Ambil Buah-Buahan Ini Untuk Kekal Terhidrat Di Bulan Ramadan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 03/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Berpuasa selama sebulan adalah satu perkara yang mencabar. Tidak makan dan minum selama lebih 10 jam pastinya membuatkan badan letih. Ditambah dengan cuaca yang panas, dehidrasi adalah antara perkara utama yang menjadi perhatian.

60 peratus dari berat badan kita adalah air. Jadi, air adalah komponen utama dalam badan manusia. Tanpa air, manusia hanya boleh hidup sehingga seminggu sahaja sedangkan tanpa makanan, manusia masih mampu bertahan sehingga 3 minggu.

Apabila tiba waktu berbuka, apakah perkara pertama yang dicari? Tentunya air!

Sepanjang bulan Ramadan, kita perlu mendapatkan banyak sumber air agar badan kita kekal terhidrat.

Apa itu dehidrasi?

Badan kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Apabila badan kehilangan satu ke dua peratus dari seluruh kandungan air, kita akan mula rasa haus. Ia adalah petanda yang diberikan oleh badan agar kita mengambil air bagi menggantikan cecair yang hilang.

Dehidrasi pula akan berlaku apabila jumlah air yang hilang adalah terlalu banyak tanpa diganti semula. Ini menyebabkan badan tidak berfungsi dengan baik. Dehidrasi adalah adalah masalah yang serius dan boleh membawa maut jika tidak diuruskan dengan betul.

Tanda-tanda dehidrasi

Tanda-tandanya bergantung kepada tahap dehidrasi, sama ada ringan, sederhana atau teruk.

Dehidrasi ringan ke sederhanaDehidrasi teruk
Mulut kering dan melekitSangat dahaga
Mengantuk atau penatMudah marah dan keliru
Kulit keringKulit kering yang tidak naik semula jika dipicit
Sakit kepalaMata cengkung atau terbenam
Cirit-biritTekanan darah rendah
Kepala rasa ringanDalam kes yang parah, meracau atau pitam
Sedikit atau tiada air mata semasa menangisTiada air mata semasa menangis
Air kencing sedikitTiada atau sedikit air kencing dan berwarna gelap
Kulit kering dan sejukPernafasan dan degupan jantung laju
Otot kejangDemam

Buah-buahan untuk mengelakkan dehidrasi di bulan Ramadan

Cara untuk mengelakkan atau merawat dehidrasi adalah dengan menggantikan air yang hilang. Paling mudah adalah minum air. Namun, jangan dilupakan bahawa buah-buahan juga boleh membantu anda kekal terhidrat. Sesetengah buah mengandungi air yang banyak. Anda seolah-olah sedang minum air sedangkan menikmati buah yang lazat.

Apa sahaja buah-buahan yang mampu menghidrat badan anda?

1. Tembikai

Tembikai dimaklumi dengan kandungan airnya yang tinggi. Lihat sahaja isi merahnya yang sangat berair. Ia mengandungi 92 peratus kandungan air! Secawan hidangan tembikai (154 g) menyamai setengah cawan air (188 ml).

Ia sangat sesuai untuk diambil ketika sahur dan berbuka. Selain air, ia turut mengandungi beberapa nutrisi penting seperti vitamin C, vitamin A dan magnesium. Ia juga rendah kalori, sekitar hanya 46 kcal secawan, sedangkan air secawan air sirap mengandungi 80 kcal!

Tambahan lagi, ia juga mengandungi antioksidan termasuk lycopene. Seperti kita tahu, antioksidan penting dalam melambatkan proses penuaan dan melawan kanser. Di mana lagi boleh kita dapatkan buah yang berkhasiat seperti ini?

2. Strawberi

Buah ini mengandungi 91 peratus kandungan air, menjadikan ia sumber air yang baik. Selain itu, ia juga mengandungi serat, antioksidan dan vitamin penting serta mineral termasuk vitamin C, asid folik dan manganese.

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan strawberi secara berkala mampu mengurangkan keradangan yang membantu melindungi dari penyakit jantung, diabetes, Alzheimer’s dan beberapa kanser tertentu.

Jadi kreatif. Kalau dah muak makan strawberi, anda boleh kisar dengan blender dan makan dengan yogurt, contohnya.

3. Tembikai susu

Secawan tembikai susu (177 g) mengandungi 90 peratus air dan memberikan lebih dari setengah cawan (118 ml) bagi setiap hidangan. Secawan tersebut juga mengandungi 2 g serat, bersama-sama dengan air, memberikan rasa kenyang dan mengurangkan lapar.

Ditambah dengan kandungan vitamin A padanya, secawan tembikai susu memberikan 120 peratus vitamin A dari keperluan harian anda. Tembikai susu sangat enak dijadikan ulam, dimakan bersama dengan nasi dan lauk ketika sahur atau berbuka puasa.

4. Peach

Buah peach mengandungi 89 peratus air. Ia turut mengandungi vitamin A, vitamin C, vitamin B dan kalium. Mengambil buah peach bersama kulitnya memberikan anda antioksidan seperti asid chlorogenic. Hanya 60 kcal sahaja bagi setiap biji sederhana buah peach.

Ia sangat mudah dihidangkan. Dengan saiz dan rasanya yang lazat serta khasiatnya, anda pasti tidak mahu meninggalkan buah ini.

5. Oren

Buah ini sangat popular di Malaysia. Selain rasanya yang semestinya lazat, ia tidak ketinggalan dalam membekalkan nutrisi yang banyak. Antaranya adalah vitamin C, kalium dan antioksidan seperti flavonoid yang membantu melawan keradangan.

Kandungan serat di dalamnya juga membantu membuatkan anda kenyang dan kekal terhidrat sepanjang berpuasa. Tambahan pula, mengambil buah-buahan sitrus seperti oren secara berkala boleh mencegah pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

6. Rambutan

Siapa tidak kenal buah tempatan ini. Sangat mudah didapati dengan harga yang berpatutan. Kadangkala, di halaman rumah kita pun mungkin ada pokok rambutan. Dalam keasyikan kita menikmati buah ini, tanpa sedar, ia sebenarnya mengandungi banyak air iaitu 81 peratus.

Ia turut mengandungi vitamin C, sodium dan kalium.

Buah-buahan adalah kurniaan Tuhan yang sangat indah. Selain rupa dan warna yang cantik, ia mengandungi banyak khasiat serta memberikan rasa yang lazat. Amalkan pengambilan buah-buahan sepanjang bulan Ramadan, terutamanya buah-buahan di atas untuk mendapatkan sumber air yang baik.

Pelbagaikan cara hidangan anda agar tidak muak dan bosan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kerap Buang Air Kecil, Pundi Kencing Terlalu Aktif- Orang Muda Pun Boleh Kena Tau!

    Masalah buang air kecil ternyata bukanlah isu yang hanya dialami oleh warga tua. Orang muda pun mempunyai risiko yang sama tau! Jom baca...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Masalah Pundi Kencing, Urologi 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Dah Muak Dengan Toksik Media Sosial? Tak Perlu Padam Akaun, Amalkan 5 Perkara Ini!

    Ya, media sosial di malaysia memang wujud pro dan kontranya. Disebabkan itu, kita perlu gunakannya dengan bijak. Jom klik untuk tahu caranya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kesihatan Mental, Ketagihan 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    8 Perkara Penting WAJIB Tahu Jika Alami Serangan Jantung Ketika Memandu

    Serangan jantung sememangnya sesuatu yang menakutkan lebih-lebih lagi jika ia berlaku semasa kita sedang memandu. Ikut 8 tip ini jika ia terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kesihatan Jantung, Sakit Jantung 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita Hendak Selesa Ketika Bersenam, Yang Mana Perlu Pakai: Bra Sukan Atau Coli Biasa?

    Wanita yang sering bersenam pasti arif dalam pemilihan bra sukan. Tapi, sejauh manakah kepentingan untuk memakainya ketika melakukan senaman?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Badan Sihat, Tip Keselamatan Senaman 26/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    faraj miss v basah

    Faraj Yang Lembap Adalah Tanda Miss V Sihat & Normal, Tapi Bagaimana Pula Jika Terlalu Basah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah pancut awal

    PANCUT AWAL, Berapa Lama Tempoh Yang Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang? Anda Pasti TERKEJUT!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
    rasa gelisah

    Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 4 minit bacaan
    introvert dan ekstrovert

    Jom Kenali Personaliti Introvert, Extrovert Dan Ambivert! Anda Kategori Mana Satu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan