Hari Obesiti Sedunia 2019: Mungkinkah BMI Anda Tersilap?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 4 minit bacaan

Pada tanggal 11 Oktober, Hari Obesiti Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran semua pihak tentang bahaya obesiti dan keperluan untuk menjaga kesihatan badan. Selaku negara yang mengungguli tempat pertama di Asia sebagai negara yang paling obes, rakyat Malaysia perlu memberikan lebih banyak perhatian tentang gaya hidup mereka. 

Mengukur beban obesiti melalui Indeks Jisim Badan (BMI)

Pada tahun 1993, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah memperkenalkan pengelasan Indeks Jisim Badan (BMI) bagi membantu membezakan risiko untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kumpulan fizikal yang berbeza. Indeks ini diukur dengan mengambil kira berat badan seseorang itu (dalam unit kilogram) kemudian dibahagikan dengan jumlah darab tinggi mereka (dalam unit meter). Sistem pengelasan BMI terbahagi kepada beberapa kumpulan, bermula daripada kurang berat badan (underweight) sehinggalah obes yang morbid (morbidly obese). Sistem BMI ini digunakan oleh pakar kesihatan dalam menganggar risiko pesakit mereka dan juga untuk prosedur kesihatan tertentu. Mereka yang berada dalam kumpulan berlebihan berat badan (overweight) dan ke atas dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk menghidap pelbagai penyakit NCD kronik yang boleh mengganggu kualiti kehidupan mereka dan menyumbang kepada kematian pramatang. Ini termasuklah penyakit seperti ketidaksuburan, disfungsi ereksi, diabetes, hipertensi, penyakit jantung dan juga strok. 

Semakan semula BMI untuk penggunaan yang lebih meluas

Pada 11 Julai tahun 2002, satu mesyuarat konsultasi pakar WHO telah mengambil tempat di Singapura bagi menyemak semula ukuran pengelasan BMI. Ini kerana terdapat peningkatan prevalens diabetes mellitus jenis 2 dan risiko penyakit jantung dalam sebahagian Asia di mana purata BMI mereka berada pada kadar yang normal. Selain itu, terdapat juga pembuktian kajian yang menunjukkan populasi Asia mempunyai taburan lemak dan juga peratusan lemak yang banyak berbanding orang Eropah walaupun pada nilai BMI yang sama. Perbezaan ini telah mendorong kepada pembentukan BMI yang khusus untuk populasi Asia, di mana nilai mula obesiti mereka lebih rendah berbanding populasi Eropah. Sebagai contoh, seseorang dalam populasi Eropah itu dikatakan sebagai obes apabila BMI mereka mencecah (atau lebih daripada) 30kg/m-2 manakala seseorang dalam populasi Asia pula dikira sebagai obes pada bermula pada nilai 27.5kg/m-2. 

Mungkinkah BMI tersilap?

Walaupun mudah untuk dikira dan digunakan secara meluas, penyemakan semula yang berlaku di Singapura hampir 2 dua dekad yang lalu membuka mata ramai pihak bahawa terdapat beberapa kelemahan yang nyata pada sistem ukuran ini. Limitasi yang terdapat pada indeks ini berupaya untuk memberikan gambaran yang salah berkaitan risiko kesihatan serta definisi ideal untuk ukuran badan seseorang. Berikut merupakan contoh kelemahan tersebut:

Ia tidak membezakan berat otot dan juga berat lemak

Dalam komposisi badan, lemak mengambil lebih banyak ruang berbanding otot kerana otot adalah lebih tumpat berbanding lemak. Oleh yang demikian, walaupun pada berat yang sama di atas neraca, lemak pada ukuran 1kg akan kelihatan lebih besar dan mengambil lebih banyak ruang berbanding 1kg otot. Bacaan ini akan menjadi mengelirukan dalam seseorang yang berketinggian rendah tetapi mempunyai komposisi otot yang tinggi dalam badan mereka. Golongan yang sering terjejas dengan kelemahan BMI ini adalah ahli bina badan dan juga atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Ia tidak memberi gambaran taburan lemak badan

BMI hanya mampu memberikan anggaran lemak keseluruhan seseorang tanpa mengambil kira taburan lemak badan dan penumpuan lemak di bahagian yang tertentu. Ini penting kerana bukan semua lemak itu sama dan penumpuan lemak pada bahagian yang khusus menandakan risiko kesihatan yang berbeza. Contoh yang mudah adalah lemak antara organ atau lemak dalaman (visceral fats) dengan lemak bawah kulit (subcutaneous fats). Berbeza dengan lemak bawah kulit, lemak antara organ di dalam abdomen menyumbang kepada risiko yang lebih tinggi untuk NCD seperti penyakit jantung dan strok.  

Ia tidak mengambil kira faktor jantina dan umur

BMI memukul rata fizikal semua orang dengan hanya mengambil kira berat dan tinggi seseorang sedangkan jantina turut mempengaruhi jisim dan komposisi badan mereka. Sebagai contoh, wanita mempunyai taburan dan peratusan lemak yang lebih tinggi berbanding lelaki manakala lelaki pula cenderung untuk mengalami pengumpulan lemak di bahagian abdomen. Tambahan lagi, usia juga memainkan peranan penting kerana ia mempengaruhi metabolisma sel dan juga kadar penyembuhan tisu badan. Faktor usia dan jantina khususnya bila digabungkan, dapat diterjemahkan kepada risiko penyakit kronik yang berbeza. 

Terdapat beberapa kaedah yang lebih terperinci yang diguna pakai demi memberikan gambaran kompisi badan dan risiko kesihatan yang lebih tepat. Kaedah-kaedah seperti imbasan DEXA dan juga Indeks Bentuk Badan (ABSI) membolehkan lebih banyak pemalar diambil kira dan ukuran tumpuan lemak yang tepat dapat ditentukan. Namun yang demikian, kaedah ini belum digunakan secara meluas dan ujian seperti imbasan DEXA tidak tersedia di kebanyakan fasiliti kesihatan. 

Hari Obesiti Sedunia 2019: Penekanan terhadap gaya hidup sihat

Di sebalik kelemahan yang dimiliki BMI, ia masih digunakan secara meluas kerana kesebatiannya dalam dunia perubatan dan betapa mudahnya untuk menggunakannya. Di samping itu, ukuran mana pun yang dipilih, mesej yang ingin disampaikan kekal sama – untuk menjaga kesihatan badan melalui senaman yang mencukupi dan diet yang sihat. Bersempena dengan Hari Obesiti Sedunia 2019, kesedaran tentang kepentingan gaya hidup yang sihat perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan beban penyakit kronik yang berkaitan dengan obesiti. Setiap pihak perlu memainkan peranan dalam mencipta persekitaran yang kondusif untuk gaya hidup yang sihat. Kami di Hello Doktor menyahut seruan Hari Obesiti Sedunia untuk menggalakkan promosi gaya hidup yang sihat serta langkah pencegahan yang pragmatik demi kesihatan sejagat.

Selamat Hari Obesiti Sedunia 2019!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Boleh Cuba 4 Penawar Ini Bagi Turunkan Masalah Hipertensi!

    Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan. Ikuti 4 tips ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Hipertensi 05/03/2020 . 4 minit bacaan

    Sukan Tinju BUKAN Hanya Untuk Melatih Otot, Ketahui 5 Manfaatnya Terhadap Kesihatan!

    Sukan tinju adalah aktiviti lasak yang sangat bagus untuk sistem kardiovaskular. Selain dapat melatih otot, terdapat banyak lagi manfaat sukan tinju!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 09/02/2020 . 3 minit bacaan

    Apa Lagi Yang Boleh Anda Lakukan Semasa Cuti Tahun Baru Cina?

    Sambutan Tahun Baru Cina 2020 berlangsung selama tiga hari di Malaysia. Apakah rancangan anda untuk mengisi masa lapang ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Perayaan 23/01/2020 . 3 minit bacaan

    Bolehkah Pengambilan Suplemen Menggantikan Senaman?

    Untuk cergas, cara paling mudah adalah dengan melakukan senaman. Tetapi bolehkah pengambilan suplemen dapat menjadikan badan anda cergas tanpa bersenam?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    yoga untuk lelaki

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu yoga

    Bukan Sekadar Senaman, Ada 7 Sebab Kita PATUT Buat Yoga – Jom Tukar Mindset!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
    ini-5-makanan-punca-barah-rahim

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan
    obes

    Individu Obes Berisiko Mati Jika Positif COVID-19, WASPADA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 16/04/2020 . 3 minit bacaan