Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Pesakit Gout, Hati-Hati Dengan Kuih Raya Berasaskan Kacang Kalau Tak Nak Sakit Sendi
Makanan penyebab gout sering tidak disedari datang daripada kuih raya yang kelihatan kecil dan “sekadar kudap-kudap”. Hakikatnya, kuih berasaskan kacang tanah dan kacang pis boleh menyumbang kepada peningkatan asid urik, sekali gus mencetuskan serangan gout jika diambil berlebihan, terutamanya dalam tempoh perayaan.
Bagi pesakit gout, memahami kandungan kuih raya adalah langkah penting sebelum menikmati juadah hari raya. Mari lihat penerangan lanjut tentang kuih punca gout.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klikdi sini.
Makanan penyebab gout, elak kuih raya berasaskan kacang tanah dan kacang pis
Sakit gout sering berlaku pada sendi-sendi sekitar kaki.
Antara punca gout yang kerap berlaku ketika musim perayaan ialah pengambilan kuih berasaskan kacang secara berlebihan. Ini kerana kacang tertentu mengandungi purin pada tahap sederhana hingga tinggi.
Berikut ialah senarai kuih raya yang tergolong sebagai makanan penyebab gout dan wajar dielakkan atau dihadkan:
Kuih makmur: menggunakan kacang tanah yang dikisar halus
Kuih semperit kacang: kandungan kacang tanah dan mentega
Langkah kecil ini membantu mengawal pengambilan makanan penyebab gout.
Antara cara yang boleh mengurangkan sakit akibat gout.
Kesimpulan
Walaupun kuih raya kelihatan kecil, ia boleh menjadi makanan penyebab gout jika tidak dikawal. Oleh itu, perhatikan segala jenis makanan terlebih dahulu sebelum anda mula menjamah.
Tidak salah untuk merasa, tetapi jaga saiz hidangan yang anda ambil terutamanya yang berasaskan kacang.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Gout Low Purine Diet. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/22548-gout-low-purine-diet. Diakses Januari 5, 2026.
7 Foods That Trigger Gout. https://health.umms.org/2023/07/03/7-foods-that-trigger-gout/. Diakses Januari 5, 2026.
Gout Diet Cheat Sheet. https://www.arthritis.org/health-wellness/healthy-living/nutrition/healthy-eating/foods-to-avoid-for-gout. Diakses Januari 5, 2026.
Managing Gout. https://www.nwkidney.org/wp-content/uploads/2014/07/Nutrition-Tips-Gout.pdf. Diakses Januari 5, 2026.