Kenapa Lelaki Suka Payudara? Tiada Jawapan Mudah Untuk Persoalan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 28/05/2020 . 4 mins read

Pernah tak anda terfikir, kenapa lelaki suka payudara wanita? Penjelasan yang sering diberikan kebiasaannya mencuit hati.

Adegan lelaki merenung payudara sering dijadikan bahan lawak dalam drama komedi di seluruh dunia.

Namun tidak kurang juga, ada yang menggambarkan perbuatan tersebut sebagai satu perkara yang menjijikkan.

Suka ataupun tidak, ianya mempunyai penjelasan dari sudut biologi dan teori evolusi namun kebanyakan kajian tidak mempunyai konklusi yang jelas.

Itulah kesannya jika kita cuba mengkaji sesuatu yang melibatkan emosi, tiada konklusi mutlak yang boleh dibuat.

Pun begitu, jika anda berminat dengan topik perbincangan ini, teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Anda mungkin berminat:

Payudara, organ seksual bagi mamalia manusia

lelaki suka payudara

Jika dilihat pada konteks mamalia, manusia lelaki merupakan satu-satunya makhluk yang sangat berminat dengan payudara ketika menjalinkan hubungan seksual.

Ia tidak bermakna haiwan lain tidak menganggap payudara sebagai organ seks.

Kajian menunjukkan mamalia jantan yang lain tidak bernafsu apabila disuakan dengan payudara mamalia betina.

Perkara ini berbeza dengan manusia lelaki yang tergugat syahwat di saat payudara berada di hadapan mata mereka.

Bonobo betina yang dianggap sebagai mamalia yang mempunyai kaitan genetik rapat dengan manusia, mempunyai kecenderungan untuk menggentel puting payudara semasa melancap.

Seorang ahli antrapologi terkenal, Owen Lovejoy, berpendapat bahawa kedua-dua jantina mempunyai daya tarikan pada organ seks yang boleh meningkatkan kecenderungan untuk bersenggama.

Perkara ini penting bagi memastikan keterusan spesies.

Teori ini menjelaskan mengapa lelaki suka akan payudara wanita dan wanita suka pada penis lelaki (keinginan mungkin berbeza mengikut saiz).

Terdapat juga hipotesis lain yang menerangkan perihal “mengapa lelaki suka payudara wanita” dari sudut persepsi terhadap kesuburan sistem reproduktif.

Mereka yang mempunyai payudara besar dan pinggang yang langsing dianggap mudah untuk hamil dan melahirkan anak.

Perkara ini disokong oleh kajian yang dibuat pada tahun 2004 oleh sebuah universiti di Poland.

Menurutnya, wanita yang mempunyai saiz payudara besar dan pinggang langsing mempunyai jumlah hormon estrogen yang tinggi pada pertengahan kitaran haid berbanding wanita lain.

Fenomena itu sering dikaitkan dengan tahap kesuburan yang tinggi.

Lelaki suka payudara, adakah hasil didikan atau naluri semula jadi?

lelaki suka payudara

Jika naluri semula jadi manusia lelaki suka akan payudara, maka, secara amnya kita boleh simpulkan bahawa majoriti (jika bukan semua) kaum Adam ini gemarkan payudara.

Namun kajian terhadap rangsangan payudara terhadap nafsu seks lelaki tidak mempunyai kaitan kuat melalui kajian oleh ahli antrapologi terkenal Clellan Ford dan Frank Beach.

Mereka telah mengkaji sejumlah 191 budaya di seluruh dunia dan dapatan tidak menunjukkan kaitan yang kuat antara perasaan suka payudara dengan naluri semula jadi lelaki.

Hanya 13 budaya sahaja yang menganggap payudara sebagai organ seks penting. 9 daripada 13 budaya tersebut suka pada payudara bersaiz besar.

2 daripada 13 budaya tersebut suka pada payudara panjang dan melabuh. Selebihnya, mereka sukakan payudara yang tegang dan separa bulat (tidak kisah tentang saiz).

Melalui kajian tersebut, sudah terang lagi bersuluh bahawa kecenderungan lelaki manusia terhadap payudara terbentuk melalui didikan sekeliling.

Namun, ia bukanlah satu kesimpulan yang mudah dibuat memandangkan terdapat perspektif evolusi yang turut menjelaskan sebab di sebaliknya.

Sama ada lelaki suka payudara besar atau kecil bergantung kepada faktor persekitaran dan budaya.

Sebagai contoh, pada tahun 2011, kajian oleh Universiti Wellington, New Zealand telah mendapati bahawa lelaki di Papua New Guinea mempunyai kecenderungan kepada jenis payudara yang berbeza berbanding lelaki dari Samoa dan New Zealand.

Mereka yang tinggal di Papua lebih sukakan wanita yang berpayudara besar kerana ia melambangkan kesuburan.

Perkara ini menyokong hipotesis yang menyatakan di kawasan yang terdapat kurang taburan penduduk, saiz payudara dianggap sebagai tanda bahawa wanita tersebut mendapat zat yang cukup dan subur untuk hamil.

Lelaki suka payudara ada kaitannya dengan hubungan dengan pasangan

payudara wanita

Sejak dari zaman purba lagi manusia sudah memahami bahawa payudara berfungsi sebagai saluran untuk memberikan susu kepada bayi baru lahir.

Oleh sebab itulah terdapat golongan yang berpendapat tindakan lelaki suka payudara yang tidak bertepatan dengan fungsi asal agak menjelekkan.

Namun, pendapat tersebut disangkal oleh Profesor Psikiatri dari University Emory, Larry Young. 

Beliau berpendapat bahawa evolusi manusia telah mengubah dinamik pemikiran berkaitan payudara yang pada asalnya boleh menguatkan hubungan di antara ibu dan anak.

Ini bermakna, otak lelaki manusia (secara tidak sedar) menterjemahkan payudara sebagai satu medium berkesan untuk merapatkan hubungan dengan pasangan.

Kesannya, seperti bayi, lelaki suka akan payudara.

Rangsangan payudara juga boleh menyebabkan wujudnya ikatan emosi yang kuat di antara anda dan pasangan melalui rembesan hormon.

Bayangkan, ketika pasangan anda menggentel puting atau memegang payudara anda, ia akan menyebabkan hormon oksitosin terembes.

Perkara yang sama berlaku ketika wanita menyusukan bayi mereka. 

Hormon tersebut akan menyebabkan wanita untuk lebih cenderung memberikan perhatian kepada pasangan sepertimana mereka memberikan tumpuan kepada bayi mereka.

Perkara ini menguatkan pertalian di antara lelaki dan wanita untuk berhubung di antara satu sama lain.

Kesan evolusi ini menguatkan rasa sayang seterusnya menggalakkan pasangan untuk kekal setia dalam hubungan monogami.

Konklusi

Soalan kenapa lelaki suka payudara sememangnya mudah, namun jawapannya agak kompleks.

Setakat ini, bukti berkaitan dengan kenapa lelaki suka payudara menjurus kepada teori evolusi. 

Namun perbezaan pada kebudayaan setempat boleh mempengaruhi kecenderungan seksual lelaki terhadap payudara.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Payudara Bengkak Dan Sakit? Ini 7 PUNCA Kesakitan Perlu Anda Tahu

Anda selalu alami kesakitan pada buah dada? Adakah ia simptom yang perlu dibimbangkan? Jom ketahui 7 punca utama kenapa payudara bengkak dan sakit.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/04/2020 . 4 mins read

Ramai Wanita Malaysia TAK SUKA Bentuk Payudara Sendiri – Tapi Kenapa?

Payudara, satu aset istimewa wanita. Namun, bukan semua berpuas hati dengan saiz dan bentuk payudara mereka, termasuklah wanita Malaysia. Tetapi mengapa?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 11/02/2020 . 4 mins read

Betul Ke Guna Pil Perancang Sudah Ketinggalan Dan Satu Kaedah Lama?

Adakah pil perancang merupakan alternatif terbaik berbanding dengan metod lain? Ikuti artikel ini untuk maklumat selanjutnya. Klik Hello Doktor sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kontrasepsi 03/11/2019 . 3 mins read

Adakah Ini Merupakan Kunci Kepada Rawatan Kanser Payudara Agresif?

Baru-baru ini, kajian telah menunjukkan kanser payudara menyimpan jumlah glikogen yang banyak. Mengapa ya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui selanjutnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 29/10/2019 . 3 mins read

Artikel lain untuk anda

sakit pada payudara

Payudara Lelaki Sama Besar Macam Wanita? Ini Bukan Sebab Gemuk! Tapi Bahaya Tak Macam Ni?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 mins read
susu badan

Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 14/05/2020 . 3 mins read
5-manfaat-pada-kesihatan-jika-tidak-memakai-bra

Rasa JANGGAL Tapi Ini 5 Manfaat Pada Kesihatan Jika Tak Pakai Bra, Wah Dada Terasa Lapang

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 14/05/2020 . 3 mins read

Lelaki Lebih Puas Di Ranjang Jika Buah Dada Isteri Besar! Fakta Atau Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/04/2020 . 3 mins read