Selalu Alami Masalah Telinga Berdesing? Ini Puncanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/05/2020

Pernah tak anda alami telinga berdesing walaupun tiada benda fizikal yang boleh anda lihat mengeluarkan bunyi tersebut? Bunyi bingit tersebut seringkali dipanggil tinitus.

Walaupun ia jarang berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius, bunyi bingit tersebut boleh membuatkan keadaan seseorang itu tidak selesa.

Kerap kali digosok telinga namun tiada perubahan. Nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan dengannya? Ikuti artikel ini.

Fisiologi pendengaran

Ramai individu tahu bahawa gelombang bunyi boleh bergerak melalui udara.

Namun, tahukah anda, bunyi yang kita dengar ini adalah hasil penukaran gelombang bunyi kepada getaran dan akhirnya signal elektrik yang dihantar ke otak?

Pada mulanya, gelombang bunyi akan dikumpul oleh cuping telinga. Ia kemudiannya akan bergerak memasuki ke liang luar telinga sehingga sampai ke struktur membran timpani (struktur gegendang). 

Pertemuan di antara gelombang bunyi dan gegendang telinga tersebut akan membuatkan struktur tengah gegendang telinga, umbo, bergetar mengikut amplitud dan kekerapannya.

Semakin tinggi amplitud bunyi, semakin kuatlah tahap getaran membran.

Anda mungkin berminat:

Semakin tinggi kekerapan bunyi, semakin lajulah membran tersebut bergetar.

Ini akan menyebabkan pergerakan tiga tulang kecil yang melekat pada struktur gegendang telinga dikenali sebagai osikel. 

Getaran tersebut akan terus tersebar ke struktur telinga dalaman melalui pergerakan osikel.

Koklea yang mengandungi sel rerambut akan menukarkan getaran tersebut kepada gelombang elektrik sebelum ia dihantar ke otak. Hasilnya, kita dapat mengamati bunyi. 

Tinitus, keadaan di mana telinga berdesing tanpa sumber bunyi

telinga berdesing

Tinitus merupakan terma perubatan yang digunakan untuk menerangkan fenomena bunyi asing yang kedengaran tanpa ada apa-apa sumber yang jelas.

Kebiasaannya, ia seperti bunyi yang bingit namun bagi sesetengah individu, bunyinya seakan-akan berdesing.

Majoriti mereka yang mengalami tinitus mempunyai masalah kurang pendengaran dan perkara ini boleh terjadi disebabkan oleh beberapa perkara:

Salah satu punca yang kebiasaannya menyebabkan tinitus adalah kerosakan pada struktur sel rerambut di dalam koklea.

Seperti yang anda sedia maklum, sel ini bertanggungjawab dalam memastikan pengaliran gelombang elektrik ke otak.

Jika ada masalah pada struktur ini, otak tidak akan menerima pengisyaratan daripada koklea.

Ini akan mengakibatkan kecelaruan isyarat, disebabkan oleh otak berusaha untuk mengesan signal, sama seperti apabila anda cuba untuk mencari isyarat radio di dalam kereta.

Akhirnya, otak mengeluarkan signal yang tidak normal untuk menggantikan input yang hilang, seterusnya menyebabkan tinitus. 

Apa nak buat jika mengalami tinitus?

tinitus

Jika anda mengalami simptom ini, segeralah berjumpa dengan doktor. Ini kerana terdapat pelbagai jenis punca yang sering dikaitkan dengan tinitus.

Jika punca tersebut tidak dirawati, masalah telinga berdesing tersebut akan kekal mengganggu ketenteraman hidup anda.

Kadangkala, ubat-ubatan seperti aspirin, antibiotik, antimalaria dan ubat sawan boleh menyebabkan tinitus.

Jadi, jangan lupa untuk memaklumkan perkara tersebut kepada doktor anda.

Buat sesetengah individu, tahap kesihatan secara menyeluruh mempengaruhi kebarangkalian untuk mereka mengalami simptom tinitus.

Oleh itu, amat penting bagi mereka untuk kekal aktif, mengamalkan gaya pemakanan sihat dan tahap stres yang rendah.

Penyakit mental seperti kemurungan, keresahan dan insomnia perlu dirawat untuk mencegah perkara ini.

Jika anda terdedah kepada bunyi bising di tempat kerja, gunakan penyumbat telinga.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Penjagaan Muka: Adakah Penting Mengikut Turutan?

Sama ada wanita mahupun golongan lelaki, penjagaan muka kini sudah menjadi salah satu aspek penting bagi setiap individu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Farah Aziz

Penuaan: Penyebab Baharu Bagi Penuaan Sel Ditemui

Penyelidikan baharu dari University of Southern boleh menjadi kunci kepada pemahaman kita bagaimana proses penuaan berfungsi atau berjalan

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

8 Perkara Yang Anda MESTI Tahu Sebelum Ambil Keputusan Untuk Tindik Telinga!

Bagi wanita, perbuatan tindik telinga adalah perkara yang penting. Ikuti artikel ini untuk mengetahui apa yang anda perlu tahu sebelum menindik telinga.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

10 Sebab Kenapa Lingkaran Gelap Bawah Mata Terjadi, Salah Satunya Kerana Cahaya Matahari Juga!

Lingkaran gelap bawah mata adalah satu masalah biasa dalam kalangan individu lelaki mahupun wanita. Apakah punca yang menyebabkan bahagian bawah mata hitam?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Artikel lain untuk anda

tahi telinga

Telinga Capang Maksud Degil, Betul Ke? Bagaimana Ia Boleh Terbentuk?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 21/01/2020
penuaan-semakin-tua-semakin-bahagia

Betul Ke Semakin Tua Akan Lebih Bahagia? Ini RAHSIA Patut Anda Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2019
tahi telinga

AWAS! Anda Perlu Berhenti Korek Tahi Telinga Anda Mulai Sekarang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 07/11/2019
bahaya fon telinga

Fon Telinga Tanpa Wayar Boleh Rosakkan Fungsi Otak? Baca Ini Sebelum Pakai!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/10/2019