backup og meta

Selalu Sahaja Rasa Sakit Perut? Kenal Pasti 7 Tanda Yang Tidak Normal Ini, BAHAYA!

Selalu Sahaja Rasa Sakit Perut? Kenal Pasti 7 Tanda Yang Tidak Normal Ini, BAHAYA!

Sakit pada perut adalah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada kekejangan atau ketidakselesaan di bahagian perut (abdomen). Ia biasanya tidak berpanjangan dan selalunya tidak serius.

Tetapi kesakitan perut yang teruk boleh menjadi faktor risiko bagi keadaan kesihatan lain.

Jika sakit pada perut bermula dengan tiba-tiba dan tidak disangka-sangka, ia harus dianggap sebagai kecemasan perubatan, terutama jika rasa sakit tertumpu di kawasan tertentu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Tanda-tanda sakit pada perut yang tidak normal

1. Kesakitan perut atas antara tulang rusuk

Jika anda mengalami sakit atau tekanan di bahagian atas abdomen di bawah rusuk, ini mungkin menunjukkan masalah yang berkaitan dengan jantung.

sakit pada perut
Sakit perut boleh menunjukkan ada masalah jantung.

Ianya benar jika sakit terus berlanjutan atau anda mengalami simptom lain seperti sesak nafas.

Kebanyakan orang mendakwa simptom ini disebabkan sakit perut angin, pedih ulu hati atau senak.

Walaupun senak mungkin berlaku, sesiapa yang mempunyai faktor risiko seperti diabetes atau tekanan darah tinggi perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

2. Kesakitan yang teruk, di bahagian bawah abdomen

Kesakitan tiba-tiba di bahagian bawah perut mungkin tanda-tanda apendisitis.

Ia juga boleh disertai dengan demam. Kesakitan sering bermula di sekitar kawasan perut dan menjadi lebih buruk dari semasa ke semasa.

Muntah, sembelit atau cirit-birit bersama-sama dengan kesakitan juga menunjukkan sudah tiba masanya untuk anda ke rawatan kecemasan.

Jika kesakitan berterusan dan tiba-tiba selama beberapa jam atau sehari anda harus berjumpa doktor pada hari itu. Ini kerana apendisitis selalunya memerlukan pembedahan.

Sekiranya tidak dirawat masalah sakit perut lebih 3 hari – kurang atau lebih, apendiks yang rosak boleh menyebabkan kematian.

3. Sakit pada perut di bahagian atas-tengah yang berkaitan dengan loya dan sendawa

Bagi pesakit yang lebih tua, kesakitan di bahagian atas dan tengah perut yang berkaitan dengan rasa mual dan sendawa boleh menjadi tanda serangan jantung.

Muntah yang berlaku dengan sakit belakang atau rahang dan sesak nafas juga boleh menunjukkan kecemasan yang boleh mengancam nyawa.

4. Kesakitan yang agak teruk secara tiba-tiba

Apabila sakit pada perut pertengahan berlaku secara tiba-tiba, atau sakit perut sekejap datang sekejap hilang, awas!

Ini terutama pada mereka yang mempunyai sejarah penyakit ulser peptik atau mereka yang mengambil jumlah aspirin atau NSAID yang berlebihan, ia dapat menunjukkan perforasi, yang merupakan kecemasan pembedahan, kata Glatter.

Selain itu, kehadiran udara bebas dan kandungan gastrik boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai peritonitis.

Ini boleh mengakibatkan kejutan septik akibat pencemaran dalam rongga perut. Kejadian ini memerlukan pembedahan untuk mengelak kebocoran.

5. Kesakitan di bahagian kanan atau kiri pada wanita

sista ovari
Apa punca terjadinya sista ovari?

Sakit pada perut secara tiba-tiba, betul-betul di bahagian bawah atau rasa perit pada bahagian bawah kiri perut menunjukkan sista ovari pada wanita.

Kesakitan ini juga boleh menunjukkan kilasan ovari (putaran ovari dan bahagian tiub fallopian), atau juga ovari yang dipintal akibat bekalan darah yang berkompromi.

Dapatkan rawatan segera, dan pembedahan membuang ovari mungkin diperlukan.

6. Kekejangan dengan cirit-birit atau sembelit

Kesakitan abdomen (kejang) di bahagian bawah abdomen yang disertai kembung dan cirit-birit atau sembelit boleh menjadi tanda-tanda sindrom usus besar (IBS).

Keadaan ini biasanya berlaku dalam kalangan wanita yang lebih muda, walaupun ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia.

Simptom IBS biasanya dikawal dengan menguruskan diet, gaya hidup dan tekanan. Ubat dan kaunseling mungkin diperlukan dalam beberapa kes.

7. Sakit pada perut teruk selepas makan makanan berlemak

sakit pada perut
Sakit perut akibat salah diet.

Keadaan ini mungkin disebabkan serangan pundi hempedu. Wanita amat terdedah kepada penyakit pundi hempedu, kata Hardeep Singh, MD, ahli gastroenterologi dari St. Joseph Hospital, Orange, CA.

Wanita berumur lebih 40 tahun berisiko tinggi menghadapinya.

Sakit perut memulas tapi tak berak menjadi lebih teruk selepas makan, berlangsung selama 30 hingga 60 minit dan boleh datang dan pergi, menjadi semakin berterusan dan teruk sepanjang masa.

Terdapat beberapa punca perut anda rasa sakit atau tidak selesa termasuk:

  • Masalah jantung
  • Masalah angin
  • Apendisitis
  • Gastritis
  • Ulser peptik
  • Sista ovari
  • Sindrom rengsa usus
  • Diet tidak ideal

Kesakitan perut adalah sangat biasa, tetapi kesakitan perut yang teruk boleh membimbangkan, dan terdapat begitu banyak punca yang sukar diketahui sama ada ia serius atau tidak.

Jika sakit pada perut anda teruk atau berterusan, ini adalah petunjuk bahawa keadaan yang serius, segera berjumpa doktor untuk rawatan perubatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 9 Signs Your Stomach Pain Isn’t Normal. https://www.sjo.org/newsroom/in-the-news/2016/9-signs-your-stomach-pain-isnt-normal/. Accessed on Jan 25, 2019.
  2. Stomach ache and abdominal pain. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/stomach-liver-and-gastrointestinal-tract/stomach-ache-and-abdominal-pain. Accessed on Jan 25, 2019.
  3. Abdominal pain. https://www.mayoclinic.org/symptoms/abdominal-pain/basics/causes/sym-20050728. Accessed on Jan 25, 2019.
  4. What’s Causing Your Lower Abdominal Pain? https://health.clevelandclinic.org/whats-causing-your-lower-abdominal-pain/. Accessed on Jan 25, 2019.
  5. Abdominal Pain, Acute. https://www.aafp.org/afp/topicModules/viewTopicModule.htm?topicModuleId=73. Accessed on Jan 25, 2019.

Versi Terbaru

22/08/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Shelby

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kerap Sesak Nafas? Ia Mungkin Sebab Asma, Pneumonia @ COVID-19, Periksa Cepat!

Masalah Sembelit Selepas Menopaus Itu Normal? Wanita Sila Peka Dengan 3 Solusi Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Shelby

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan