Apakah kesan malnutrisi ya? Adakah ia berbahaya dan memberikan kesan berpanjangan pada kesihatan anak?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Apakah kesan malnutrisi ya? Adakah ia berbahaya dan memberikan kesan berpanjangan pada kesihatan anak?
Umum mengetahui bahawa malnutrisi pada kanak-kanak merujuk kepada kekurangan nutrisi atau zat makanan dalam badan.
Kekurangan nutrisi ini terjadi apabila kanak-kanak tidak mengambil kalori dan protein yang mencukupi untuk membesar dengan baik.
Sebenarnya, malnutrisi juga merujuk kepada keadaan pengambilan nutrien yang terlebih. Keadaan ini berlaku apabial kanak-kanak mengambil lebih kalori daripada yang diperlukan.
Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut berkaitan kekurangan nutrisi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sebelum mengetahui kesan malnutrisi pada anak, jom fahami secara ringkas bagaimana keadaan ini terjadi.
Diet yang tidak seimbang menjadi punca utama keadaan ini.
Apabila anak anda tidak cukup makan atau makan makanan yang tidak bernutrien tinggi, mereka akan mengalami kekurangan nutrien dalam badan.
Terdapat penyakit tertentu yang boleh mengakibatkan anak anda sukar untuk menghadam makanan. Ini secara langsung akan menyukarkan proses pengambilan nutrien.
Penyebab lain keadaan ini pula adalah isu kesihatan mental anak-anak.
Baca juga:
Anak-anak yang mengalami kemurungan cenderung mempunyai tabiat makan tidak sihat yang secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya kekurangan zat makanan.
Selain itu juga, harga makanan yang mahal atau kehabisan belakan makanan juga menyumbang kepada berlakunya kondisi ini.
Antara gejala malnutrisi adalah seperti berikut:
Kanak-kanak yang mengalami malnutrisi mungkin akan menunjukkan tanda-tanda seperti berikut:
Sesetengah kondisi malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak akan mengakibatkan perkembangan mental kanak-kanak yang lemah selain meningkatkan risiko anak anda mengalami masalah mental yang serius.
Kekurangan nutrisi juga mengakibatkan kesan jangka masa panjang walaupun setelah dirawat.
Kerosakan fungsi mental dan sistem penghadaman anak anda mungkin akan kekal sepanjang hayat anak anda jika tidak dirawat pada awal usia mereka lagi.
Rawatan malnutrisi bergantung kepada tahap keseriusan kondisi kanak-kanak.
Rawatan susulan juga perlu diberikan kepada mereka sekiranya terdapat penyakit lain yang timbul akibat kondisi ini.
Rawatan malnutrisi ini ditumpukan sepenuhnya kepada keperluan kanak-kanak itu terhadap nutrisi yang diperlukan.
Oleh itu, pengambilan diet yang seimbang dan suplemen tambahan amat dititikberatkan bagi menjamin kanak-kanak itu mendapat nutrien dan kalori yang secukupnya.
Malnutrisi adalah kondisi kesihatan yang lebih mudah dicegah berbanding dirawat.
Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu memastikan anak anda mengambil diet seimbang yang lengkap dengan nutrisi diperlukan untuk tumbesaran anak anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen