Tumor otak

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 5 minit bacaan

Definisi

Apakah itu tumor otak?

Tumor otak adalah tisu pepejal yang terhasil daripada tumor sel-sel abnormal. Tisu pepejal ini berasal daripada otak ataupun saraf tunjang yang boleh mengganggu fungsi normal otak  

Terdapat banyak jenis tumor otak dan ia dibahagikan samada mengikut asal sel tumor tersebut dan malignan (kanser) atau benigna (bukan kanser)

  • Benigna; jenis ini adalah yang paling kurang agresif. Ia adalah bukan kanser (tidak mengandungi sel-sel kanser) dan mungkin berasal daripada sel-sel dari dalam atau berdekatan otak. Kadar pertumbuhannya perlahan jika dibandingkan dengan jenis lain dan sel-selnya tidak merebak ke bahagian tisu lain.
  • Malignan; ini adalah sejenis kanser yang boleh membawa maut. Kadar pertumbuhan tumornya sangat laju berbanding benigna dan sangat agresif. Ia boleh merebak ke tisu-tisu di kawasan sekeliling seperti sistem saraf tunjang dan bahagian lain otak.
  • Primer; tumor jenis ini membawa maksud ia berasal daripada sel-sel otak. tumor primer jarang-jarang sekali merebak ke organ-organ lain, tetapi boleh merebak ke bahagian lain otak dan saraf tunjang.
  • Metastatik; tumor jenis ini dikenali juga sebagai tumor sekunder, Ia berasal daripada bahagian tubuh badan yang lain dan merebak ke otak.  

Berapa kerapkah tumor  otak?

Kondisi kesihatan ini boleh membabitkan pesakit pada mana-mana peringkat umur. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Silalah berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom tumor otak?

Simptom tumor otak bergantung kepada jenis, lokasi dan saiz tumor tersebut. Setiap satu bahagian otak mengawal  bahagian tubuh badan yang berlainan; jadi simptom-simptom yang berlaku akan berbeza bergantung kepada di mana tumor itu berada. Sesetengah tumor menunjukkan simptom-simptom yang semakin teruk seiring dengan masa, sesetengah yang lain pula mungkin tidak menunjukkan apa-apa simptom sehinggalah ia menjadi terlalu besar dan mengganggu kesihatan anda.

Simptom-simptom biasa bagi tumor otak termasuklah:

  • Sawan, terutamanya pada individu yang tiada sejarah sawan
  • Sakit kepala yang berlaku berulang kali ataupun terdapat perubahan kepada pola sakit kepala
  • Loya dan muntah yang tiada penjelasan
  • Masalah penglihatan seperti kabur, penglihatan berganda, atau kehilangan penglihatan periferi.
  • Masalah pendengaran
  • Masalah pertuturan dan kefahaman
  • Masalah koordinasi dan keseimbangan
  • Rasa kebas dan semut-semut pada tangan dan kaki
  • Kehilangan memori
  • Masalah konsentrasi
  • Perubahan personaliti

Mungkin terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan diatas. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan mengenai apa-apa simptom. Silalah berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus bertemu dengan doktor?

Sekiranya anda mempunyai apa-apa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas atau sebarang persoalan , silalah berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan kita berbeza ,sebaiknya berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan solusi terbaik bagi diri anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan tumor otak?

Terdapat dua punca yang mengakibatkan tumor otak;

  • Tumor otak primer; Tumor jenis ini berasal daripada otak ataupun tisu-tisu disekeliling dan berdekatan dengan otak seperti meninges(selaput yang membaluti otak), saraf kranium, kelenjar pituitari atau kelenjar pineal. tumor otak primer bermula dengan mutasi pada DNA dalam sel . Mutasi ini berlaku apabla terdapat kerosakan dalam pemprosesan DNA yang  membenarkan sel untuk tumbuh, terbahagi dengan cepat, kekal sihat dengan mengambil nutrien dan memaksa sel sihat yang lain untuk mati. Ini akan menghasilkan tisu pepejal yang terdiri daripada sel-sel luar biasa- tumor tersebut.
  • Tumor otak sekunder (metastatik); tumor jenis ini berasal daripada bahagian tubuh badan yang lain dan merebak ke otak. Jenis ini berlaku lebih biasa daripada tumor primer

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada tumor otak?

Terdapat banyak faktor risiko bagi tumor otak seperti;

  • Umur: risiko tumor otak meningkat seiring dengan umur. Ia lebih biasa berlaku pada orang-orang tua. Walaubagaiman pun, kondisi ini boleh berlaku kepada sesiapa pada mana-mana peringkat umur.Terdapat juga tumor yang hanya berlaku pada kanak-kanak sahaja.
  • Pendedahan kepada radiasi; terdapat banyak jenis radiasi. Orang yang terdedah kepada sinaran pengayunan mempunyai risiko yang lebih inggi untuk tumor otak. Beberapa contoh untuk sinaran pengayunan ialah terapi radiasi untuk rawatan kanser dan radiasi daripada bom atom. Gelombang frekuensi radio daripada sumber yang biasa seperti telefon bimbit dan ketuhar gelombang mikro masih tidak dapat dibuktikan ada kaitan dengan tumor otak.
  • Keluarga yang mempunyai sejarah tumor otak; mereka yang ada ahli keluarga/adik-beradik yang memiliki penyakit ini , berisiko tinggi untuk turut terkena kondisi yang sama.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana tumor otak didiagnosis?

Sekiranya anda mengesyaki anda mempunyai tumor otak, penyedia penjagaan kesihatan anda, pertama sekali akan bertanya tentang simptom-simptom dan sejarah kesihatan keluarga anda. Kemudian, dia akan menyarankan anda untuk menjalani beberapa ujian dan prosedur untuk mengesahkan kondisi tersebut, termasuklah:

  • Pemeriksaan neurologikal: ini adalah pemeriksaan fizikal untuk memeriksa penglihatan, pendengaran, keseimbangan, koordinasi, kekuatan dan refleks. Kesukaran pada mana-mana bahagian ujian membolehkan doktor untuk mendapatkan gambaran  bahagian otak mana yang terjejas dan akan meminta anda untuk melakukan ujian selanjutnya.
  • Ujian pengimejan; Pengimejan resonans magnetik (MRI) atau imbas CT akan memberi imej otak yang sangat teliti. Cara lain yang boleh dilakukan seperti angiogram atau angiografi resonans magnetik (MRA), doktor akan menggunakan pewarna dan sinar-X pada pembuluh darah untuk membolehkan doktor melihat tanda-tanda tumor atau pembuluh darah yang luar biasa.
  • Biopsi; prosedur ini adalah untuk memeriksa samada tumor itu kanser atau tidak. Sampel tisu akan diambil daripada otak samada sewaktu pembedahan dilakukan atau menggunakan jarum yang dimasukkan melalui lubang yang ditebuk ke dalam tengkorak. Sampel akan dihantar ke makmal untuk diuji

Bagaimana tumor otak dirawat?

Rawatan yang diberikan untuk tumor otak bergantung kepada banyak faktor seperti:

  • Umur anda, kesihatan umum dan sejarah perubatan
  • Jenis, lokasi, dan saiz tumor
  • Kemungkinan tumor untuk merebak atau kembali selepas dibedah
  • Toleransi anda pada ubat-ubatan yang khusus, prosedur atau terapi

Rawatan untuk simptom-simptom tumor otak termasuklah

  • Antisawan
  • Steroid
  • Pembedahan

Tumor gred tinggi (gred 3 dan 4) adalah malignan dan tumbuh dengan sangat cepat. Ia sangat sukar untuk dibuang dan selalunya memerlukan rawatan tambahan selain dari pembedahan . Kadar untuk berlaku semula sangat tinggi. Semua rawatan yang diberikan bertujuan untuk melegakan simptom dan memanjangkan hayat. Pilihan rawatan tambahan untuk tumor gred tinggi termasuklah;   

  • Terapi radiasi; Sinar-X dan bentuk radiasi yang lain boleh memperlahankan kadar pembesaran tumor atau memusnahkan sel tumor itu.
  • Kemoterapi; terapi ini menggunakan dadah yang diambil melalui mulut atau suntikan ke dalam pembuluh darah untuk membunuh sel yang terbahagi dengan cepat
  • Terapi sasar (targeted): rawatan ini berfokus kepada elemen yang spesifik seperti molekul atau arah laluan yang diperlukan untuk pertumbuhan sel dan menggunakannya sebagai sasaran terapi.
  • Medan rawatan tumor; rawatan ini menggunakan alat mudah alih yang boleh dipakai. Alat ini akan menghasilkan medan elektrik yang mengganggu pertumbuhan sel-sel kanser.

Semua pesakit tumor otak perlu membuat pelan dengan doktor bukan sahaja untuk rawatan segera, tetapi untuk pemulihan dan pengurusan jangka panjang. Disebabkan rawatan kanser boleh menjejaskan tisu sihat yang lain, penting untuk memaklumkan kepada pesakit mengenai semua kesan sampingan dan kesan jangka panjang yang barangkali akan terjadi. Pelan pengurusan jangka panjang selepas mendapatkan rawatan termasuklah;

  • Rawatan lanjutan yang berterusan
  • Rehabilitasi; terapi fizikal, terapi pertuturan, terapi kerja
  • Rawatan sokongan dan rawatan paliatif

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas tumor otak?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut boleh membantu anda untuk menghadapi tumor otak.

  • Minda yang sihat. Pastikan minda anda sentiasa positif. Cuba untuk elakkan diri daripada perkara yang membuatkan anda stres. Buatlah perkara yang anda sukai dan kekalkan gaya hidup yang sihat.
  • Diet yang sihat ; cuba amalkan diet yang sihat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, daging pejal, dan produk kurang lemak. Kurangkan pengambilan alkohol dan dan elakkan merokok.
  • Senaman yang menyihatkan; senaman berkala boleh membantu dengan meningkatkan kesihatan fizikal dan emosi. Cuba untuk melakukan lebih banyak senaman. Ingatlah , rasa penat sewaktu bersenam adalah normal. Anda boleh cuba untuk mengurangkan intensiti senaman dan mulakan daripada yang ringan . Kuncinya adalah konsistensi

Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, silalah berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian yang terbaik buat diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/05/2020 . 2 minit bacaan

    Nak Elak Kanser Serviks? Jangan Takut Untuk Buat Ujian Pap Smear! Ini Apa Yang Terjadi Ketika Ujian

    Wanita perlu menjalani ujian pap smear bagi menyaring risiko untuk mendapat kanser serviks. Bagaimana prosedur tersebut dilaksanakan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Kanser Serviks 19/05/2020 . 3 minit bacaan

    Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

    Ada 8 jenis pemanis buatan yang sering digunakan dalam industri makanan, malah lebih manis dari gula. Namun, benarkah gula buatan ini sebabkan kanser?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 14/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    susah menelan

    Ambil Perhatian! Susah Nak Telan Makanan Mungkin Petanda Kanser Esofagus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/07/2020 . 3 minit bacaan
    testis

    Wahai Lelaki, Kanser Testis Tak Sama Dengan Prostat, Kalau Nak Elak Kena Kerap Periksa Kemaluan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 09/07/2020 . 3 minit bacaan
    5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    kanser prostat

    6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 minit bacaan