Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
14 Hari Hilang Dalam Hutan, Akhirnya Jaslinda Ditemui! Ini Tip Kena Ingat Kalau Pergi Hiking
Jaslinda dijumpai dalam keadaan selamat selepas 14 hari dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak. Penemuan ini mengundang rasa syukur rakyat Malaysia dan pada masa sama mengingatkan pendaki tentang kepentingan persediaan keselamatan sebelum memasuki kawasan hutan.
Kisah ini bukan sahaja mengenai operasi mencari dan menyelamat yang besar, tetapi juga memberi banyak pengajaran tentang cara bertindak jika tersesat ketika mendaki.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
Jaslinda Saludin: Apa yang sebenarnya berlaku?
Jaslinda Saludin ialah seorang wanita berusia 49 tahun yang menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain dan dua malim gunung pada 23 Mei 2026.
Ekspedisi itu melalui laluan Pos Gedung, Gunung Bah Gading, Gunung Batu Putih dan berakhir di Kuala Woh.
Menurut laporan media, beliau merupakan pendaki berpengalaman yang aktif dalam aktiviti luar selama lebih sedekad.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan selepas beliau gagal dikesan ketika pendakian tersebut.
Jaslinda hilang: Bila beliau mula dilaporkan hilang?
Bagi menjawab persoalan mengenai Jaslinda hilang, berikut ialah fakta utama:
Ekspedisi bermula pada 23 Mei 2026
Beliau kali terakhir dilihat di kawasan Gunung Batu Putih pada 24 Mei 2026
Operasi SAR rasmi dilancarkan selepas kehilangan beliau disahkan
Pelbagai agensi termasuk bomba, polis, malim gunung dan sukarelawan Orang Asli terlibat dalam pencarian
Keluarga memaklumkan bahawa hubungan terakhir dengan beliau berlaku sebelum ekspedisi bermula.
Jaslinda dijumpai di mana?
Ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya Jaslinda dijumpai di mana selepas lebih dua minggu kehilangan.
Beliau ditemui pada 6 Jun 2026 berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Pos Musoh, Tapah, Perak.
Penemuan itu dilakukan oleh penduduk Orang Asli tempatan selepas ternampak beliau berada dalam keadaan lemah dan keletihan.
Menurut penduduk kampung yang menemuinya, Jaslinda ketika itu berjalan terhuyung-hayang sambil menangis dan membawa beg plastik yang mengandungi tumbuhan serta cendawan yang dikutip di hutan.
Jaslinda ditemui selamat dan keadaan terkini
Pastikan anda mendaki secara berkumpulan, bukannya berseorangan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Perkembangan Jaslinda terkini menunjukkan beliau berada dalam keadaan selamat selepas ditemui.
Selepas Jaslinda dijumpai:
Beliau dibawa ke rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu
Kisah Jaslinda dijumpai membuktikan bahawa persediaan mental, pengalaman mendaki dan semangat untuk terus bertahan memainkan peranan penting dalam situasi kecemasan.
Pada masa sama, usaha berterusan pasukan penyelamat dan komuniti Orang Asli menunjukkan betapa pentingnya kerjasama pelbagai pihak dalam operasi mencari dan menyelamat.
Kesimpulan
Tidak ramai yang mampu bertahan hampir dua minggu di dalam hutan tebal, oleh kerana itu kisah Jaslinda menjadi perhatian seluruh negara.
Walaupun pengakhirannya menggembirakan, insiden ini mengingatkan kita bahawa aktiviti mendaki bukan sekadar cabaran fizikal tetapi memerlukan perancangan, disiplin dan persediaan keselamatan yang rapi.
Semoga pengalaman ini menjadi pengajaran berharga kepada semua pencinta aktiviti lasak agar sentiasa mengutamakan keselamatan setiap kali melangkah masuk ke kawasan hutan.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Semangat juang tinggi, ikut laluan sungai faktor utama Jaslinda mampu bertahan – Malim. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/semangat-juang-tinggi-ikut-laluan-sungai-faktor-utama-jaslinda-mampu-bertahan-malim/. Diakses Jun 9, 2026.
Jaslinda stabil, masih jalani rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Tapah. https://bernama.com/bm/news.php/politik/news.php?id=2565710. Diakses Jun 9, 2026.
Summer Safety Series. https://americanhiking.org/summer-safety-series/. Diakses Jun 9, 2026.
Hike Smart. https://www.nps.gov/articles/hiking-safety.htm. Diakses Jun 9, 2026.
Tip-tip berguna sewaktu mendaki. https://johornationalparks.gov.my/ms/gunung-ledang-friendly-tips/. Diakses Jun 9, 2026.
Versi Terbaru
09/06/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor