Cyst Ovari Ancaman Setiap Wanita, Ini 11 Tanda Bahaya Jika Alaminya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 21/05/2020

Selalu rasa sakit bawah perut? Anda mungkin mengalami sista ovari. Jom ketahui simptom dan cara kecutkan cyst yang boleh dicuba.

Apa itu sista ovari?

Ovari adalah sebahagian daripada sistem pembiakan wanita. Ia terletak di bahagian abdomen bawah pada kedua-dua belah rahim.

Umumnya, seorang wanita akan mempunyai 2 ovari yang menghasilkan telur, hormon estrogen dan progesteron. 

Kadangkala, sebuah kantung berisi cecair dipanggil cyst atau sista akan terbentuk di salah satu ovari.

Kebanyakan wanita akan menghidapi sekurang-kurangnya 1 sista sepanjang hayatnya. Kebiasaannya, keadaan tersebut tidak akan menyebabkan kesakitan atau sebarang gejala.

Tetapi sekiranya anda mengalami sakit perut atau berasa tidak selesa yang luar biasa, ia berkemungkinan menunjukkan bahawa anda mengalami sista ovari (ovarian cyst). 

Jika anda risau mengenainya, ada cara kecutkan cyst yang akan Hello Doktor kongsikan.

Memahami simptom sista ovari

Sebelum anda mengetahui tentang kaedah dan cara kecutkan cyst, sudah tentu anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu simptomnya.

Berikut 11 tanda sista ovari yang boleh anda semak:

  1. Sakit pelvis

Rasa sakit pada pelvis iaitu sekitar bahagian abdomen bawah boleh menjadi petanda sista ovari. 

Kesakitan dialami mungkin untuk tempoh masa panjang atau datang dan pergi. Biasanya rasa sakit akan menjadi lebih teruk semasa kedatangan haid

Hormon terhasil semasa period boleh menyebabkan sista yang terbentuk atau membesar semakin menyakitkan.

Jika sista pecah, anda mungkin akan berasa sakit secara tiba-tiba dan teruk pada bahagian pelvis.

sista ovari

  1. Kesakitan lain

Rasa sakit akibat sista ini boleh merebak daripada bahagian pelvis ke kawasan belakang badan sehingga paha. Ia dirujuk sebagai referred pain.

  1. Kembung

Kebanyakan wanita mungkin akan mengalami perut kembung semasa haid. Tetapi masalah kembung yang agak abnormal boleh berlaku kesan daripada tumbesaran sista. 

  1. Mual dan muntah

Masalah loya dan muntah boleh terjadi apabila sista yang wujud mengakibatkan salah satu ovari anda berpusing.

  1. Kekerapan kencing

Adakalanya, sista yang wujud boleh mempengaruhi aktiviti pundi kencing sehingga menyukarkan anda untuk mengosongkannya. Kekerapan untuk kencing juga meningkat.

  1. Demam

Jika masalah sista ovari dijangkiti, anda mungkin akan mengalami demam.

  1. Pendarahan tanpa sebab

Ada masanya, anda mengalami pendarahan tanpa sebab dan tidak dijangka. Pastikan anda mendapatkan rawatan segera kerana ia mungkin keadaan yang memerlukan rawatan perubatan.

  1. Pertambahan berat badan

Dalam kes jarang berlaku, cyst boleh membesar. Saiz sista bersama masalah kembung yang dialami boleh menyebabkan perubahan pada berat badan anda.

  1. Hubungan seks

Antara petanda anda mungkin mengalami sista adalah apabila berasa sakit atau tidak selesa semasa bersetubuh. 

Sesetengah wanita berdepan kesakitan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen selepas melakukan aktiviti seks.

Keadaan ini cenderung berlaku jika anda mengalami sista ovari jenis endometrioma – tisu rahim tumbuh di bahagian luar rahim.

11-tanda-dan-cara-kecutkan-cyst

  1. Sukar hamil

Bagi wanita dengan masalah sindrom ovarium polikistik (PCOS), sista akan terbentuk dari masa ke masa. Selalunya wanita dengan PCOS akan berdepan kesukaran untuk mengandung

  1. Masalah buang air besar

Masalah ovarian cyst yang dialami boleh menjejaskan fungsi usus sehingga mengakibatkan anda sukar untuk mengosongkannya.

Antara situasi yang kerap dialami adalah kesakitan semasa berak, tekanan pada usus atau peningkatan kekerapan membuang air besar. 

Jadi, apakah cara kecutkan cyst yang boleh anda lakukan?

Cara kecutkan cyst di rumah

Anda perlu tahu rawatan di rumah tidak dapat menyingkirkan sista, tetapi ia boleh membantu mengurangkan simptom dan mengatasi kesakitan. 

  1. Ubatan kaunter

Ubat yang boleh dibeli di farmasi berperanan sebagai penahan kesakitan. Anda tidak memerlukan preskripsi. Tetapi jika keadaan tidak berkurang, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor.

Walau apa pun, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat tahan sakit untuk rawat sista ovari.

  1. Kurangkan berat

Antara cara kecutkan cyst adalah dengan menurunkan berat, badan anda akan dapat berfungsi dengan lebih baik. Ini sekali gus membantu mencegah pembentukan sista pada bahagian ovari. 

11-tanda-dan-cara-kecutkan-cyst

  1. Diet pemakanan

Tidak semua wanita dengan PCOS berisiko untuk mengembangkan masalah sista pada ovari ini. 

Tetapi PCOS menyebabkan wujudnya masalah rintangan insulin, sekali gus meningkatkan risiko untuk diabetes, ketidaksuburan serta peningkatan berat badan.

Sekiranya mempunyai PCOS, anda disarankan untuk mengubah diet pemakanan bagi mengurangkan risiko mengembangkan diabetes atau sista ovari.

  1. Bertenang

Tekanan dan kegelisahan boleh menyebabkan keadaan kesihatan bertambah buruk.

Jadi 1 cara kecutkan cyst yang boleh anda cuba adalah dengan mempelajari teknik relaksasi bagi membantu kekalkan ketenangan dalam diri.

Belajarlah teknik yoga, pernafasan mendalam dan meditasi untuk hilangkan stres. Ia juga membantu mengurangkan rasa sakit dan memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan.

  1. Bersenam

Melakukan aktiviti fizikal dan regangan dapat mengurangkan sakit berkaitan sista. Malahan ia juga membantu dalam mengatasi ketegangan otot. 

Rawatan bersesuaian

Masalah sista ovari adalah keadaan biasa yang tidak mendatangkan kebimbangan. Pelbagai rawatan yang bersesuaian dan selamat boleh dijadikan pilihan untuk mengubati keadaan tersebut.

Walau bagaimanapun, setiap wanita harus sentiasa berwaspada terhadap setiap perubahan dalam badan dan tidak mengabaikan jika mengalami kesakitan pelvis yang kronik. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

JANGAN Pandang Ringan Jika Perut Bayi Kembung, Ini 2 Bahayanya Pada Si Manja Itu!

Masalah kembung perut adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan yang menyebabkan bayi menangis dan meragam.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Apakah Itu Nokturia?

Adakah anda kerap bangun pada waktu malam, lebih dari sekali dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur, hanya untuk kencing? Jika ya, anda mungkin menghidapi nokturia. Ia sama anda badan anda menghasilkan air kencing terlalu ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Ooforektomi: Prosedur Pembedahan Pembuangan Ovari

Ooforektomi adalah adalah prosedur pembedahan untuk pembuangan ovari. Ovari adalah dua organ berbentuk badam yang mengandungi dan melepaskan telur untuk ovulasi. Selain itu, ia juga menghasilkan hormon.  Pembedahan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz

Punca-Punca Utama Ketidaksuburan Dalam Wanita

Ketidaksuburan dalam wanita adalah salah satu daripada kerisauan utama kaum hawa dan juga pasangan mereka. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan. Penting untuk kita fahami punca-puncanya agar ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Artikel lain untuk anda

kencing terlalu kerap

Kerap Kencing Mungkin Tanda Pundi Aktif, Ini 8 Makanan Perlu Ambil (Dan Elak)!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/05/2020
folikel antral

Kurang Folikel Punca Sukar Hamil? Fahami Kaedah AFC Dalam Rawatan Kesuburan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/05/2020
ivf

Tertukar Sperma Sewaktu Rawatan IVF?

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 29/10/2019
anak-ibu-bapa

Nak Anak? Ini Caranya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 07/10/2019