backup og meta

Ini 5 PUNCA UTAMA Tekanan Darah Tinggi, Ada Kaitan Dengan Buah Pinggang!

Ini 5 PUNCA UTAMA Tekanan Darah Tinggi, Ada Kaitan Dengan Buah Pinggang!

Tekanan darah tinggi adalah antara penyakit kronik yang paling banyak dihidapi oleh masyarakat negara kita. Persoalannya, apakah punca darah tinggi? 

Untuk pengetahuan anda, ia boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor dan ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun usia.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Faktor kebarangkalian 

Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, hipertensi boleh berlaku kepada mana-mana individu pada sebarang lapisan usia, dan pelbagai faktor boleh menjadi punca darah tinggi atau hipertensi.

Mengalami hipertensi bermakna anda berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan strok.

Dalam beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat ciri-ciri tertentu atau faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Antara penyebab darah tinggi adalah seperti berikut:

cara membaca tekanan darah
Bacaan tekanan darah yang tepat.

Punca darah tinggi

Selain daripada faktor yang disenaraikan di atas, berikut adalah antara beberapa perkara yang boleh menjadi salah satu sebab tekanan darah tinggi naik mendadak:

#1. Genetik punca darah tinggi usia muda

Benarkah tekanan darah tinggi itu adalah penyakit keturunan?

Sesetengah penyelidik mempercayai bahawa genetik tertentu di dalam DNA anda boleh menyebabkan wujudnya hipertensi. Sememangnya hampir tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengubah genetik anda.

Tetapi mengetahui bahawa terdapat ahli keluarga seperti ibu bapa, datuk atau nenek, mahupun adik-beradik yang mempunyai hipertensi, sudah tentu dapat membantu pakar perubatan untuk menentukan jika anda mungkin berisiko untuk turut mengalaminya.

punca darah tinggi
Masalah darah tinggi di usia muda.

#2. Pengambilan garam berlebihan, antara punca darah tinggi usia muda

Umumnya, pengambilan garam secara berlebihan, sama ada secara langsung atau garam yang terkandung dalam makanan diproses, akan meningkatkan risiko untuk mengalami tekanan darah tinggi. 

American Heart Association mencadangkan pengambilan garam sehari hanya pada kadar kurang daripada 1,500 miligram (mg).

Walau bagaimanapun, dikatakan kebanyakan individu di negara tersebut mengambil lebih daripada 3,400 mg garam sehari.

Pengambilan garam secara berlebihan untuk tempoh jangka masa yang panjang akan meningkatkan kecenderungan untuk mengalami strok, masalah jantung serta masalah kesihatan lain. 

Namun, pengambilan garam yang disyorkan itu sudah tentunya berbeza bagi individu yang lebih berusia, mereka yang menghidapi diabetes atau masalah buah pinggang. 

#3. Kurang kalium dalam tubuh badan

Jika pengambilan garam yang berlebihan dikatakan punca darah tinggi naik mendadak, sebaliknya kekurangan kalium di dalam tubuh badan juga turut boleh menjadi salah satu puncanya.

Individu yang mengambil makanan dengan kalium dalam jumlah yang seimbang, akan kurang berisiko untuk mempunyai masalah tekanan darah tinggi. 

American Heart Association mencadangkan untuk mengambil antara 3,500 hingga 5,000 mg kalium dalam sehari.

Sudah tentu, setiap perkara yang diambil secara berlebihan akan mengundang kesan sampingan, begitu juga dengan kalium.

Mengambil kalium dalam jumlah yang terlalu banyak akan menyebabkan masalah berkaitan jantung.

Jadi untuk mengetahui jumlah kalium yang sesuai dengan anda, pastikan anda berjumpa dan melakukan rundingan dengan doktor perubatan anda. 

#4. Ubat-ubatan juga punca darah tinggi

Sesetengah ubat-ubatan tertentu turut boleh menjadi faktor penyebab darah tinggi.

Pengambilan ubatan tertentu akan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi sebagai kesan sampingan.

Bergantung kepada keadaan dan tahap kesihatan anda, doktor boleh mengesyorkan cara menurunkan darah tinggi dengan menyesuaikan dos ubatan, mengubah jenis ubat atau merawat masalah tekanan darah tinggi yang dialami dengan rawatan lain.

Bagi sesetengah individu, keadaan kesihatan tertentu boleh mengembangkan darah tinggi.

Merawat masalah kesihatan yang dihadapi akan dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi yang dialami.

punca darah tinggi
Ubat merawat darah tinggi.

#5. Masalah buah pinggang juga antara punca darah tinggi usia muda

Buah pinggang merupakan organ yang sangat penting.

Ia bertanggungjawab dalam menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika anda kencing.

Tetapi buah pinggang yang mempunyai masalah tidak akan dapat berfungsi dengan baik.

Banyak perkara yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.

Jika doktor mengesyaki anda mempunyai masalah buah pinggang yang tidak berfungsi, mereka akan melakukan beberapa ujian darah untuk mengesahkan diagnosis yang dilakukan.

Terdapat beberapa penyebab darah tinggi yang boleh diatasi dengan mengubah gaya hidup seperti menjaga aspek pemakanan dan melakukan senaman secara teratur!

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pastikan anda merujuk kepada doktor perubatan yang bertauliah. Jangan pula bertanya kepada Dr. Google semata-mata, okay?

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tekanan darah tinggi hipertensi. http://www.myhealth.gov.my/tekanan-darah-tinggi-hipertensi/ Accessed on Jan 27, 2020
  2. Blood pressure. https://www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/hbp Accessed on Jan 27, 2020
  3. Blood pressure. http://www.bloodpressureuk.org/BloodPressureandyou/Thebasics/Whatishigh . Accessed on Jan 27, 2020
  4. Blood pressure. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/blood-pressure/art-20050982. Accessed on Jan 27, 2020 
  5. Understanding blood pressure. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings. Accessed on Jan 27, 2020  

Versi Terbaru

11/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Berapa Kadar Degupan Jantung & Denyutan Nadi Yang Normal Ketika Rehat?

Degupan Jantung Laju Normal Ke? Ini Punca Dan Rawatannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan