Apa itu Glomerulonefritis Kronik?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Glomerulonefritis Kronik?

Glomerulonefritis Kronik adalah koleksi penyakit buah pinggang di mana glomeruli, kelompok bulatan kapilari yang terdapat dalam korteks buah pinggang, yang berfungsi membuang sisa untuk dikumuhkan sebagai air kencing, menjadi semakin rosak seiring masa.

Seperti nama yang dicadangkan, Glomerulonephritis Kronik adalah keadaan yang telah lama berlarutan. Ia adalah salah satu daripada punca utama kegagalan buah pinggang kronik seperti penyakit ginjal / buah pinggang peringkat akhir.

Tiada rawatan untuk Glomerulonephritis Kronik. Ia boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa. Walau bagaimanapun, prognosis untuk penyakit ini boleh diperbaiki dengan diagnosis yang tepat dan rawatan awal.

Apakah kebarangkalian Glomerulonefritis Kronik?

Glomerulonefritis Kronik boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Glomerulonefritis Kronik?

Simptom biasa bagi Glomerulonefritis Kronik adalah:

  • Kencing secara berlebihan.
  • Terdapat darah dalam air kencing.
  • Air kencing berbuih: Individu tersebut boleh perasan air kencing berbuih semasa kencing.
  • Tekanan darah tinggi atau hipertensi.
  • Kekerapan hidung berdarah.
  • Mudah letih, sakit otot dan kekejangan otot yang semakin teruk pada waktu malam.
  • Tanda dan simptom anemia, antaranya kulit pucat, kelesuan dan pening.
  • Hilang selera dan kurang berat badan.
  • Kulit kering dengan atau tanpa kegatalan.
  • Sukar untuk tidur.
  • Loya, muntah dan cirit birit.
  • Rasa perut kembung.
  • Sesak nafas dan batuk.

Dalam kes-kes lanjutan, terdapat simptom neurologi seperti:

  • Kurang kepekaan.
  • Mengantuk.
  • Delirium.
  • Kekeliruan.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Glomerulonefritis Kronik?

Glomerulonefritis Kronik mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor dan sebahagian daripadanya adalah:

  • Penyakit buah pinggang diabetes: Diabetes yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang lebih besar sebagai kesan komplikasi.
  • Glomerulosklerosis Segmen Fokal (FSGS): Tisu buah pinggang yang berparut memberi kesan kepada fungsinya dan menyebabkan sindrom nefrotik.
  • IgA nefropati: Suatu keadaan di mana antibodi IgA terkumpul dalam tisu buah pinggang yang mengakibatkan kerosakan tisu.
  • Sistemik lupus erythematosus (SLE atau lupus): Autoantibodi yang terdapat dalam SLE boleh menyerang tisu ginjal dan merosakkan fungsinya.
  • Individu yang mengalami beberapa episod Glomerulonefritis Akut boleh menyebabkan GlomerulonephritisKkronik seiring masa.
  • Penyakit ini mungkin mempunyai komponen genetik, kerana ia ditunjukkan berlaku dalam kekerapan lebih tinggi bagi sesetengah keluarga.
  • Sistem imun yang tidak normal boleh menyebabkan Glomerulonefritis Kronik: Imuniti yang tidak normal boleh menghasilkan kerosakan tisu buah pinggang melalui pelbagai mekanisme.
  • Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh merosakkan buah pinggang, seiring masa boleh menyebabkan bentuk penyakit buah pinggang kronik.

Dalam 1 daripada 4 kes, punca Glomerulonefritis Kronik masih belum diketahui.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Glomerulonefritis Kronik?

Terdapat banyak faktor risiko untuk glomerulonefritis kronik, seperti:

  • Ia diketahui berlaku bagi sesetengah keluarga dalam kekerapan yang lebih tinggi. Hal ini menunjukkan penglibatan genetik.
  • Individu dengan sindrom Alport.
  • Individu yang mengalami episod Glomerulonephritis Akut boleh membawa kepada bentuk kronik tanpa rawatan yang mencukupi, seiring masa berlalu.
  • Vaskulitis yang merupakan keradangan arteri yang tidak normal.
  • Merokok dalam tempoh yang lama.
  • Pendedahan kepada pelarut hidrokarbon seperti cat, bahan api (petrol, produk petroleum), ekzos kenderaan, gam dan pelekat, wap pelarut organik, beberapa aerosol serta racun perosak boleh meningkatkan risiko. Oleh itu, individu yang bekerja melibatkan lukisan, percetakan, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan, pembikinan, pencegah kebakaran, proses kimia organik dan farmaseutikal, pendedahan berterusan terhadap ekzos motor berisiko untuk penyakit buah pinggang ini.
  • Sejarah kanser: Kanser boleh menjejaskan fungsi pelbagai organ termasuk buah pinggang.
  • Gangguan autoimun seperti sindrom Goodpasture dan sistemik lupus erythematosus.
  • Diabetes yang tidak terkawal dan berlarutan.
  • Jangkitan, seperti yang disebabkan oleh bakteria atau virus, diketahui dapat meningkatkan risiko Glomerulonephritis Kronik: Jangkitan bakteria mungkin termasuk Endokarditis bakteria (jangkitan bakteria pada jantung) dan selepas jangkitan Streptokokus. Jangkitan virus termasuk HIV, jangkitan hepatitis B dan C serta lain-lain.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Glomerulonefritis Kronik didiagnosis?

Diagnosis Glomerulonefritis Kronik mungkin melibatkan:

  • Sejarah perubatan lengkap.
  • Peperiksaan fizikal yang menyeluruh.
  • Ujian darah seperti berikut:
    • Kiraan darah lengkap (CBC)
    • Tahap glukosa darah dan hemoglobin A1c.
    • Ujian darah pembersihan kreatinina.
    • Paras urea nitrogen darah (BUN) dan kreatinina.
  • Ujian darah khusus untuk mengesan fungsi imun tidak normal seperti autoantibodi dan ujian tahap pelengkap.
  • Analisa protin air kencing 24 jam: Terdapat peningkatan darah dan / atau peningkatan protin dalam air kencing.
  • X-Ray dada.
  • Imbas ultrabunyi buah pinggang.
  • CT dan MRI pengimbas abdomen.
  • Pielogram intravena (IVP): Satu siri X-Ray menggunakan pewarna yang berbeza jelas untuk mengesan kelainan pada buah pinggang.
  • Biopsi buah pinggang.
  • Kadangkala, ahli patologi boleh melakukan kajian khusus, yang mungkin termasuk kesan imunohistokimia, ujian molekul, dan kajian mikroskopik elektron, untuk membantu dalam diagnosis.

Banyak keadaan klinikal yang mungkin mempunyai tanda dan simptom yang sama. Doktor anda mungkin melakukan ujian tambahan untuk menolak keadaan klinikal lain untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

Bagaimana pesakit Glomerulonefritis Kronik dirawat?

Pada masa ini tiada penawar untuk Glomerulonephritis Kronik. Rawatannya berbeza dari satu individu ke satu individu yang lain; ia juga bergantung kepada penyebab penyakit tersirat. Kebanyakan rawatan memberi tumpuan dalam mengawal simptom penyakit.

  • Selalunya, menurunkan tekanan darah tinggi menjadi keutamaan dalam rawatan Glomerulonephritis. Hal ini dicapai melalui penggunaan ubat-ubatan serta perubahan diet yang memberi tumpuan kepada pengurangan pengambilan sodium dan potassium.
  • Mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit.
  • Mengekalkan jumlah protin yang mencukupi dalam badan.
  • Mengawal diabetes menggunakan pelbagai kaedah rawatan.
  • Individu sering diarahkan untuk mengambil pil diuretic. Ia merawat bengkak dan kebengkakan yang berkaitan dengan penyakit ini.
  • Sekiranya punca Glomerulonephritis Kronik disebabkan oleh gangguan autoimun, maka plasmaferesis yang digunakan bagi mengurangkan tahap autoantibodi yang merosakkan, boleh dipertimbangkan.
  • Jika ia disebabkan oleh sistem imun yang tidak normal, kortikosteroid dan ubat imunosupresif lain boleh diberikan.
  • Jika kerosakan yang dialami oleh buah pinggang adalah teruk yang mengakibatkan ESRD, individu tersebut mungkin memerlukan dialisis air kencing secara tetap atau mungkin perlu menjalani pemindahan buah pinggang.
  • Mengambil bahagian dalam kumpulan sokongan dapat membantu dalam pemahaman yang lebih baik tentang keadaan dan mengurangkan beberapa faktor stres.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Glomerulonefritis Kronik?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Glomerulonefritis Kronik:

  • Hadkan pengambilan garam untuk mencegah atau meminimumkan retensi cecair, bengkak dan tekanan darah tinggi.
  • Kurangkan pengambilan protin dan potassium untuk memperlahankan pembuangan sisa dalam darah anda.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat.
  • Mengawal paras gula dalam darah anda jika anda menghidap diabetes.
  • Berhenti merokok.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 30, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 5, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut