Penyakit Jantung: Adakah Wanita Lebih Cenderung Menghadapinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019

Secara kasar, jantung wanita mungkin kelihatan seperti lelaki. Tetapi sebenarnya terdapat perbezaan yang penting. Sebagai contoh, jantung wanita biasanya lebih kecil, seperti beberapa bahagian dalamannya. Dinding yang membahagikan beberapa bahagian ini lebih nipis. Jantung wanita juga mengepam lebih cepat berbanding lelaki yang mana ia mengeluarkan sekitar lebih kurang 10 peratus (%) darah dengan setiap mengepam.

Apabila seorang wanita tertekan, kadar dengupan meningkat dan jantungnya mengepam lebih banyak darah. Manakala apabila seorang lelaki tertekan, arteri jantungnya mengecut dan meningkatkan tekanan darahnya.

Kenapa wanita lebih cenderung?

Penyelidik meninjau 2,990 wanita dan lelaki dari kajian antarabangsa pesakit serangan jantung berumur antara 18 hingga 55 tahun. Mereka menggunakan langkah-langkah kesihatan umum dan soal selidik khusus penyakit yang menilai kesakitan dada pesakit dan kualiti hidup sebelum serangan jantung mereka. Mereka mendapati:

  • Wanita mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang lebih rendah dengan batasan fizikal yang lebih sebelum serangan jantung berbanding lelaki sama umur.
  • Wanita juga lebih cenderung daripada lelaki mempunyai keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit jantung:
    – Diabetes (40 peratus berbanding 27 peratus)
    – Obesiti (55 peratus berbanding 48 peratus)
    – Sejarah strok (6 peratus berbanding 3 peratus)
    – Kegagalan jantung (6 peratus berbanding 2 peratus)
    – Kegagalan buah pinggang (13 peratus berbanding 9 peratus)
    – Kemurungan (49 peratus berbanding 24 peratus)

Data-data ini menunjukkan bahawa wanita muda lebih ramai menderita penyakit jantung berbanding lelaki muda sebelum serangan jantung mereka.

Faktor kecenderungan terhadap wanita

1. Wanita mempunyai faktor risiko

Penyakit tertentu yang hanya memberi kesan kepada wanita meningkatkan risiko penyakit arteri koronari, penyebab utama serangan jantung. Ini termasuk endometriosis, penyakit ovari polikistik, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang berlaku semasa kehamilan. Endometriosis didapati menimbulkan risiko penyakit arteri koronari (CAD)sebanyak 400 peratus pada wanita di bawah umur 40 tahun.

2. Wanita umumnya lebih tua apabila mendapat serangan jantung pertama

Lelaki berisiko untuk serangan jantung lebih awal daripada kehidupan berbanding wanita. Estrogen menawarkan wanita beberapa perlindungan dari penyakit jantung sehingga selepas menopaus, apabila paras estrogen menurun. Disebabkan itu, usia purata untuk serangan jantung adalah 70 tahun pada wanita, tetapi 66 tahun pada lelaki.

3. Simptom serangan jantung boleh berbeza

Sakit dada adalah simptom paling biasa serangan jantung pada lelaki. Sesetengah wanita juga mengalami sakit dada, tetapi mereka lebih cenderung mempunyai simptom yang berbeza. Bukannya mengalami sakit dada mendadak yang sering digambarkan dalam filem. Wanita sering mengalami simptom yang lebih halus selama tiga atau empat minggu sebelum serangan jantung. Tanda amarannya termasuk:

  • Keletihan baru atau dramatik. Sebagai contoh, aktiviti mudah seperti mengemas katil membuatkan anda merasa sangat penat. Anda mungkin merasa sangat letih, tetapi tidak dapat tidur dengan baik. Atau anda tiba-tiba haus selepas rutin senaman biasa anda.
  • Sesak nafas atau berpeluh. Perhatikan keadaan ini sama ada disertai simptom seperti sakit dada atau keletihan. Tanda-tanda lain adalah sesak nafas yang semakin memburuk ketika berbaring dan lega apabila anda duduk dan rasa sejuk tanpa sebab.
  • Sakit di leher, belakang atau rahang. Ini terutamanya diperhatikan apabila tiada otot atau sendi tertentu yang sakit atau apabila ketidakselesaan itu menjadi lebih teruk ketika anda mengerahkan diri dan berhenti. Kesakitan ini boleh berada di kedua-dua lengan, sedangkan biasanya lengan kiri pada lelaki. Kesakitan ini juga bermula di dada dan merebak ke bahagian belakang, kesakitan yang berlaku secara tiba-tiba dan boleh mengejutkan anda pada waktu malam dan sakit di sebelah kiri bawah rahang.

4. CAD pada wanita kadang-kadang sukar untuk didiagnosis

Filem X-ray (angiogram) yang diambil semasa catheterization jantung adalah ujian standard penting untuk mencari penyempitan atau penyumbatan pada arteri besar jantung.

Tetapi CAD pada wanita sering menjejaskan arteri kecil, yang tidak boleh dilihat dengan jelas pada angiogram. Disebabkan itu, wanita yang diberikan isyarat “all clear” selepas angiogram dan terus mengalami tanda-tanda yang harus berjumpa ahli kardiologi yang pakar dalam wanita dengan penyakit jantung.

5. Wanita tidak semestinya mendapat ubat-ubatan yang sesuai selepas serangan jantung

Selepas serangan jantung, wanita berisiko tinggi untuk mengembangkan bekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Atas alasan yang tidak diketahui, wanita tidak semestinya diberikan ubat untuk mengelakkan pembekuan darah. Oleh itu, ini dapat menjelaskan mengapa wanita lebih cenderung daripada lelaki untuk mengalami serangan jantung kedua dalam tempoh 12 bulan.

6. Serangan jantung lebih kuat pada wanita berbanding lelaki

Ini mungkin disebabkan oleh fakta bahawa wanita yang mengalami serangan jantung mempunyai faktor risiko yang lebih tidak diubati, seperti diabetes atau tekanan darah tinggi. Kadang-kadang, ini kerana mereka meletakkan keluarga mereka terlebih dahulu dan tidak menjaga diri mereka sendiri. 

Oleh yang demikian, sama ada anda lelaki atau wanita, tidak terlambat untuk anda mengurangkan risiko menderia serangan jantung. Antara langkah yang anda boleh lakukan adalah berhenti merokok, lakukan senaman rutin, menjaga pemakanan dan mengekalkan berat badan normal, tekanan darah dan paras gula dalam darah.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Terkejut, Wanita Sebenarnya Ada 11 Jenis Klimaks! #5 Paling Syok

    Bukan 1, 2 atau 3. Sebenarnya terdapat banyak jenis klimaks wanita yang kalian mungkin belum tahu lagi. Bila dah tahu tentu isteri tak sabar menanti orgasma

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Lelaki Lebih Puas Di Ranjang Jika Buah Dada Isteri Besar! Fakta Atau Auta?

    Sebagai lelaki, adakah kalian suka buah dada besar, sederhana atau kecil? Anda sendiri tidak tahu jawapannya? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Risau Peranakan Jatuh? Ini 7 Petua Untuk Kecutkan Rahim Kembang

    Anda ada masalah peranakan jatuh? Jangan bimbang, ini kami senaraikan beberapa petua kecutkan rahim yang kembang yang wajib dicuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Wanita Tahu Tentang Orgasma Puting? Ini 4 Cara Untuk Mendapatkannya! – Rugi Tak Cuba

    Tidak dinafikan, ramai wanita yang tidak tahu apa itu orgasma puting payudara. Tenang, sila ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    orgasme-wanita-normal-untuk-tidak-dialami

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    manfaat bawang putih untuk wanita

    Ini Sebab Kita Kena Makan Bawang Putih! Libido Wanita Pun Boleh Meningkat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    mengerang semasa seks

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/05/2020
    wanita beronani

    Perempuan Melancap? Ada 5 Perkara Tentang Onani Wanita Yang Mungkin Anda Tidak Tahu, Baca Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/05/2020