuk mendapatkan metabolisme badan yang sihat, tubuh memerlukan keseimbangan nutrien. Ini termasuklah kandungan karbohidrat.

Sekiranya anda mengehadkan pengambilan karbohidrat secara sembarangan, maka ada beberapa kesan buruk yang boleh berlaku kepada tubuh badan anda.

Antaranya ialah rasa lapar dan juga pening yang berterusan. Anda juga berisiko menjadi lemah dan mudah mengantuk.

Cara diet yang sihat: Apakah kesan diet ketofastosis pula?

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet ini akan mengalami satu fasa yang disebut sebagai “healing crisis’.

Ia merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan yang tidak menyenangkan yang terjadi ketika seseorang mengubah sistem metabolisme.

Keadaan yang tidak menyenangkan ini adalah dalam bentuk jerawat yang teruk disebabkan pengambilan lemak berlebihan, gatal-gatal pada kulit, kulit kering, kelemumur, mual, dan juga lemah badan.

Perlu difahami bahawa mengubah metabolisme tubuh akan memberi kesan pada perubahan sel tubuh untuk menyesuaikan diri dengan cara kerja baharu.

Oleh sebab itu ia disebut sebagai fasa healing crisis. Tempoh keadaan ini berbeza bagi setiap individu.

Ada yang mengalami penyesuaian dengan cepat, ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama.

Tidak seperti kaedah diet lain, diet ketofastosis memerlukan komitmen dan keazaman daripada individu yang ingin melakukannya.

Dengan kata lain, diet ini mesti dilakukan seumur hidup. Ini kerana, diet ketofastosis ini akan mengubah tabiat makan seseorang.

Oleh itu, jika anda mengamalkan diet ini dengan tidak serius, ia boleh merosakkan metabolisme tubuh badan anda. 

Diet manakah yang lebih baik, ketogenik atau ketofastosis?

Sebelum anda memulakan sebarang diet sama ada diet ketogenik atau ketofastosis, adalah lebih baik anda merujuk kepada doktor dahulu.

Ini kerana, kedua-dua cara diet sihat ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai sejarah perubatan normal terutama sekali berkaitan paras gula darah dan juga kolesterol.

Anda juga perlu bersedia jika jenis-jenis diet ini akan mengubah metabolisme diri anda secara drastik.

Ingatlah, bahawa tiada jalan pintas untuk kembali kurus.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat selain makan dengan pelan pemakanan yang seimbang. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mayoclinic.org/is-the-keto-diet-for-you-a-mayo-expert-weighs-in/art-20457595

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC297130/

https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/intermittent-fasting-what-is-it-and-how-does-it-work

https://www.eatright.org/health/wellness/fad-diets/what-is-the-ketogenic-diet?rdType=site_move&rdInfo=fd6

https://ms.mldunbound.org/contrast/what-is-the-difference-between-a-ketogenic-and-a-ketofastosis-diet-00508c/

Versi Terbaru

25/06/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Lupakan Atkins, IF @ Keto, Ada Diet Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan!

Nafas Berbau Seperti Buah? BAHAYA! Ini Salah Satu Komplikasi Diabetes, Ketoasidosis Diabetik


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan