backup og meta

Berat Badan Turun Walaupun Tidak Berdiet? Sila Semak 7 MASALAH Kesihatan Ini

Berat Badan Turun Walaupun Tidak Berdiet? Sila Semak 7 MASALAH Kesihatan Ini

Tidak berdiet tapi berat badan masih turun? Seronok? Nanti dulu. Kehilangan berat badan tanpa alasan kukuh mungkin didasar keadaan penyakit serius. Jangan pandang remeh!

Kehilangan berat badan tanpa alasan munasabah

Anda mungkin tidak berdiet, tidak bersenam dan kehilangan berat badan dengan cepat. Pada mulanya anda mungkin sangat gembira dengan perubahan yang berlaku.

Namun, penurunan berat badan dan keletihan yang tidak dapat dijelaskan adalah dua simptom paling biasa yang akan anda alami dengan penyakit yang progresif.

Terdapat banyak punca kemungkinan kehilangan berat badan secara tiba-tiba dan sebahagiannya mungkin disebabkan oleh penyakit serius.

1. Diabetes

Diabetes adalah gangguan metabolik di mana anda mungkin mempunyai tahap glukosa darah yang tinggi (gula dalam darah) sama ada akibat penghasilan insulin yang tidak mencukupi atau tubuh anda tidak bertindak balas dengan betul kepada insulin, atau kedua-duanya.

Simptom: Kencing yang kerap, dahaga berlebihan, kelaparan tak tertahan, pertambahan berat badan (diabetes jenis 2), penurunan berat badan yang ketara dan secara tiba-tiba (terutamanya dalam diabetes jenis 1).

Selain itu anda mungkin berasa keletihan, luka dan lebam tidak sembuh dengan baik, kebas atau kesemutan di kaki dan tangan.

2. Kemurungan

Kemurungan adalah gangguan emosi yang mana anda berasa sedih, kehilangan, marah atau kekecewaan yang mengganggu kehidupan seharian selama beberapa minggu atau lebih lama.

Simptom: Tidak tidur atau tidur terlalu banyak, kesukaran menumpukan, pemikiran negatif, perasaan putus asa atau ketidakupayaan, cepat marah, bunuh diri, kehilangan berat badan secara signifikan dan tiba-tiba.

kehilangan berat badan

3. Tiroid terlalu aktif

Kelenjar tiroid menghasilkan hormon tirod yang mengawal metabolisme tubuh anda. Contohnya, kadar degupan jantung, berapa cepat pembakaran kalori dan pencernaan.

Kelenjar tiroid juga menghasilkan kalsitonin hormon yang mengawal tahap kalsium dalam darah anda. Apabila kelenjar tiroid mengeluarkan terlalu banyak hormon tiroid (terlalu aktif), keadaan ini dipanggil hyperthyroidism.

Simptom: Degupan jantung yang cepat dan tidak teratur, peningkatan berpeluh, kehilangan berat secara tiba-tiba, sesak nafas, serangan panik, keletihan, perubahan mood, ketidaksuburan atau penurunan libido.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai semua simptom ini dan anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya.

4. Penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD)

Penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) adalah sekumpulan penyakit paru-paru yang menghalang aliran udara dan menyebabkan kesukaran bernafas.

Aliran udara boleh disekat oleh keradangan lapisan tiub bronkial yang membawa udara ke dan dari paru-paru, yang dikenali sebagai bronkitis kronik.

Apabila kantung udara di dalam paru-paru dimusnahkan dengan beransur-ansur menyebabkan sukar bernafas, yang dipanggil emphysema.

Simptom: Simptom selalunya tidak berlaku sehingga merosakkan paru-paru. Simptom ini terutamanya berdehit, sesak nafas, sesak dada, jangkitan pernafasan yang kerap, bibir atau kuku menjadi biru, keletihan dan penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan.

5. Kanser

Kanser adalah pertumbuhan sel yang tidak normal di mana-mana di dalam tubuh.

Kanser boleh bermula di kulit atau di dalam tisu yang merangkumi atau menutupi organ dalaman (karsinoma) atau tulang, tulang rawan, lemak, otot, saluran darah, atau tisu penghubung atau sokongan lain (sarkoma), atau dalam tisu membentuk darah seperti tulang sumsum (leukemia) atau sel-sel imun (lymphoma dan myeloma).

Apabila kanser bermula di otak dan saraf tunjang, ia dipanggil kanser sistem saraf pusat. Kadangkala sel-sel kanser berpisah dari sel-sel asal dan menyerang organ atau tisu lain.

Simptom: Tanda dan simptom berbeza mengikut jenis kanser. Sesetengah simptom biasa adalah kehilangan berat badan yang tiba-tiba, keletihan, otot yang tidak dapat dijelaskan atau sakit sendi.

Di samping itu, anda mungkin mengalami peluh malam, ketulan atau penebalan di bawah kulit (contohnya, kanser payudara), perubahan dalam usus atau pundi kencing (kanser usus), perubahan kulit atau perubahan dalam saiz dan warna tahi lalat (kanser kulit).

penyakit serius

6. Penyakit Crohn

Penyakit Crohn adalah penyakit radang usus (IBD) yang menyebabkan keradangan lapisan saluran pencernaan anda. Ia boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit yang teruk dan juga kekurangan zat makanan.

Simptom: Cirit-birit, sakit perut, kekejangan, kurang nafsu makan dan menurunkan berat badan, keletihan, darah dalam najis dan ulser.

7. HIV/AIDS

Human Immunodeficiency Virus (HIV) adalah sama seperti virus lain, kecuali satu perbezaan penting  iaitu sementara sistem imun manusia boleh memusnahkan virus lain, ia tidak boleh menyembuhkan virus ini.

Sebaliknya, HIV memusnahkan sistem imun supaya tubuh anda tidak dapat melawan jangkitan dan penyakit lagi. AIDS adalah peringkat akhir jangkitan HIV.

Simptom: Jangkitan HIV mungkin atau mungkin tidak menunjukkan simptom demam, ruam, sakit tekak, sakit otot, kelenjar limfa bengkak, ulser di mulut dan keletihan, tetapi apabila jangkitan HIV menjadi AIDS, semua gejala ini menonjol.

Di samping itu terdapat penurunan berat badan secara tiba-tiba, batuk dan sesak nafas, cirit-birit kronik dan penglihatan yang kabur.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Unexplained weight loss. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17770-unexplained-weight-loss. Accessed September 7, 2018.
  2. Unexplained weight loss. https://www.mayoclinic.org/symptoms/unexplained-weight-loss/basics/causes/sym-20050700. Accessed September 7, 2018.
  3. Possible causes weight loss. http://cancercode.org/possible-causes-unintentional-weight-loss/. Accessed September 7, 2018.
  4. Unintentional weight loss. https://www.aafp.org/afp/2014/0501/p718.html. Accessed September 7, 2018.
  5. Common causes unintentional weight loss. https://www.familymedicalcenters.org/2017/07/19/common-causes-unintentional-weight-loss/. Accessed September 7, 2018.

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bahaya Jika Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat, 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Pssttt.. Rahsia Nak Turun Berat Badan Cuma Jaga Tidur Saja? Orang Nak Kurus Wajib Baca!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan