Frostbite: Kecederaan Tisu Tubuh Akibat Terdedah Suhu Sejuk

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Frostbite adalah kecederaan disebabkan oleh pembekuan kulit dan tisu apabila terdedah kepada suhu yang sangat sejuk. Keadaan ini pada mulanya menyebabkan kulit anda menjadi sangat sejuk dan merah, kemudian kebas, mengeras dan pucat.

Frostbite biasanya berlaku pada jari, jari kaki, hidung, telinga, pipi dan dagu. Kulit yang terdedah pada cuaca yang sejuk dan berangin paling mudah mengalami keadaan ini, tetapi frostbite juga boleh berlaku pada kulit yang dilindungi oleh sarung tangan atau pakaian lain.

Dalam kebanyakan kes, kulit anda boleh pulih daripada frostbite. Bagaimanapun, dalam kes teruk boleh menyebabkan kematian atau kehilangan tisu.

Peringkat frostbite

Kulit anda adalah organ terbesar yang terdiri daripada beberapa lapisan berbeza. Ia melindungi anda dan juga membolehkan anda merasakan sesuati daripada persekitaran anda melalui sentuhan.

 frostbite

Peringkat 1: Kulit normal bertindak balas dengan sejuk

Saluran darah terdapat pada seluruh badan anda, termasuk di dalam kulit. Ia berfungsi untuk membawa darah ke pelbagai tisu badan anda untuk menjaga kesihatannya.

Apabila anda berada dalam keadaan sejuk, saluran darah anda mengecut, menjadi lebih sempit untuk peredaran aliran darah dari kaki seperti kaki dan jari kaki anda. Ini membantu mengekalkan suhu badan teras anda. Lama kelamaan, kekurangan aliran darah ke kawasan-kawasan ini boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan tisu berdekatan.

Risiko akan meningkat jika:

  • Anda terdedah kepada suhu sejuk untuk jangka masa yang panjang
  • Suhu sejuk disertai oleh angin
  • Anda berada pada ketinggian yang lebih tinggi

Peringkat 2: Frostnip

Frostnip adalah peringkat pertama frostbite. Ia sangat ringan dan tidak merosakkan kulit anda.

Apabila anda mengalami frostnip, kulit akan menjadi merah dan terasa sejuk. Jika anda kekal di tempat sejuk, ia mungkin menyebabkan anda mula berasa kebas atau rasa mencucuk (prinkling).

Frostnip boleh dirawat dengan langkah pertolongan cemas yang mudah termasuk pencegahan pendedahan kepada sejuk dan pemanasan semula. Pemanasan semula boleh diperoleh dengan merendam kawasan yang terjejas dalam air suam selama 15 hingga 30 minit. Penggunaan sumber haba seperti dapur atau pad pemanasan harus dielakkan, kerana ia boleh menyebabkan terbakar.

Apabila kulit anda mula panas, anda mungkin berasa sakit atau kesemutan. Anda boleh mengambil ubat penahan sakit seperti ibuprofen untuk mengurangkan rasa tidak selesa.

Peringkat 3: Superficial frostbite

Pada peringkat ini, kulit anda akan mula berubah daripada warna kemerah-merahan ke warna kepucatan. Dalam beberapa kes, ia mungkin kelihatan biru. Kristal ais boleh mula terbentuk di dalam kulit anda. Oleh itu, kawasan kulit yang terjejas mungkin mempunyai rasa keras atau beku apabila anda menyentuhnya.

Kulit anda juga mungkin mula berasa hangat pada tahap ini dan anda mungkin melihat beberapa pembengkakkan. Ini adalah tanda bahawa kerosakan pada tisu kulit anda mula berlaku. Tisu di bawah kulit anda masih berkeadaaan baik, tetapi rawatan perubatan diperlukan untuk mencegah kerosakan selanjutnya.

Jika anda mempunyai lepuh selepas terdedah kepada kehangatan, doktor anda boleh mengalirkannya. Sekiranya ada lepuh yang dijangkiti, anda juga akan diberi antibiotik untuk merawat jangkitan.

Peringkat 4: Deep frostbite

Ini adalah peringkat frostbite yang paling teruk dan menjejaskan kulit dan tisu anda. Kulit di kawasan terjejas mungkin kelihatan biru atau licin. Ia menyebabkan anda berasa kebas terhadap kesejukan atau kesakitan. Otot yang berdekatan dengan kawasan yang terjejas mungkin tidak berfungsi dengan baik. Lepuh yang dipenuhi dengan darah juga boleh berlaku pada peringkat ini.

Deep frostbite memerlukan perhatian perubatan segera.

Pencegahan

Pastikan untuk mengikuti tip berikut untuk mengelakkan frostbite:

  • Ketahui ramalan cuaca. Elakkan menghabiskan masa yang lama dalam cuaca sejuk dan juga bersentuhan langsung dengan permukaan logam atau air semasa sejuk.
  • Berpakaian dengan sesuai untuk cuaca sejuk. Pakai sesuatu seperti sarung tangan, topi yang menutupi telinga, tudung, cermin mata hitam, atau topeng ski anda. Pakaian luar perlu kalis air dan angin.
  • Tukar pakaian basah secepat yang boleh.
  • Kekal terhidrat dan makan makanan berkhasiat. Elakkan alkohol, kerana ia boleh menyebabkan anda kehilangan haba badan dengan lebih cepat.
  • Kenali tanda-tanda frostbite. Ingat bahawa frostnip adalah peringkat awal untuk frostbite menjadi lebih serius. Sekiranya anda atau orang lain kelihatan sedang membangunkan frostbite, dapatkan kehangatan dan rawatan secepat mungkin.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.