backup og meta

6 Jenis Obesiti

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/06/2022

    6 Jenis Obesiti

    Apa itu obesiti? Masalah obesiti adalah keadaan kesihatan umum yang bukan sahaja dihadapi orang dewasa tetapi kanak-kanak dan remaja juga.

    Walaupun terdapat banyak penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser berpunca daripada obesiti, sesetengah orang masih kurang peduli tentang keadaan kesihatan ini.

    Artikel ini akan menyediakan pembaca dengan maklumat berguna mengenai obes.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Kenali apa itu obesiti

    masalah obesiti

    Obesiti ditakrifkan sebagai keadaan pengumpulan terlalu banyak lemak badan yang meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan mereka.

    Terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk menentukan tisu adipos (tisu yang dipenuhi lemak) yang berlebihan tetapi cara yang paling biasa adalah dengan Indeks Jisim Badan (BMI).

    Jika BMI anda turun naik antara 25 dan 29.9, anda akan dianggap sebagai mempunyai berat badan berlebihan.

    Faktor-faktor yang berkaitan dengan obesiti

    Obesiti dipengaruhi oleh banyak faktor-faktor lain:

    1. Genetik menyebabkan obes

    Obes mempunyai hubungan yang kuat dengan komponen genetik. Jika ibu bapa anda mempunyai obesiti, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatnya.

    2. Pemakanan yang tidak sihat

    apa itu obesiti

    • Makan makanan segera dalam jumlah yang banyak
    • Minum terlalu banyak alkohol dan minuman bergula
    • Kerap makan di luar. Apabila tidak menyediakan makanan sendiri, anda tidak boleh mengawal pengambilan gula.

    3. Kekurangan aktiviti fizikal

    Ramai orang mempunyai pekerjaan yang berkaitan dengan duduk di meja dan bekerja dengan komputer sepanjang hari, menyebabkan masa aktif terhad.

    Jika anda tidak cukup “bergerak” , tenaga daripada makanan yang anda makan disimpan dalam badan anda dalam bentuk lemak. Lama-kelamaan, ini akan membawa kepada obes.

    4. Obes disebabkan gangguan emosi

    apa itu obesiti

    Tekanan, kebimbangan, kemurungan atau sakit kronik boleh membawa kepada makan berlebihan. Dalam tempoh ini, ramai yang cenderung untuk makan lebih banyak dengan harapan lebih bahagia.

    5. Keadaan atau masalah kesihatan

    Mempunyai beberapa keadaan kesihatan seperti sindrom Cushing atau hipothyroidisme dan mengambil antidepresan (ubat mengurangkan kemurungan) atau kortikosteroid tertentu juga boleh menyebabkan obes.

    Baca juga:

    6 jenis obes

    apa itu obesiti

    Setelah mengenali apa itu obesiti, anda juga perlu tahu mengenai 6 jenis obes yang utama. Punca yang berbeza membawa kepada pelbagai jenis obesiti.

    Beberapa penyelidikan telah mengenalpasti 6 jenis utama obesiti; masing-masing dengan punca tertentu, kesan sampingan, dan rawatan.

    • Obesiti aktif. Obesiti jenis ini berkait rapat dengan kekurangan aktiviti fizikal. Dalam obesiti jenis ini, bahagian badan tertentu dengan cepat membentuk lemak dan menjadi tidak sihat.
    • Obesiti makanan. Jika anda ketagihan makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan makanan ringan, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mempunyai obesiti jeni ini.
    • Obesiti keresahan. Jenis ini dikaitkan dengan tahap tekanan atau kemurungan. Untuk mengelakkannya, anda perlu mengawal emosi dan perasaan anda.
    • Obesiti gluten. Apa itu obesiti gluten? Obes ini adalah perkara biasa dalam kalangan wanita. Ia sering berlaku semasa tempoh perubahan hormon, seperti akil baligh, kehamilan, dan menopaus.
    • Obesiti vena. Masalah pada aliran darah dalam vena merupakan salah satu penyebab obes. Ia adalah masalah genetik, jarang dijumpai dan lebih biasa berlaku semasa kehamilan.
    • Obesiti aterogenik. Apa itu obesiti aterogenik? Ini adalah satu keadaan sangat berbahaya yang berkaitan dengan penyalahgunaan alkohol. Ia juga boleh menjejaskan organ-organ anda yang lain dan menyebabkan masalah pernafasan.

    Masalah obesiti berbahaya kerana akan membawa kepada beberapa kesan sampingan yang negatif ke atas badan anda.

    Anda perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat terbaik dan rawatan sewajarnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan