1.1 Bilion Belia Berisiko Hadapi Masalah Pendengaran

    1.1 Bilion Belia Berisiko Hadapi Masalah Pendengaran

    Hampir 50% individu berusia antara 12-35 tahun atau 1.1 bilion belia berdepan risiko kehilangan pendengaran disebabkan pendedahan berpanjangan dan berlebihan kepada bunyi kuat, termasuk muzik yang didengari melalui peranti audio peribadi.

    Sejumlah 466 juta individu iaitu bersamaan 432 juta individu dewasa dan 34 juta kanak-kanak dari seluruh dunia berdepan masalah ini yang memberi kesan kepada kualiti kehidupan mereka yang majoritinya tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

    Dianggarkan menjelang 2050, lebih 900 juta individu atau bersamaan 1 dalam setiap 10 individu akan mengalami masalah kehilangan pendengaran.

    Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, “Memandangkan WHO dan ITU mempunyai pengetahuan teknologi untuk mencegah kehilangan pendengaran, ia sepatutnya dapat membantu belia dari berhenti merosakkan fungsi telinga mereka semasa mendengar muzik, kerana apabila kehilangan pendengaran, ia tidak akan dapat kembali semula.”

    Menjelang Hari Pendengaran Dunia (World Hearing Day) pada 3 March nanti, WHO dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) mengeluarkan standard piawaian antarabangsa baru bagi pembuatan dan penggunaan alatan audio, termasuk telefon pintar dan pemain audio, untuk menjadikannya selamat didengari.

    Antara piawaian dan ciri keselamatan yang dikeluarkan WHO-ITU mencadangkan peranti audio peribadi harus mempunyai fungsi;

    • Sound allowance; perisian yang merekod tahap dan tempoh pendedahan pengguna kepada bunyi sebagai rujukan
    • Profil peribadi; yang akan memaklumkan kepada pengguna tentang cara selamat untuk mendengar
    • Pilihan kelantangan bunyi; pilihan untuk mengehadkan kelantangan, pengurangan kelantangan secara automatik
    • Maklumat am; sebagai panduan kepada pengguna tentang cara mendengar audio yang selamat.

    Dibangunkan di bawah inisiatif WHO, “Menjadi Pendengaran Selamat”, piawaian ini bertujuan meningkatkan amalan mendengar terutama dalam kalangan belia muda yang sering terdedah kepada muzik dan bunyi di tempat hiburan dan ketika mendengar muzik melalui peranti audio.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 09/07/2020
    Fakta Disemak oleh Dr. Shelby