backup og meta

Anda Pemilik Darah O & Sedang Turunkan Berat Badan? Nah Cuba Diet Ini, Mana Tahu Berkesan!

Anda Pemilik Darah O & Sedang Turunkan Berat Badan? Nah Cuba Diet Ini, Mana Tahu Berkesan!

Apabila cakap tentang hendak kurus, diet pasti menjadi perkara pertama yang terlintas di fikiran. Ada begitu banyak jenis diet, tapi tahu tak mengenai kewujudan diet mengikut golongan darah?

Tahukah anda, bahawa terdapat diet jenis darah untuk setiap golongan darah? Setiap jenis diet disesuaikan khusus dengan setiap kumpulan darah.

Sekiranya anda tergolong dalam golongan darah O, maka berikut adalah senarai makanan diet yang boleh membantu untuk mengurangkan berat badan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini. 

Golongan-golongan darah

golongan darah

Jenis darah anda ditentukan oleh genetik dan terdapat 4 jenis darah:

  • O
  • A
  • B
  • AB

Tambahan itu, terdapat pengkategorian lain untuk darah yang tidak diambil kira oleh diet jenis ini.

Bagi golongan darah O, jenis O positif adalah yang paling kerap dijumpai, yang bermaksud anda mempunyai darah O dengan faktor Rh.

Macam mana bermulanya diet darah ini?

Diet jenis darah diwujudkan oleh Peter D’Adamo, seorang doktor naturopati yang berteori bahawa individu bertindak balas terhadap pelbagai makanan bergantung pada jenis darah mereka.

Rancangan ini diperkenalkan dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1996 “Eat Right 4 Your Type,” yang diperbaharui dengan edisi ulang tahun ke-20 pada tahun 2016.

Teori di sebalik diet adalah dengan memakan makanan dengan lektin (sejenis protein) yang tidak sesuai dengan jenis darah seseorang boleh menyebabkan sel darah blackouts.

Ini yang disebut aglutinasi, dan mengakibatkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, buah pinggang atau kanser.

Selain itu, D’Adamo juga percaya jenis darah seseorang mempengaruhi kemampuan mereka untuk mencerna pelbagai makanan.

Ini kerana perbezaan pencernaan yang berkaitan dengan jenis darah yang berbeza.

Mereka dengan golongan darah jenis O, misalnya, dianggap mencerna daging dengan baik kerana mempunyai kandungan asid perut yang tinggi.

Dengan mengikuti rancangan makanan yang dirancang secara khusus mengikut jenis darah, individu akan dapat mencerna makanan dengan lebih baik, menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Antara makanan yang digalakkan bagi golongan darah O

Darah jenis O: Individu dengan darah jenis ini dapat mencerna protein haiwan dengan baik, sementara produk tenusu dan biji-bijian boleh menyebabkan masalah.

Menurut D’Adamo, gluten, lentil, kacang, jagung, dan kubis dapat menyebabkan kenaikan berat badan bagi individu golongan darah ini.

Di samping itu, masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah jenis O adalah asma, demam, alahan, dan arthritis.

Beliau mengesyorkan agar golongan ini mengambil:

  • Daging (terutamanya daging tanpa lemak dan makanan laut untuk menurunkan berat badan)
  • Ikan
  • Sayur-sayuran (brokoli, bayam, dan kelp baik untuk penurunan berat badan)
  • Buah-buahan
  • Minyak zaitun

Tambahan itu, jenis pemakanan bagi golongan darah ini juga harus dipadankan dengan senaman fizikal yang kuat, kata D’Adamo.

Makanan-makanan yang harus dielakkan

golongan darah

Diet rendah karbohidrat yang disyorkan oleh D’Adamo bagi mereka yang mempunyai darah jenis O memberi tumpuan untuk mengelakkan:

  • Gandum
  • Jagung
  • Kekacang
  • Produk tenusu
  • Minuman berkafein dan alkohol

Berkesan untuk kurus? Sejauh mana kebenarannya?

Penting untuk para pembaca fahami, tidak ada bukti saintifik yang menyokong diet jenis darah ini.

Satu kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa jenis pemakanan ini mungkin popular kerana menekankan pengambilan makanan yang seimbang, mengelakkan makanan diproses, dan bersenam.

Prinsip-prinsip ini juga sebenarnya dikaitkan dengan banyak jenis diet lain dan merupakan cadangan yang biasa diberikan oleh doktor dan pakar pemakanan untuk meningkatkan atau menjaga kesihatan.

Pada tahun 2013, tinjauan sistematik dalam American Journal of Clinical Nutrition melihat 16 kajian sebelumnya mengenai diet jenis darah.

Susulan kajian tersebut, pakar menyimpulkan bahawa tidak ada bukti terkini yang mampu menyokong diet jenis darah.

Masalah kesihatan yang berkaitan dengan jenis darah

Walaupun kekurangan bukti bahawa jenis darah dapat menentukan diet yang sihat untuk anda, namun ada banyak kajian mengenai bagaimana golongan darah dapat menentukan kondisi kesihatan tertentu.

Beberapa kajian telah mengaitkan jenis darah dengan risiko kesihatan tertentu:

  • Satu kajian pada tahun 2012 mengaitkan risiko penyakit arteri koronari yang lebih rendah dengan golongan jenis darah O
  • Satu lagi kajian tahun 2012 menunjukkan bahawa jenis darah dapat dikaitkan dengan reaksi anda terhadap bakteria dan penyakit tertentu seperti kanser pankreas, trombosis urat dalam, dan serangan jantung.

Pun begitu, masih banyak yang perlu difahami mengenai kaitan antara jenis darah dan masalah kesihatan yang mungkin bakal ditemui dalam kajian saintifik pada masa depan.

Risiko-risiko yang perlu difikirkan

Walaupun masih kekurangan bukti saintifik mengenai pemakanan mengikut jenis darah, ia tetap menjadi topik perbincangan hangat dalam ‘budaya diet.’

Keempat-empat diet dalam golongan darah menekankan agar mengamalkan makanan sihat dan kerap bersenam, yang bermanfaat bagi kesihatan anda.

Namun begitu, untuk elak sebarang komplikasi kesihatan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar pemakanan berbanding mencuba diet ini secara melulu.

Ini kerana diet golongan darah O menekankan pengambilan protein haiwan yang tinggi, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Justeru, pastikan anda sentiasa berhati-hati sebelum komited terhadap mana-mana jenis diet, jangan kerana taksub nak kurus sampai sanggup merisikokan kesihatan sendiri ya!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.health.harvard.edu/blog/diet-not-working-maybe-its-not-your-type-2017051211678
  2. https://www.redcrossblood.org/donate-blood/blood-types.html?icid=rdrt-blood-types&imed=direct&isource=redirect
  3. https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=214387
  4. https://eatrightpa.org/members/blog/blood-type-diet-fact-fiction/
  5. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/mayo-clinic-diet/art-20045460

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jenis Darah Anda: A, B, AB Atau O? Ini Sebab PENTING Tahu Darah Sendiri

Kita Tahu Jenis Darah A, B, O, AB... Tapi Apa Pula Darah Bombay Ini? Tak Pernah Dengar Pun


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan