Akhirnya, sudah tiba bulan Ramadan yang bakal disambut dengan meriah oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada waktu ini, ramai yang mula mencari makanan untuk sahur yang bukan sahaja berkhasiat, tetapi juga mengenyangkan.
Walaupun kita berpuasa, aktiviti harian masih perlu diteruskan seperti biasa. Oleh sebab itu, kita perlukan tenaga yang cukup, lebih-lebih lagi jika kita terpaksa melakukan kerja berat.
Tidak dinafikan, makanan yang diambil ketika sahur perlulah lengkap dari segi nutrisi. Kita perlu ambil karbohidrat, protein, sayur-sayuran serta buah-buahan yang mencukupi sebagai bekalan tenaga sepanjang berpuasa.
Disebabkan kita berpuasa dalam satu tempoh masa yang panjang, makanan yang diambil juga perlulah mengenyangkan dan mampu membekalkan tenaga yang mencukupi.
Tidak pasti apa yang perlu dimasukkan ke dalam menu sahur ketika puasa nanti? Jangan runsing, kami ada jawapannya untuk anda dalam artikel di bawah.
Ketahui hidangan manakah yang dapat membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari, namun mudah dan ringkas untuk disediakan!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
5 Makanan untuk sahur yang mudah dan mengenyangkan!
Berpuasa dari waktu subuh hingga maghrib boleh membuatkan sesiapa sahaja rasa penat dan tidak bertenaga. Bukan itu sahaja, pada bulan yang mulia ini, kita perlu bangun awal untuk bersahur.
Pasti ada di antara kita yang tidak suka bersahur dan tidak makan kerana malas bangun pagi.
Eh, jangan macam tu! Amalan bersahur bukan sahaja mendatangkan pahala yang banyak, ia juga sangat penting untuk memastikan badan kita kekal bertenaga sepanjang hari.
Malah, jika anda ambil makanan yang betul, pasti anda akan rasa kekal kenyang sepanjang hari.
Ada 5 jenis makanan untuk sahur yang berkhasiat dan mudah disediakan pada waktu puasa nanti. Antaranya ialah:
1. Cuba makan oat ketika sahur
Makanan berasaskan oat sangat digalakkan semasa sahur. Walaupun 100 gram oat mengandungi 91 kalori sahaja namun kandungan serat tinggi membantu membuatkan anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.
Oat merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada campuran oat dan susu. Untuk pengetahuan anda, oat bukan sahaja makanan untuk sahur yang berkhasiat, ia juga mempunyai pelbagai nutrisi walaupun mudah untuk disediakan.
Walau bagaimanapun, sebelum membeli oat di pasaran, pilih oat yang tidak mengandungi gula atau rendah gula.
Anda juga boleh makan oat dengan pelbagai cara. Anda boleh tambah air, campur susu atau masukkan buah-buahan serta kekacang untuk menyedapkan lagi oat tersebut.
Berikan anak anda kebaikan segelas susu semasa bersahur dengan Enfagrow A+! Bukan sahaja membekalkan nutrisi optimal sepanjang berpuasa, malah kaya dengan MFGM dan tahap DHA sesuai dengan saranan pakar untuk menyokong perkembangan IQ & EQ anak tersayang. Klik Untuk Ketahui Lebih Lanjut
2. Tak boleh makan nasi? Cuba makan biskut
Biskut adalah makanan kedua yang membantu anda berasa kenyang semasa puasa. Kandungan tenaga setiap biskut adalah berbeza-beza dan biasanya dinyatakan pada bungkusannya.
Contohnya,setiap 100g biskut mengandungi 458 kalori. Protein, lemak dan karbohidrat yang terdapat dalam biskut juga memenuhi keperluan pemakanan semasa puasa.
Selain itu, biskut juga sesuai diambil oleh individu yang tidak suka makan nasi ketika sahur. Sebagai ganti, mereka boleh makan biskut dan cicah dengan secawan susu ketika sahur!
3. Pasta sebagai makanan untuk sahur
Pasta mempunyai kandungan kalori yang cukup tinggi. Pengambilan 100g pasta kering mengandungi 370 kalori yang lebih rendah daripada biskut dan ia juga mengandungi protein serta lemak.
Ini membuatkan pengambilan pasta amat sesuai ketika sahur.
Malah, pasta juga mengandungi karbohidrat yang dapat membekalkan tenaga sepanjang hari.
Walau bagaimanapun, berbeza dengan gula ringkas, mereka yang makan pasta sebagai makanan untuk sahur tidak akan mengalami peningkatan gula dalam darah yang ketara.
Sebaliknya, tenaga akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan terkawal.
Bukan itu sahaja, pasta juga rendah garam dan bebas kolesterol. Pada masa yang sama, ia juga mempunyai nutrisi penting seperti zat besi dan vitamin B.
4. Makan nasi ketika sahur
Nasi adalah makanan harian utama bagi setiap orang. Namun hakikatnya ia adalah makanan keempat yang membantu anda kenyang lebih lama walaupun anda memakannya dalam kuantiti yang banyak semasa sahur.
Ini kerana nasi hanya mempunyai kandungan 129 kalori sahaja bagi setiap 100g nasi. Malah, protein dan lemaknya juga sedikit.
Jadi, buat penggemar nasi di luar sana, tidak salah jika anda ambil nasi sebagai makanan untuk sahur. Ia sedap dan juga mengenyangkan!
5. Inginkan kelainan? Makanlah mee!
Kebanyakan orang beranggapan mee adalah menu paling senang. Ia cepat dan ringkas disediakan semasa sahur. 100g mee mengandungi 340 kalori yang mana lebih tinggi daripada nasi.
Walau bagaimanapun, ia masih tidak mampu bertahan lama kerana bahan asanya adalah tepung yang juga olahan gula sederhana yang sangat mudah dicerna. Ini membuatkan ada berasa lebih cepat lapar.
Selain 5 makanan di atas, anda juga boleh memilih telur. Ini kerana ia mengandungi protein paling lengkap yang mana kira-kira 97% daripadanya boleh diserap oleh badan.
Telur juga mengandungi kolina yang membantu metabolisme dan pusat sistem saraf berfungsi. Anda boleh memakannya dalam pelbagai cara seperti rebus dan goreng.
[embed-health-tool-bmr]