Tekanan Darah Tinggi dan Seks

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Salur darah yang rosak akibat daripada tekanan darah tinggi (HBP atau hipertensi) akan mengurangkan aliran darah ke seluruh tubuh anda. Mengurangkan aliran darah ke pinggul boleh menjejaskan aktiviti seks lelaki dan wanita.

  • Ereksi yang tidak berfungsi. Bagi lelaki, kesan tekanan darah tinggi pada fungsi seksual lelaki lebih jelas berbanding wanita. Ereksi yang tidak berfungsi terjadi apabila aliran darah tidak mencukupi untuk ereksi zakar.
  • Kehilangan keinginan seks. Tekanan darah tinggi akan mengurangkan keinginan untuk melakukan aktiviti seks bagi wanita.

Kami lebih tertarik akan kesan tekanan darah tinggi pada lelaki kerana kesannya yang lebih serius.

Sesetengah orang bimbang bahawa mereka akan mendapat serangan jantung semasa bersetubuh. Amat bernasib baik kerana risiko itu sangat kecil. Walaupun seks menaikkan tekanan darah anda, namun aktiviti tersebut sama seperti berjalan kaki atau menaiki tangga. Walau bagaimanapun, anda harus mendapatkan rawatan tentang masalah ereksi anda. Sekiranya anda mempunyai kedua-dua tekanan darah tinggi dan ereksi yang tidak berfungsi (ED), anda perlu berjumpa doktor anda untuk mencari penyelesaian. Anda boleh membincangkan tentang kehidupan seks anda dengan doktor, tetapi yakinlah, bahawa doktor anda telah mendengarnya sebelum ini dan tahu bagaimana untuk membantu anda.

Satu kajian dalam Journal of the American Geriatrics Society mendapati bahawa 49% lelaki berusia lebih 40 tahun menghadapi darah tinggi akan mempunyai ED. Di samping itu, fungsi ereksi juga mempunyai kaitan dengan penyakit vaskular, kesan sampingan ubat, dan kadang-kadang mungkin berkaitan dengan depresi atau tekanan. Tekanan darah tinggi akan menghalang arteri mengalirkan darah ke dalam zakar. Ia juga akan menyebabkan otot lembut dalam zakar kehilangan daya mengendur. Oleh sebab itu, aliran darah ke dalam zakar akan tidak mencukupi untuk menjadikannya tegak. Di samping itu, lelaki yang mempunyai tekanan darah tinggi juga mempunyai tahap testosteron yang rendah. Testosteron adalah hormon utama bagi lelaki yang memainkan peranan besar dalam rangsangan seksual.

Akhir sekali, anda boleh mengawal tekanan darah dan kesihatan seksual anda dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta bekerja dan tentu saja, anda mesti mematuhi nasihat doktor anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut