backup og meta

Adakah Makan Garam Boleh Membantu Menurunkan Tekanan Darah Anda?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/12/2022

    Adakah Makan Garam Boleh Membantu Menurunkan Tekanan Darah Anda?

    Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah fungsi garam untuk darah rendah? Tekanan darah rendah merupakan bacaan yang kurang daripada 90/60 mmHg. Selalunya, tekanan darah rendah tidak akan menyebabkan sebarang simptom.

    Jika anda makan terlalu banyak garam, air tambahan yang disimpan di dalam badan anda akan meningkatkan tekanan darah anda. Semakin banyak garam yang anda makan, semakin tinggilah tekanan darah anda.

    Tidak dinafikan, mengurangkan garam boleh membantu menurunkan tekanan darah anda. Malah, kebanyakan orang berusia perlu kurangkan garam dalam makanan kerana mereka mendapat lebih banyak natrium daripada yang sepatutnya.

    Garam untuk darah rendah

    garam untuk darah rendah

    Garam berfungsi pada buah pinggang anda untuk membolehkan badan anda menyimpan lebih banyak air. Air tambahan yang disimpan meningkatkan tekanan darah anda dan meletakkan tekanan pada buah pinggang anda, arteri, jantung dan otak.

    Kesan garam terhadap buah pinggang

    Garam boleh meningkatkan jumlah natrium dalam aliran darah dan memberi kesan kepada keseimbangannya. Ia juga mengurangkan keupayaan untuk mengeluarkan air daripada buah pinggang anda.

    Oleh sebab itu, tekanan darah yang lebih tinggi disebabkan oleh tekanan cecair tambahan tambahan dan ketegangan tambahan pada saluran darah halus yang membawa kepada buah pinggang.

    Hari demi hari, ketegangan tambahan ini boleh merosakkan buah pinggang (dikenali sebagai penyakit buah pinggang).

    Ini akan mengurangkan keupayaannya menapis bahan buangan yang tidak diingini dan toksik, yang kemudiannya mula terkumpul di dalam badan.

    Jika penyakit buah pinggang tidak dirawat dalam masa yang lama dan tekanan darah tidak dikurangkan, kerosakan boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang.

    Kerosakan arteri

    Tekanan darah tambahan yang disebabkan oleh makan terlalu banyak garam menyebaban tekanan tambahan pada bahagian dalam arteri anda.

    Dan apabila menghadapi tekanan tambahan, otot-otot kecil di dinding arteri akan menjadi lebih kuat dan lebih tebal. Ini hanya menjadikan ruang di dalam arteri lebih kecil dan meningkatkan tekanan darah anda lebih tinggi.

    Berapa banyak gram diperlukan?

    garam untuk darah rendah

    Seorang dewasa perlu makan tidak lebih daripada 6g garam sehari, tetapi kebanyakan daripada kita makan lebih daripada ini.

    Kebanyakan garam yang kita makan setiap hari adalah “tersembunyi”. Kira-kira 80% daripada garam yang kita makan bersembunyi dalam makanan yang diproses seperti roti, biskut dan bijirin sarapan pagi, dan bungkusan bawa pulang (takeaways).

    Hanya 20% datang daripada garam yang kita tambah semasa memasak atau di meja.

    Tip praktikal kurangkan garam untuk darah rendah

    garam untuk darah rendah

    • Kurangkan garam dalam makanan. 6g garam sehari adalah jumlah maksimum yang anda perlu makan, lebih kurang adalah lebih baik.
    • Pendekatan terbaik adalah cuba untuk makan makanan dengan tahap garam yang paling rendah.
    • Kurangkan makan makanan yang diproses dan dibungkus. Makanan yang dibungkus dan diproses adalah sebahagian besar daripada nutrium dalam pemakanan orang ramai.
    • Pada mulanya, makanan tanpa garam boleh rasa hambar, tetapi anda perlu cuba. Ia hanya sama seperti mengurangkan gula dalam teh. Selepas beberapa minggu citarasa anda akan menyesuaikannya dan anda mampu untuk mula menikmati makanan yang kurang garam.
    • Di restoran-restoran, tanya mengenai garam yang ditambah ke dalam makanan. Ramai tukang masak akan melangkau atau mengurangkan garam jika anda tanya.

    Jika anda perlu menggunakan garam semasa memasak, tambah pada akhir masakan supaya anda tidak akan terlebih tambah. Kurangkan garam untuk darah rendah supaya anda boleh jalani hidup yang lebih sihat pada masa akan datang. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 19/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan