backup og meta

Obesiti dan Risiko Pembedahan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/06/2021

    Obesiti dan Risiko Pembedahan

    Obesiti adalah keadaan di mana terdapat kandungan lemak badan berlebihan yang membahayakan kesihatan. Untuk pengetahuan anda, ada banyak risiko mengalami obesiti, antaranya ialah menghidap penyakit kronik.

    Ramai orang yang gemuk atau berlebihan berat badan berisiko tinggi mengalami masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, hipertensi, dan strok.

    Sekiranya anda atau orang sekeliling bakal menjalani pembedahan, anda perlu mengetahui risiko mengalami obesiti yang mungkin berlaku terutamanya yang melibatkan anestesia atau ubat bius.

    Risiko mengalami obesiti ketika pembedahan

    risiko mengalami obesiti

    • Pesakit mungkin sukar untuk diberikan suntikan ubat bius secara intravena dan sukar diberikan rawatan kecemasan apabila berada dalam keadaan kritikal.
    • Sukar untuk menentukan dos yang betul untuk pesakit.
    • Pesakit obes mempunyai kurang ruang kosong di belakang tekak, yang membawa kepada masalah semasa memasang peralatan untuk pesakit bernafas.
    • Antara risiko obesiti ialah jangkitan paru-paru dan komplikasi lain dari jangkitan paru-paru disebabkan penurunan tahap oksigen.
    • Pesakit yang mengalami obesiti akan mengambil lebih banyak masa untuk sedar semula.
    • Jantung pesakit obes sering berada di bawah tekanan otot-otot interkostal (dada). Terdapat risiko angina (sesak dada), tekanan darah tinggi, kekurangan oksigen, atau strok. Selain itu, ubat bius sendiri juga meningkatkan risiko kesan sampingan kardiovaskular.

    Kurangkan risiko mengalami obesiti ketika pembedahan

    risiko mengalami obesiti

    Sebelum pembedahan

    • Tingkatkan kesihatan anda secara keseluruhan sebelum pembedahan, termasuk menurunkan berat badan dengan pengawasan untuk turunkan risiko obesiti ketika pembedahan.
    • Semak keadaan kesihatan keseluruhan, masalah berat badan, dan masalah kesihatan lain yang mungkin anda hadapi, seperti diabetes atau penyakit jantung.

    Semasa pembedahan

    • Anestesia sebahagian mungkin menjadi pilihan untuk mereka yang menghidap penyakit obesiti.
    • Elakkan penenang.
    • Ubat antikoagulan seperti heparin digunakan untuk mengurangkan risiko tromboembolisme vena
    • Vena cava atau vena koronari mungkin digunakan untuk memasukkan ubat dan bukannya arteri periferal seperti dalam pesakit biasa.

    Dengan peningkatan langkah-langkah kesihatan di samping maklumat terperinci mengenai keadaan perubatan anda, doktor akan memberi nasihat yang munasabah untuk memastikan keselamatan dan kualiti pembedahan mereka yang mempunyai risiko disebabkan penyakit obesiti.

    Jangan membuat keputusan tanpa memenuhi semua keperluan yang diperlukan. Salah satu risiko mengalami obesiti ialah masalah-masalah yang mungkin timbul ketika melakukan pembedahan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 04/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan