Tip Mencegah Alergi Dalam Kerjaya Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Disember 5, 2019
Share now

Alergi yang menganggu boleh muncul pada bila-bila masa menyebabkan kesukaran untuk melalui hari bekerja. Bersin, hidung tersumbat dan mata merah serta gatal boleh menyebabkan anda hilang tumpuan semasa bekerja. Terdapat beberapa pengetahuan asas untuk mengurangkan dan mengelakkannya yang perlu anda ketahui. Jika tidak, anda boleh terlepas tugasana atau kerja dan mengurangkan produktiviti anda.

Mengenai pekerjaan anda

Rawatan alergi yang terbaik adalah anda perlu mengelakkan pencetusnya sama sekali. Oleh itu, anda harus mengetahui tentang keadaan alergi anda dan memilih pekerjaan yang paling sesuai untuk diri anda.

Berikut adalah beberapa pekerjaan yang paling teruk bagi mereka yang mengalami alergi.

Kerja-kerja pelandskapan

Bagi mereka yang mempunyai alergi terhadap debunga, elakkan mengambil pekerjaan sebagai pakar landskap, penjaga tanah, atau pakar penjagaan fabrik adalah diperlukan. Alahan luar yang paling biasa adalah pokok, rumput, rumpai, dan alahan kulat/kulapuk boleh membuatkan kerja anda bermasalah.

Perkhidmatan spa

Dengan rinitis atau asma, bekerja di salon kuku, spa atam apa-apa pekerja yang mempunyai wap atau semburan memenuhi udara yang menjengkelkan boleh mendorong kepada simptom alergi. Wap dan semburan kimia boleh mencetuskan serangan alahan pada orang yang sensitif dan alergi.

Bar atau restoran

Sebelum memohon pekerjaan di bar atau restoran, pastikan ianye persekiratan yang bebas rokok. Asap rokok secondhand boleh mencetuskan simptom alergi. Dan, ia juga mendorong kepada komplikasi seperti sinusitis dan bronkitis.

Kerja-kerja mengemas

Mereka yang melakukan pembersihan di dalam rumah boleh mengelakkan daripada pencetus alergi di mana-mana sahaja. Tetapi pembersihan dalaman boleh membuatkan anda terdedah kepada habuk, kulat, bahan pencucu, dan juga lipas yang semuanya mencertuskan alergi yang biasa. Sentuhan kulit dengan hama debu atau alergen lipas boleh menyebabkan ruam yang gatal.

Bekerja dengan haiwan

Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap haiwan peliharaan, cuba elakkan pekerjaan seperti perias anjing, pekerja perlindungan, atau petugas kedai haiwan peliharaan. Walaupun anda adalah seorang pencinta haiwan, ini mungkin satu-satunya cara untuk bebas daripada simptom alergi.

Bekerja di kedai bunga

Punca biasanya bukan tumbuhan atau kulat pada tanah tumbuhan. Tetapi fungisid (bahan kimia beracun yang digunakan untuk membunuh kulat atau menghalangnya daripada menyebabkan penyakit) dan baja yang digunakan dalam pekerjaan ini juga boleh mencetuskan simptom alergi bagi seseorang yang sensitif.

Pekerjaan dapur

Pencetus alergi juga boleh datang daripada kesibukan di dapur, terutamanya jika anda mempunyai alergi terhadap makanan. Sesetengan pembuat roti alergi terhadap gandum. Dan asap daripada memasak kerang atau makan laut juga boleh mencetuskan simptom alergi apabila ia dihidu.

Bagamana untuk mengelakkan alergi dalam pekerjaan

  • Pastikan persekitaran kerja yang bebas habuk.
  • Hidupkan penghawa dingin, yang mana membantu membersihkan beberapa alergen.
  • Cuba gunakan penapis HEPA di meja anda.
  • Elakkan membawa barang-barang lembut ke pejabat anda seperti bantal pelapik kerusi atau patung haiwan kerana alergen boleh berkumpul padanya.
  • Minta supaya penapis ditukar dengan kerap.
  • Cuba menggantikan karpet yang kotor, berhabuk dan berkulapuk.

Walaupun anda mencuba segala-galanya, alergi masih ada kehidupan kerjaya anda, langkah seterusnya mungkin imunoterapi, suntikan alergi. Tetapi jika alergi terus menganggu anda di tempat kerja, anda mungkin perlu berjumpa pakar alergi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Rujukan

    http://www.everydayhealth.com/allergy-pictures/8-worst-jobs-for-people-with-allergies.aspx#08http://www.webmd.com/allergies/features/allergies-at-work?page=3http://www.everydayhealth.com/allergies/allergies-at-work.aspx

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Suntikan Flu Untuk Mencegah Influenza – Penting Ke Untuk Ambil Dan Untuk Siapa?

    Selain perlindungan fizikal, terdapat juga pencegahan melalui pengambilan suntikan flu. Persoalannya, siapa yang perlu mendapatkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat Disember 17, 2019

    Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tindak Balas Alahan

    Tindak balas alahan berlaku apabila sistem imun semula jadi anda bertindak menghalang bahan-bahan berbahaya. Bahan-bahan ini dipanggil "alergen".

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Alahan Rinitis

    Alahan rinitis merupakan satu keadaan di mana sistem imun bertindak balas terhadap zarah dalam udara terutamanya debu. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Aachuummm… Aachuummm… Kenapa Kita Bersin?

    Aaaaachuuummm…dengar bunyi itu, kita tahu apa yang berlaku. Ia sesuatu yang normal untuk terjadi, waima kepada haiwan sekalipun. Tetapi kenapa kita bersin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Nak Raya Ini Jangan Bagi Sebarangan Kuih Pada Anak, Ada 12 Tanda Si Manja Alami Alahan Telur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 15, 2020
    Kenapa Mustahil Untuk Kita Bersin Sambil Mata Terbuka? – Ini Jawapan Pakar!

    Kenapa Mustahil Untuk Kita Bersin Sambil Mata Terbuka? – Ini Jawapan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada Mei 6, 2020
    JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

    JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Februari 12, 2020
    Lindungi Diri Anda Daripada Jangkitan Virus Selesema

    Lindungi Diri Anda Daripada Jangkitan Virus Selesema

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada Januari 8, 2020