Organ Dalaman Manusia: Apakah Fungsinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/07/2020 . 2 minit bacaan

Otak, jantung, usus, dan paru-paru. Semua ini ialah organ dalaman manusia atau dikenali sebagai viscera dalam istilah perubatan. Kita mungkin kerap mendengar mengenai kewujudan organ-organ ini tetapi tahukah anda apakah fungsinya?

Organ manusia
Organ dalaman manusia

1. Otak

Tanpa otak, manusia tidak boleh hidup. Fungsi organ ini bukan sekadar berfikir dan membuat keputusan tetapi ia juga berperanan mengawal banyak fungsi dan pergerakan organ lain.

Otak dihubungkan dengan batang otak dan urat saraf tunjang. Dari urat saraf tunjang, urat saraf dihubungkan ke bahagian tubuh berbeza. Otak menerima dan memberi isyarat ke seluruh tubuh melalui jaringan ini.

Setiap bahagian otak mempunyai fungsi tertentu. Contohnya, bahagian oksipital (belakang) mengawal penglihatan dan temporal (tepi) pula pendengaran. Jika berlaku kecederaan, simptom yang dialami mengikut bahagian yang terjejas.

2. Paru-paru

Apa lagi fungsi utamanya kalau bukan untuk bernafas. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dilakukan oleh organ ini. Oksigen seterusnya dibawa ke seluruh tubuh untuk menghasilkan tenaga.

Selain itu, paru-paru juga terlibat dalam menghasilkan hormon tertentu.

3. Jantung

Kerosakan pada fungsi organ ini merupakan punca kematian nombor satu di dunia, iaitu penyakit jantung iskemik. Berdegup lebih 86,000 kali sehari tanpa henti, organ bersaiz penumbuk ini mengepam darah ke seluruh sel tubuh untuk membolehkan darah yang mengandungi oksigen serta nutrien berbeza sampai ke sel tersebut.

4. Hati

Hati (liver) bukan jantung. Ia merupakan organ paling besar di dalam abdomen. Terletak di sebelah atas kanan abdomen, ia mempunyai banyak fungsi termasuk menyahtoksik bahan kimia dan ubat-ubatan, menghasilkan cecair hempedu, dan membuat protein untuk kegunaan berbeza seperti pembekuan darah.

Disebabkan saiznya yang besar, ia paling mudah mengalami kecederaan jika berlaku trauma pada abdomen.

5. Perut (stomach)

Istilah perut (luaran) yang kita gunakan seharian tidak sama dengan organ dalaman perut. Ia terletak di bahagian atas kiri, berhubung dengan esofagus (kerongkong) di bahagian atas dan usus kecil (duodenum) di bahagian bawah.

Sebagai sebahagian dari sistem penghadaman, perut memainkan peranan khusus sebagai tempat menyimpan makanan, menukarkan tekstur makanan kepada separa pepejal, dan melepaskan enzim serta asid untuk menghadam makanan serta membunuh bakteria tertentu.

6. Usus kecil dan besar

Selepas makanan berada di dalam perut, ia akan beralih ke usus kecil dan besar. Daripada namanya, usus kecil mempunyai diameter yang lebih kecil tetapi lebih panjang berbanding usus besar.

Secara ringkas, usus kecil berperanan menyerap nutrien, manakala usus besar menyerap air dan menghasilkan najis untuk dibuang.

7. Ginjal

Ginjal atau buah pinggang terletak di dalam abdomen secara berpasangan di sebelah kiri dan kanan. Selain menapis dan menghasilkan air kencing, ia juga mempunyai peranan dalam menghasilkan hormon tertentu. Anda boleh hidup dengan satu ginjal. Sebab itu, menderma organ ini semasa hidup adalah tidak mustahil.

8. Pundi kencing

Selepas air kencing dihasilkan oleh ginjal, ia akan disimpan di dalam pundi kencing. Ia boleh menyimpan sehingga 600 ml air kencing. Kebiasaannya, rasa ingin membuang air kencing bermula apabila mencapai isipadu 150 ml.

Ini hanya sebahagian dari organ dalaman manusia yang utama. Banyak lagi organ lain yang tidak disebutkan dalam artikel ini. Disebabkan semua organ ini saling berkait antara satu sama lain, gangguan pada satu organ akan turut menjejaskan fungsi organ lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

    Ada yang mengalami berak berdarah namun takut atau malu untuk berjumpa doktor. Jangan begitu, ia mungkin disebabkan oleh perkara ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 21/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

    Kencing terlalu kerap disebabkan oleh penyakit pundi kencing terlalu aktif. Klik artikel untuk tahu jenis makanan yang boleh membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/05/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak

    Klimaks seks merupakan salah satu daripada cara untuk meningkatkan perkembangan otak manusia. Hormon yang dirembeskan mampu memberikan kesan positif ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 08/05/2020 . 3 minit bacaan

    Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

    Kalian tahu apa itu kerak usus? Ada orang kata ia adalah punca sebenar perut boroi. Adakah ia fakta atau mitos? Klik untuk tahu jawapannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda serangan jantung

    Serangan Jantung Boleh Berlaku Tanpa Sakit Dada?! Ini 7 Cara Kesan Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 23/06/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu hernia angin pasang

    Kerap Meneran Punca Angin Pasang? Awas Ya, Lelaki & Wanita Pun Boleh Kena!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan
    jenis penyakit jantung

    Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/06/2020 . 3 minit bacaan