home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

2 Nutrisi Penting untuk Badan Sebelum Puasa

2 Nutrisi Penting untuk Badan Sebelum Puasa

Bulan Ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa. Semasa puasa, sudah tentu, tabiat makan anda akan berubah secara drastik. Ini boleh membuatkan sistem metabolisme badan berubah dengan cepat. Disebabkan ini, anda mungkin perlu bersedia lebih awal dengan perancangan untuk mengekalkan kesihatan anda semasa puasa.

Puasa boleh menukar metabolisme badan anda

Semasa berpuasa, anda hanya mempunyai dua hidanga; satu adalah sebelum subuh (Sahur) dan satu adalah selepas matahari terbenam (Iftar). Antara kedua-dua masa ini, anda tidak dibenarkan untuk makan dan minum, lebih kurang 13 jam. Tabiat makan semasa berpuasa adalah nyata berbeza dengan waktu tidak berpuasa. Semasa tidak berpuasa, anda bebas untuk makan pada bila-bila masa anda merasa lapar.

Perubahan dalam tabiat makan pastinya boleh mengubah cara badan menggunakan nutrien. Semasa berpuasa, metabolisme di dalam badan akan berjalan dengan lebih perlahan-lahan. Ini berlaku apabila tahap tenaga di dalam badan anda adalah terhad atau kurang. Untuk mengelakkan pengeluaran tenaga, badan akan melambatkan fungsinya, supaya tenaga digunakan dengan lebih cekap dan tenaga terpelihara lebih lama lagi.

Mengapa anda perlu persiapkan tubuh sebelum puasa bermula?

Perubahan dalam badan pasti boleh memberi kesan kepada anda. Anda akan makan bila-bila masa anda berasa lapar, menahan diri dari makan. Dalam beberapa hari pertama puasa, badan akan memberi isyarat kelaparan yang lebih kuat kerana badan tidak menyedari bahawa anda sedang berpuasa. Anda akan berasa lemah apabila terdapat kekurangan tenaga pada awal puasa.

Kemudian, apabila anda telah berpuasa beberapa hari, rasa lapar anda mungkin akan turun ke bawah dan anda tidak berasa sangat lemah. Ini berlaku apabila badan telah sesuai dengan tabiat makan semasa anda. Ketika ini, badan memperlahankan metabolisme.

Jadi, jika anda telah persiapkan diri sebelum puasa, anda mungkin tidak akan berasa sangat lapar dan lemah di peringkat awal.

Bagaimana persediaan fizikan sebelum bulan puasa?

Anda boleh bersiap sebelum berpuasa dengan mengubah tabiat makan anda menjadi lebih sihat dan lebih teratur. Jadi, badan anda kemudiannya akan lebih biasa dengan masa yang panjang di antara waktu makan semasa berpuasa. Sesetengah makanan adalah sangat berkhasiat dan penting untuk anda simpan tenaga sebelum berpuasa supaya badan anda berada dalam keadaan yang sihat apabila memasuki bulan puasa.

Sebahagian daripada nutrien penting yang anda perlu adalah karbohidrat, lemak sihat, dan protein. Lebih penting lagi, vitamin dan mineral seperti vitamin C dan zink, yang diperlukan untuk persediaan badan sebelum puasa.

Vitamin C dan zink adalah gabungan penting vitamin dan mineral untuk meningkatkan sistem imun supaya anda tidak jatuh sakit sebelum dan semasa berpuasa. Vitamin C berfungsi untuk membantu melindungi sel-sel dalam badan untuk kekal sihat. Di samping itu, vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan yang dapat melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas.

Sementara itu, mineral zink terlibat dalam pelbagai fungsi metabolisme sel, seperti menyokong sistem imun untuk berfungsi dengan baik. Zink juga memainkan peranan dalam pemecahan karbohidrat – sumber tenaga. Oleh itu, memenuhi keperluan zink semasa puasa juga dapat membantu mencegah anda daripda berasa lemah akibat kekurangan tenaga.

Anda boleh dapatkan sumber vitamin C dan zink dari pelbagai jenis makanan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran hijau, daging, ayam, kekacang, susu dan produk tenusu yang lain. Jika anda tidak boleh mendapatkan vitamin C dan zink yang cukup dari makanan, anda boleh dapatkannya dari makanan tambahan. Walau bagaimanapun, perlu diingat untuk selalu berunding dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan bagi mengelakkan interaksi dengan ubat-ubatan atau mmemburukkan lagi keadaan yang anda mungkin ada.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Vitamin C – NHS Choices. http://www.nhs.uk/Conditions/vitamins-minerals/Pages/Vitamin-C.aspx. Accessed May 26, 2017

Office of Dietary Supplements – Zinc. https://ods.od.nih.gov/factsheets/Zinc-HealthProfessional/.Accessed May 26, 2017

Is Fasting Healthy? http://www.webmd.com/diet/features/is_fasting_healthy#1. Accessed May 26, 2017

Fasting and your health. http://www.nhs.uk/Livewell/Healthyramadan/Pages/fastingandhealth.aspx. Accessed May 26, 2017

Does Fasting Speed Up Metabolism? http://www.livestrong.com/article/394573-does-fasting-speed-up-metabolism/. Accessed May 26, 2017

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 13/09/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x