backup og meta

Nak Turun Berat Badan Ramadan Tahun Ini? Cuba Ikut Cara Cepat Turun 5kg Ini!

Nak Turun Berat Badan Ramadan Tahun Ini? Cuba Ikut Cara Cepat Turun 5kg Ini!

Bulan puasa boleh jadi peluang yang baik untuk anda turun berat badan ramadan.

Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sasaran berat badan khusus yang ingin dicapai.

Ini adalah kerana ketika berpuasa anda tentu mampu mengawal pola makan dengan lebih mudah.

Anda boleh cuba turun berat badan ramadan dengan kaedah berikut yang berkesan dan tetap.

Bolehkah turun berat badan ramadan?

Anda mungkin sudah selalu dengar bahawa bulan ramadan boleh membuatkan badan lebih gemuk.

Hal ini ada benarnya, terutamanya kalau anda tak boleh menjaga pola makan dan gaya hidup dengan baik sepanjang bulan puasa.

Namun, jika anda boleh berdisiplin dalam menjalani pola diet yang tepat, tidak mustahil untuk turun berat badan ramadan.

Ketika berpuasa, anda tidak mendapatkan glukosa daripada sebarang makanan dan minuman selama berjam-jam.

Maka badan pun akan mencari sumber tenaga selain glukosa iaitu lemak.

Supaya teori tersebut berjaya dan memberi kesan kepada tubuh anda, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan ketika ingin turun berat badan ramadan.

Pertamanya, anda tetap perlu memerhatikan kadar kalori yang dimakan dalam sehari.

Kedua, anda juga masih perlu bersenam supaya pembakaran lemak terjadi.

Sila kira dan had jumlah kalori ketika sahur & iftar!

turun berat badan ramadan

Apabila anda mempunyai sasaran khusus iaitu turun sebanyak 5 kg, sebaiknya anda perlu mengehadkan pengambilan kalori kepala 1,300 hingga 1,500 kcal (kilo kalori) dalam sehari.

Ini bergantung kepada berat badan dan keadaan kesihatan semasa anda.

Jumlah kalori yang diperlukan setiap hari sebaiknya dipecah-pecah menjadi tiga hidangan makan.

Pertama adalah sahur, kemudian pada masa berbuka puasa, dan yang terakhir setelah solat tarawih (atau sebelum tidur).

Namun sila ingat, jangan meninggalkan sahur!

Anda boleh bersahur dengan jumlah 600 kcal.

Kemudian ketika tiba waktu berbuka, anda boleh mengambil makanan ringan atau makanan dengan jumlah 400-500 kcal.

Selepas solat Tarawih, anda boleh makan dengan jumlah 500-600 kcal.

Senaman untuk turun berat abdan ramadan

Dengan pengambilan 1,300 hingga 1,500 kcal sehari, anda masih perlu bersenam untuk membakar kalori tersebut.

Namun, kerana anda tidak boleh langsung minum atau makan semasa berpuasa untuk menggantikan tenaga yang hilang, sebaiknya anda bersenam sekali sehari sahaja.

Masa terbaik untuk bersenam ketika puasa ialah menjelang waktu berbuka puasa.

Dengan begitu, selepas bersenam anda boleh terus mengisi tenaga dengan kalori daripada hidangan berbuka.

turun berat badan ramadan

Jenis sukan yang dianjurkan adalah sukan selang dengan intensiti tinggi selama 30 minit setiap hari.

Senaman ini tidak memakan banyak masa, tapi kerana kepentingannya berbeza-beza, pembakaran kalori jadi lebih maksimum.

Untuk melakukan senaman ini, mulakan dengan sukan intensiti sederhana seperti joging selama empat minit.

Lalu teruskan dengan lari cepat dengan medan yang lebih mencabar seperti mendaki selama satu minit.

Dua variasi tersebut memakan masa total lima minit.

Ulang variasi tersebut sebanyak enam kali sehingga jumlah masa anda bersenam menjadi 30 minit setiap hari.  

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ramadan: Want to lose weight this month? Here is what you need to know first, https://english.alarabiya.net/features/2020/04/29/Ramadan-Want-to-lose-weight-this-month-Here-is-what-you-need-to-know-first, Accessed June 11 2021.
  2. What is intermittent fasting? Does it have health benefits?, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/intermittent-fasting/faq-20441303, Accessed June 11 2021.
  3. Intermittent Fasting: What is it, and how does it work?, https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/intermittent-fasting-what-is-it-and-how-does-it-work, Accessed June 11 2021.
  4. Intermittent fasting: Surprising update https://www.health.harvard.edu/blog/intermittent-fasting-surprising-update-2018062914156, Accessed June 11 2021.
  5. Intermittent Fasting: Is it Right for You?, https://healthblog.uofmhealth.org/wellness-prevention/intermittent-fasting-it-right-for-you, Accessed June 11 2021.

Versi Terbaru

15/03/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Bersenam Turunkan Berat Tapi Risau Semput? Cuba Ikut Tip Ini, Barulah Tak Sesak Nafas

Berat Badan Turun Mendadak? Awas, Silap Gaya Boleh Sebabkan Komplikasi Kesihatan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan