
Buah rambutan merupakan harta berharga bagi negara kita. Buah tempatan ini sangat mudah didapati di pasaraya atau di tepi jalan. Bukan sahaja mudah ditemui, ia juga mengandungi banyak khasiat.
Apakah khasiat buah rambutan?
1. Mencegah naik berat badan
Tiada kajian khusus yang menunjukkan bagaimana rambutan boleh membantu mencegah kenaikan berat badan. Tapi buah secara umumnya boleh membantu kerana ia mengandungi serat yang membantu membuat anda cepat kenyang.
2. Membantu semasa hamil
Banyak manfaat rambutan semasa hamil. Pertamanya adalah buah ini manis. Ini boleh mengurangkan pening dan mual yang kerap berlaku semasa hamil.
Rambutan juga kaya dengan zat besi yang membantu mencegah keletihan dan meningkatkan kadar hemoglobin di dalam darah.
3. Baik untuk jantung
Kandungan serat di dalam rambutan berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung koronari serta membantu merawat tekanan darah tinggi dan merendahkan kadar kolesterol darah.
4. Merangsang kesihatan tulang
Fosforus di dalam rambutan memainkan peranan penting dalam pembentukan tulang serta mengekalkan kesihatannya. Vitamin C di dalamnya juga membantu kesihatan tulang.
5. Mencegah kanser
Rambutan kaya dengan antioksidan yang berperanan besar dalam mencegah kanser. Antioksidan membantu melawan keradangan dan melindungi sel-sel di dalam badan.
Menurut kajian, rambutan boleh mengubah dan mengganggu pembesaran sel kanser serta boleh digunakan untuk rawatan kanser hati.
6. Merangsang tenaga
Rambutan mengandungi karbohidrat dan protein. Kedua-duanya boleh merangsang tenaga anda di samping kandungan gula di dalamnya.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.