Apa itu Ketumbuhan Jantung?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi

Apa itu Ketumbuhan Jantung?

Ketumbuhan jantung adalah pertumbuhan tidak normal pada jantung atau injap jantung. Terdapat banyak jenis ketumbuhan jantung. Tetapi, ketumbuhan jantung secara amnya adalah jarang berlaku.

Ketumbuhan tersebut boleh jadi kanser (malignant) atau bukan kanser (benign). Ketumbuhan yang mula tumbuh di dalam jantung dan kekal di situ dipanggil ketumbuhan primer. Ketumbuhan yang bermula dibahagian badan yang lain dan berpindah ke jantung (metastasis) dipanggil sebagai ketumbuhan sekunder.

Kebanyakan ketumbuhan jantung adalah benign. Tetapi, walaupun ketumbuhan tersebut benign, ia boleh menyebabkan masalah kerana saiz dan lokasinya. Kadang kala, bahagian kecil ketumbuhan yang jatuh ke dalam saluran darah dan dibawa ke[ada saluran darah jauh dan berada di dalam laluan peredaran darah ke organ vital/utama (embolism).

Apakah kebarangkalian Ketumbuhan Jantung?

Ketumbuhan jantung adalah sangat lazim berlaku. Ia biasanya terjadi kepada wanita berbanding lelaki. Ia boleh menjejaskan semua peringkat usia. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ketumbuhan Jantung?

Kebanyakannya, pesakit tidak mengetahui mereka menghidap ketumbuhan jantung. Ia biasa dijumpai apabila pesakit melakukan echokardiogram untuk tujuan lain. Jika ketumbuhan menjadi keras akibat deposit kalsium (calcified), ia mungkin dapat dilihat pada X-ray dada. Kebanyakan ketumbuhan jantung primer dikesan apabila pesakit berusia 50 ke 60 tahun. Tetapi, ia juga boleh dikesan pada pesakit yang lebih muda.

Pesakit yang mempunyai myxoma jantung dalam atrium kiri mungkin mempunyai simptom. Hal ini kerana ia menghalang peredaran darah melalui injap mitral. Aliran darah mungkin terhalang sepanjang masa, atau hanya apabila pesakit berada pada posisi tertentu (seperti berbaring). Sementara banyak pesakit tidak mempunyai simptom jika aliran darah terhalang dan tekanan meningkat dalam atrium kiri, ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas, pening kepala atau batuk. Keradangan ini mungkin menyebabkan demam dan pesakit mungkin mengalami sakit sendi atau berasa kurang sihat.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah Punca Ketumbuhan Jantung?

Peratusan kecil pesakit ketumbuhan jantung mempunyai sejarah keluarga dengan keadaan ini. Kadang-kadang, ketumbuhan ini merupakan sebahagian daripada keadaan kesihatan yang lain, seperti sindrom NAME, sindrom LAME atau sindrom carney. Kebiasaannya, ketumbuhan membesar tanpa mempunyai sejarah keluarga dengan keadaan ini. Ia adalah kesan daripada pertumbuhan berlebihan sel sama ada bermula dari dalam jantung atau ia berpindah ke jantung.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ketumbuhan Jantung?

Ketumbuhan jantung cenderung untuk dihidapi dalam keluarga dan kemungkinan menjadi sebahagian daripada keturunan. Menghidap ketumbuhan malignant/kanser pada bahagian badan yang lain yang merebak ke jantung – terutamanya melanoma, kanser payudara atau paru-paru- boleh meningkatkan risiko untuk mendapat ketumbuhan pada jantung.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Ketumbuhan Jantung didiagnosis?

Jika doktor mengesyaki anda menghidap ketumbuhan jantung, diagnosis boleh dipastikan dengan menggunakan echokardiogram, imbasan CT, pengimejan resonans magnetik (MRI) atau pengimejan radionuclide.

Bagaimana pesakit Ketumbuhan Jantung dirawat?

Kerana ketumbuhan jantung ini menyebabkan masalah pada peredaran darah, pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut biasanya dilakukan sebagai pilihan rawatan. Tetapi, keperluan pembedahan adalah bergantung kepada saiz ketumbuhan, sama ada ia menyebabkan simptom, dan kesihatan keseluruhan pesakit.

Pembuangan memerlukan pembedahan terbuka jantung. Tetapi, dalam kebanyakan kes, pembedahan dilakukan secara robotik atau menggunakan teknik invasif minimum. Semasa pembedahan, pakar bedah akan membuang ketumbuhan dan tisu sekitar untuk mengurangkan risiko ketumbuhan berlaku semula. Kerana pembedahan ini agak rumit dan memerlukan jantung untuk terus berfungsi, mesin jantung-paru-paru digunakan untuk mengambil alih kerja jantung dan paru-paru anda semasa pembedahan dijalankan.

Pemulihan selepas pembedahan tradisional biasanya mengambil masa selama 4 ke 5 hari di hospital, dan 6 minggu secara jumlah keseluruhan pemulihan. Jika ketumbuhan dibuang secara robotik atau pendekatan invasif minimum, waktu anda duduk di hospital semakin singkat dan anda boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 2 ke 3 minggu.

Selepas pembedahan, anda perlu melakukan echokardiogram setiap tahun untuk memastikan ketumbuhan tidak terjadi semula dan tiada ketumbuhan baru.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ketumbuhan Jantung?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani ketumbuhan jantung:

  • Sokongan psykologi adalah sangat penting untuk pesakit kanser. Jika pesakit diasingkan daripada masyarakat dan murung secara mental, dia mungkin tidak bertindakbalas dengan ubat-ubatan. Ini akan menyebabkan peningkatan komplikasi kesihatan dan semakin berkurang peluang untuk pulih. Kumpulan sokongan cuba untuk membuat kehidupan pesakit kanser untuk lebih berminat menyertai pelbagai aktiviti berbeza dan berusaha untuk kekal aktif dan sihat.
  • Sokongan keluarga adalah sangat penting untuk merawat pesakit kanser secara berkesan. Ubat yang baik dan kerap adalah perlu untuk mendapat manfaat optimum daripada ubat tersebut. Keluarga memainkan peranan penting untuk menjaga jadual rawatan dan ujian susulan berkaitan rawatan kanser. Jenis diet dan aktiviti pesakit juga perlu dijaga dengan baik.
  • Penjagaan paliatif adalah bentuk sokongan major yang lain untuk pesakit kanser. Tujuan utama penjagaan ini ialah untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser. Penawar jenis ini juga sesuai digunakan untuk semua tahap kanser tanpa mengira peluang untuk memusnahkan ketumbuhan kanser ini.  

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018

Rujukan