backup og meta

Sista

Sista

Definisi

Apa itu Sista?

Sista adalah kapsul tertutup atau struktur seperti kantung yang dipenuhi dengan bahan cecair, separuh pepejal, atau gas, dan wujud dalam hampir semua jenis tisu badan.

Saiz sista berbeza dari sekecil saiz mikroskopik hingga ke struktur besar yang boleh menggantikan organ dalaman.

Bergantung pada lokasi, terdapat beberapa jenis sista yang biasa berlaku, seperti:

  • Sista payudara adalah kantung berisi cecair di dalam payudara, yang biasanya tidak kanser (tidak berbahaya). Anda boleh mempunyai satu atau banyak sista payudara dan boleh ada dalam satu atau kedua-dua payudara.
  • Sista kulit adalah benjolan yang berisi bendalir betul-betul di bawah kulit.
  • Sista ovari adalah kantung berisi cecair atau poket di dalam atau di permukaan ovari.
  • Sista otak yang terletak di otak bukanlah benar-benar “tumor otak’ kerana ia tidak timbul dari tisu otak itu sendiri.

Apakah kebarangkaliannya berlaku?

Sista biasa berlaku. Ia boleh menjejaskan pesakit tanpa mengira usia.

Sista boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom masalah tersebut?

Majoriti sista kecil tidak mempunyai simptom atau tanda.

Kadang-kadang sista boleh menyebabkan kesakitan.

Sekiranya wujud dalam organ dalaman, sista mungkin tidak menyebabkan apa-apa gejala jika sista bersaiz kecil.

Sekiranya sista menjadi besar dan menyingkirkan atau memampatkan organ-organ lain atau menghalang aliran bendalir biasa dalam tisu seperti hati, pankreas, atau organ-organ lain, maka gejala-gejala yang berkaitan dengan organ-organ tersebut boleh mula berlaku.

Sista payudara

  • Sista boleh didapati dalam satu atau kedua-dua buah dada.
  • Gumpalan bulat atau bujur yang lembut dengan sisi yang berbeza.
  • Puting boleh berwarna cerah, kuning, kuning jerami, atau coklat gelap.
  • Sakit payudara atau nyeri di bahagian benjolan payudara.
  • Peningkatan saiz benjolan payudara dan nyeri payudara sebelum haid anda.
  • Pengurangan saiz benjolan payudara dan penyembuhan gejala-gejala lain selepas haid anda.

Sista kulit

  • Bengkak kecil, bulat di bawah kulit, biasanya di muka, batang tubuh atau leher.
  • Bintik hitam kecil yang menyumbat pembukaan pusat sista.
  • Bahan tebal, kuning dan berbau busuk yang kadang-kadang menyalir dari sista.
  • Kemerahan, bengkak dan nyeri di kawasan tersebut, jika meradang atau dijangkiti.

Sista ovari

  • Kesakitan yang tidak mencucuk yang boleh bercabang sehingga ke pinggang dan paha anda. Kesakitan tidak lama sebelum haid anda bermula, sebelum haid berakhir, atau semasa melakukan persetubuhan (dispareunia).
  • Sakit semasa membuang air besar atau tekanan pada usus anda.
  • Mual, muntah atau nyeri payudara seperti yang dialami semasa kehamilan.
  • Kemontokan atau rasa berat di perut anda.
  • Tekanan pada pundi kencing anda yang menyebabkan anda merasa ingin kerap buang air kecil atau mengalami kesukaran untuk mengosongkan pundi kencing anda sepenuhnya.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sebarang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

sista

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya terdapat tanda-tanda atau gejala yang terdapat di bawah, sila berjumpa doktor anda.

Sista payudara

Tisu payudara biasanya akan terasa berbonjol atau bernodular.

Tetapi jika anda merasakan ada benjolan payudara baru yang berterusan selepas haid, atau jika benjolan payudara yang sedia ada kelihatan membesar atau berubah.

Sista kulit

  • Membesar dengan cepat;
  • Pecah atau menyakitkan atau dijangkiti;
  • Berlaku di tempat yang sentiasa kerengsaan;
  • Mengganggu anda atas sebab-sebab kosmetik.

Sista ovari

Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza.

Adalah paling yang terbaik untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah Punca Sista?

Berikut adalah beberapa punca utama pembentukan sista:

Faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sista?

Faktor risiko untuk sista bergantung kepada punca asas/dasarnya.

Keadaan genetik, kecacatan dalam perkembangan organ, jangkitan, tumor, dan apa-apa halangan kepada aliran bendalir atau minyak atau bahan lain adalah faktor risiko untuk pertumbuhan sista.

Diagnosis dan Rawatan

tisu badan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan.

SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Sista didiagnosis?

  • Sesetengah sista mudah dipalpat (meraba dengan jari) oleh doktor, terutama jika sista terletak pada kulit atau di dalam organ yang mudah dipalpat.
  • Kajian pengimejan sangat berguna dalam mencari sista, seperti ultrasound, sinar-X, imbasan CAT, dan MRI.
  • Biopsi jarum kadang-kadang digunakan untuk menentukan sama ada tisu malignan dikaitkan dengan struktur yang kelihatan seperti sista, ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan saiz sista.
  • Untuk sista ovari: jika terdapat sebarang kebimbangan bahawa sista anda mungkin berkanser, doktor anda akan menjalankan ujian darah untuk mencari bahan kimia tahap tinggi yang boleh menandakan kanser ovari.

Bagaimana pesakit Sista dirawat?

Dalam kebanyakan kes, sista sering hilang selepas beberapa bulan.

Rawatan untuk sista bergantung kepada penyebab asas sista dan sama ada sista itu menyebabkan masalah kepada pesakit.

Secara umum, sista dirawat dengan menyalirnya keluar atau membuangnya melalui pembedahan; rawatan perubatan biasanya terhad untuk mengurangkan gejala yang berkaitan dengan punca asas sista

Sesetengah sista ini boleh dirawat dengan cara menyedut sista keluar melalui jarum atau kateter, dengan itu menjatuhkan sista.

Pembuangan melalui pembedahan: beberapa sista seperti sista ovari dan sista otak.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sista?

Pastikan anda tidak memicit atau mengeluarkan sista dengan sendiri yang mungkin akan memburukkan lagi punca asas sista tersebut pada sesetengah individu. Di samping itu, ia boleh menyebabkan sista membesar atau dijangkiti.

Sista payudara

Sista kulit

Kebanyakan rawatan topikal seperti lidah buaya, minyak kastor, minyak tea tree dan banyak sebatian lain bermatlamat untuk memecahkan sista. Rujuk dengan doktor sebelum menggunakan ubat rumah ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Skin cysts. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sebaceous-cysts/basics/definition/con-20031599. Accessed September 11, 2016.
  2. Breast cysts. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/breast-cysts/basics/definition/con-20032264. Accessed September 11, 2016.
  3. Ovarian cysts. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ovarian-cysts/basics/definition/con-20019937. Accessed September 11, 2016.

Versi Terbaru

13/07/2020

Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Antibiotik Perlu Makan Habis! Kalau Tidak, Sakit Susah Sembuh Kalau Jadi Lagi?

Banjir Datang Lagi, Ini Apa Yang Mesti & Tak Boleh Dibuat Semasa Musim Banjir!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 13/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan