backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Selalu Sakit Pada Sebelah Kiri Ari-Ari? Ini Mungkin 6 Penyebabnya, Jangan Biarkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 24 jam lalu

    Selalu Sakit Pada Sebelah Kiri Ari-Ari? Ini Mungkin 6 Penyebabnya, Jangan Biarkan!

    Sakit abdomen, sakit sebelah kiri perut atau sakit ari ari sebelah kiri merupakan aduan yang seringkali diterima di pusat kesihatan dan kecemasan kerana ramai tidak tahu punca, kesan dan cara hilangkan sakit ari ari ini.

    Jadi, ari ari di bahagian mana dan apakah punca sakit ari ari sebelah kiri ini berlaku? Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Sakit ari ari sebelah kiri atau sakit abdomen kiri atas

    1. Angina pektoris

    Ini merupakan satu keadaan kesihatan di mana aliran darah ke otot jantung berkurangan menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan.

    Struktur anatomi jantung yang terbahagi kepada sudut depan (anterior), bawah (inferior), belakang (posterior) dan sisi (lateral), membuatkan kesakitan boleh berlaku pada bahagian perut berdekatan dengan struktur dada.

    Mereka yang mengalami angina kebiasaannya mendapat simptom ketika menjalani aktiviti fizikal atau tekanan emosi. Antara simptom angina selain daripada sakit dada adalah:

    • Sesak nafas
    • Keletihan
    • Mual
    • Pening kepala
    • Perpeluhan
    • Keresahan

    2. Gastritis

    rawat gastrik
    Cara semula jadi rawat gastrik.

    Gastritis merupakan keadaan kesihatan yang melibatkan keradangan pada lapisan atas perut. Ia terbahagi kepada dua bergantung kepada durasi keradangan tersebut iaitu akut dan kronik.

    Gastritis akut kebiasaannya melibatkan keradangan yang serius secara serta-merta manakala gastritis kronik pula boleh menyebabkan keradangan dalam jangka masa panjang jika ia tidak dirawat. 

    Ia kebiasaannya berlaku kepada mereka yang mempunyai faktor risiko berikut:

    • Pengambilan alkohol secara berlebihan
    • Penggunaan kokain 
    • Penggunaan bahan tembakau
    • Penggunaan ubat nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti aspirin
    • Penyakit autoimun
    • Penyakit keradangan usus (inflammatory bowel disease) seperti penyakit Crohn dan kolitis ulseratif
    • Jangkitan virus atau bakteria

    Selain daripada sakit pada bahagian abdomen, mereka yang mengalami gastritis juga akan menunjukkan gejala seperti:

    • Mual
    • Muntah
    • Perut kembung
    • Ketakcernaan
    • Najis berwarna hitam dan muntah darah (jika terdapat pendarahan)

    3. Pankreatitis 

    Organ pankreas meliputi ketiga-tiga zon di bahagian atas abdomen (kanan, tengah dan kiri).

    Oleh sebab itulah, mereka yang mengalami keradangan pada organ pankreas (pankreatitis) boleh merasai kesakitan pada bahagian atas abdomen.

    Ia terbahagi kepada dua iaitu pankreatitis akut dan pankreatitis kronik. Kedua-duanya mempunyai faktor risiko yang berbeza dan jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan kanser pankreas.

    Antara keadaan yang boleh menjurus kepada pankreatitis:

    • Batu pada organ dan salur hempedu
    • Pengambilan alkohol 
    • Trauma
    • Penggunaan steroid
    • Jangkitan virus
    • Penyakit autoimun
    • Sengatan kala jengking
    • Prosedur Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP)
    • Beberapa jenis ubat 

    Sakit abdomen atau sakit ari ari sebelah kiri bawah

    1. Kehamilan luar rahim (ektopik)

    sakit ari ari sebelah kiri
    Sakit ari ari kiri akibat hamil luar rahim.

    Jika anda merupakan seorang wanita dalam lingkungan usia reproduktif yang mengalami sakit perut atau sakit ari ari sebelah kiri bawah, anda berkemungkinan mengalami simptom kehamilan luar rahim.

    Masalah sakit ari-ari sebelah kiri semasa hamil atau sakit ari ari tapi tak period ini tidak wajar dipandang ringan memandangkan komplikasinya boleh membawa maut.

    Kehamilan luar rahim berlaku apabila embrio tertanam di struktur selain daripada uterus seperti di tiub falopian, ovari, serviks atau abdomen.

    Wanita tersebut kebiasaannya mengalami simptom yang sama seperti wanita yang hamil. Antaranya:

    • Putus haid
    • Sakit pada bahagian payudara
    • Mual
    • Ujian air kencing positif

    2. Ari-ari sakit akibat divertikulitis

    Keadaan kesihatan ini melibatkan keradangan pada struktur divertikula. Divertikula merupakan kantung kecil yang terbentuk pada lapisan sistem pencernaan.

    Sebab pembentukannya masih lagi tidak diketahui, namun, pakar percaya ia merupakan hasil interaksi di antara faktor genetik dan persekitaran.

    Mereka yang berusia 40 tahun ke atas kebiasaannya mempunyai struktur ini namun ia jarang menyebabkan masalah kesihatan.

    Jika terdapat najis atau makanan yang tidak tercerna tersangkut pada struktur tersebut, ia boleh menyebabkan keradangan.

    Mereka yang mempunyai masalah kesihatan ini kebiasaannya mengalami simptom:

    Dalam erti kata mudah, ada 6 punca ari ari sebelah kiri anda terasa sakit termasuk:

    1. Angina pektoris.
    2. Gastritis.
    3. Pankreatitis.
    4. Divertikulitis.
    5. Kehamilan luar rahim.
    6. Sindrom usus rengsa.

    3. Sindrom usus rengsa (Irritable Bowel Syndrome)

    sakit ari ari sebelah kiri
    Sakit ari ari kiri akibat sindrom rengsa usus.

    Ini merupakan penyakit yang kerap berlaku melibatkan usus besar individu.

    Kebiasaannya, mereka yang mengalami masalah ini boleh mengawal simptom seperti sakit abdomen, perut kembung dan perubahan tabiat buang air besar dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

    Konklusinya, anda bukan sahaja perlu tahu ari ari di bahagian mana malah punca, kesan dan cara hilangkan sakit ari ari akibat punca-punca di atas. Segera jumpa doktor ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 24 jam lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan