Saya Risau, Betul Ke Deodoran Boleh Sebabkan Kanser Payudara? 

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/06/2020 . 2 minit bacaan

Mungkin anda pernah mendengar mengenai dakwaan bahawa antiperspirant atau deodoran boleh menyebabkan kanser payudara. Adakah dakwaan atau teori ini benar-benar tepat atau sekadar cakap-cakap orang? Ikuti penulisan di bawah untuk mencari jawapannya.

Apa itu antiperspirant/deodoran?

Antiperspirant adalah sejenis bahan penyembur yang digunakan pada ketiak untuk mengurangkan perpeluhan dengan cara menyekat pori peluh. Walaupun deodoran juga digunakan dibawah ketiak, tetapi ia tidak menyekat pori peluh, hanya sekadar mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.

Adakah terdapat perkaitan antara penggunaan antiperspirant/deodoran dengan kanser payudara seperti yang digembar-gemburkan?

Beberapa saintis mencadangkan bahawa kedua-dua produk mungkin mempunyai bahan kandungan yang berbahaya dan penggunaannya pada ketiak yang berdekatan dengan payudara mungkin akan menyebabkan risiko pada payudara. Walau bagaimanapun, tidak terdapat bukti saintifik yang menyatakan penggunaan kedua-dua produk itu boleh merisikokan payudara manusia kepada kanser payudara

Adakah penggunaan antiperspirant selepas bercukur akan membuatkan bahan kimia boleh memasuki tubuh badan melalui ketiak dan meningkatkan risiko payudara?

Luka akibat pisau cukur atau mata cukur mungkin akan memberikan risiko jangkitan kulit. Sekiranya kulit ketiak anda sudah terluka atau dijangkiti, berkemungkinan sesetengah antiperspirant boleh menyebabkan sedikit iritasi pada kulit anda. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu sumber utama karsinogen (bahan penyebab kanser) yang memasuki tubuh dan menyebabkan kanser payudara. 

Adakah saya perlu berhati-hati dengan kandungan aluminium dalam antiperspirant?

Untuk makluman anda, bahan berasaskan aluminium adalah sejenis bahan aktif dalam antiperspirant. Ia berfungsi menyekat kelenjar peluh untuk mengelakkannya keluar ke permukaan kulit. 

Sesetengah kajian menyatakan bahawa sebatian aluminium ini mungkin diserap oleh kulit dan menyebabkan perubahan pada reseptor estrogen sel payudara. Memandangkan estrogen ini boleh menggalakkan pertumbuhan kedua-dua sel payudara kanser dan bukan kanser, sesetengah saintis mencadangkan bahawa penggunaan antiperspirant yang mempunyai sebatian berasaskan aluminium mungkin menjadi faktor risiko pembentukan kanser payudara.

Walau bagaimanapun, tidak jelas berapa banyakkah jumlah aluminium yang diserap oleh kulit. Satu kajian yang melihat kepada wanita yang mempunyai kanser payudara mendapati, tidak terdapat perbezaan yang jelas berkenaan kepekatan aluminium antara sel kanser dan sel normal yang lain. Ini membuktikan bahawa kedua-dua sel kanser dan bukan kanser pada payudara tidak mempunyai kandungan aluminium yang berbeza. Oleh itu, tidak terdapat sebarang perkaitan yang jelas berkenaan antiperspirant yang mengandungi aluminium dan pembentukan kanser payudara.

Saya masih tidak yakin, adakah antiperspirant atau deodoran benar-benar tidak menyebabkan kanser payudara?

Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati, tidak terdapat sebarang peningkatan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita yang menggunakan antiperspirant dan deodoran pada ketiak mereka. Selain itu, hasil kajian tersebut turut menunjukkan, tidak terdapat peningkatan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita yang menggunakan pisau cukur bersama-sama dengan antiperspirant atau deodoran selepas bercukur. 

Masih tidak yakin? Kajian lain yang diterbitkan pada tahun 2006 juga menyatakan hal yang sama. Kajian tersebut mendapati bahawa, tidak terdapat perkaitan antara penggunaan antiperspirant dan risiko kanser payudara

Memandangkan hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa deodoran dan antiperspirant selamat untuk dipakai, oleh itu, gunakanlah deodoran setiap kali selepas mandi untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan. Anda mungkin tidak menyedari sebarang bau tersebut memandangkan ia merupakan bau badan anda sendiri, tetapi rakan-rakan anda pasti menyedari perubahan bau udara di persekitaran mereka. Kasihanilah rakan-rakan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Guna Berus Gigi Untuk Beronani? AMARAN KERAS, 5 ‘Alat Melancap’ Ini Sangat Berbahaya!

    Ramai yang tahu perbuatan beronani atau melancap ini adalah tidak bagus untuk kesihatan. Lebih menakutkan, jika ia dilakukan bersama 5 benda ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 01/07/2020 . 3 minit bacaan

    Menopaus Bukan Alasan Aksi Di Ranjang Hambar, Dah Cuba 5 Posisi Ini Belum?

    Ramai yang beranggapan usia emas adalah waktu untuk berhenti lakukan hubungan intim. Salah, ini panduan seks semasa menopaus anda boleh cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/06/2020 . 3 minit bacaan

    Payudara Lelaki Sama Besar Macam Wanita? Ini Bukan Sebab Gemuk! Tapi Bahaya Tak Macam Ni?

    Anda lelaki, tetapi alami sakit pada payudara dan ia membesar seperti payudara wanita? Anda tahu apakah keadaan yang berlaku pada payudara lelaki itu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 17/06/2020 . 3 minit bacaan

    Selepas Kahwin, Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? AWAS! Bahaya Tandanya Itu…

    Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 29/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mimpi basah

    Wah! Bukan Lelaki Saja Yang Alami Mimpi Basah, Tapi Wanita Pun Boleh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    banyak air ketika bersama suami

    Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    sakit ketika bersama

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 06/07/2020 . 3 minit bacaan
    benjolan di ketiak

    Selain Kanser, Ini 6 Sebab Mengapa Boleh Ada Benjolan Bawah Ketiak! No 5 Paling Tak Disangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan