Keracunan Aflatoksin, Berkemungkinan Menyebabkan Kanser Hati

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019

Apa itu Aflatoksin?

Aflatoksin adalah kumpulan mikatoksin yang terbentuk secara semula jadi daripada kulat yang tertentu sahaja terutama Aspergillus flavus dan Aspergillus parasiticus.

Pertubuhan Kesihatan Dunia menyatakan bahawa kulat berkenaan boleh mencemari tanaman makanan dan menimbulkan ancaman kesihatan yang serius kepada manusia dan ternakan.

Malah, Aflatoksin juga menimbulkan bebanan ekonomi yang signifikan, menyebabkan anggaran 25% atau lebih tanaman makanan dunia akan dimusnahkan setiap tahun.

Bagaimana makanan boleh dicemari dengan Aflatoksin?

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, keadaan yang boleh menyebabkan makanan dicemari Aflatoksin adalah:

  • Makanan yang terdedah kepada kelembapan persekitaran yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang.
  • Keadaan penyimpanan makanan yang dilonggokkan atau disimpan dalam kuantiti banyak yang mana menghalang pengaliran udara yang baik.

Makanan yang biasanya dicemari Aflatoksin

Sumber: draxe.com
  • Kekacang dan hasilannya – Kacang tanah, pistachio, mentega kacang, badam, dsbg.
  • Bijirin dan hasilannya – Jagung, beras, gandum, minyak kacang soya, minyak jagung, minyak matahari dsbg.
  • Rempah ratus – Cili, lada hitam, kunyit, halia, ketumbar dsbg.

Pendedahan terhadap Aflatoksin?

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pendedahan terhadap Aflatoksin pada aras yang tinggi dan berpanjangan berkemungkinan boleh menyebabkan barah hati dan keracunan makanan, Aflatoksikosis.

Berdasarkan Peraturan-peraturan Makanan 1985, kadar maksimum Aflatoksin yang dibenarkan dalam makanan tertentu adalah seperti Daftar II, Jadual Kelima Belas berikut:

Siapakah yang paling berisiko?

Beberapa jenis aflatoxin (14 atau lebih) berlaku, tetapi empat daripadanya iaitu Aflatoxin B1, B2, G1 dan G2 amat berbahaya kepada manusia dan haiwan kerana ia telah ditemui pada semua tanaman makanan utama. Tetapi kebanyakan pendedahan manusia berasal daripada kekacang, bijirin dan hasilnya yang tercemar.

Selain itu, Aflatoxin M1 (AFM1), produk metabolisme Aflatoxin B1 (AFB1), boleh didapati di dalam susu dengan pendedahan Aflatoxin yang tinggi. Seterusnya manusia mungkin terdedah kepada Aflatoxin ini melalui susu dan produk susu, termasuk susu ibu.

Pengguna yang berisiko tinggi terhadap keracunan Aflatoksin adalah mereka yang paling kerap mengambil makanan seperti kekacang, bijirin dan rempah ratus. Ia juga berisiko kepada seseorang yang mempunyai jangkitan virus hepatits B.

Simptom pendedahan Aflatoxin

  • Keradangan yang menjejaskan hati
  • Kemerosotan pertumbuhan dan perkembangan
  • Alahan makanan
  • Reaksi penyakit autoimun
  • Kerosakan pada organ pencernaan, termasuk hati dan buah pinggang
  • Kemungkinan risiko yang lebih tinggi terhadap kanser hati, hepatitis virus (HBV) atau serangan parasit
  • Ancaman terbesar adalah simptom yang dilihat pada pesakit dengan penyakit hati (muntah, sakit perut, edema pulmonari, sawan, koma dan juga kematian)

Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan:

  • Orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang seimbang dan diet yang sihat termasuk buah-buahan dan sayuran, kekacang dan bijirain juga boleh dimakan tetapi dalam jumlah yang sederhana.
  • Simpan makanan di tempat yang kering dan kedap udara mengikut arahan penyimpanan yang betul pada label.
  • Sebelum membeli bijirin atau kekacang, pilih dengan berhati-hati.
  • Elakkan mengambil makanan yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan seperti ditumbuhi kulat, perubahan dari segi fizikal dan sebagainya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Makanan Penyebab Keracunan? Jom Ketahuinya

    Cirit-birit dan muntah merupakan antara gejala keracunan makanan. Namun, apakah penyebab sebenar keracunan makanan? Adakah boleh makanan penyebab keracunan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Rintangan Terhadap Antibiotik Semakin Meningkat

    Antibiotik tidak boleh diambil sesuka hati. Ambil antibiotik tanpa keperluan boleh sebabkan rintangan antibiotik bagi antibiotik semulajadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Betul Ke Pengering Tangan Di Tandas Awam Sedut Bakteria?

    Anda gemar guna pengering tangan di tandas awam? Hati-hati kerana kajian mengatakan pengering tersebut mengandungi bakteria.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Asid Borik dalam Makanan Boleh Menyebabkan Kematian

    Asid borik dalam makanan sebenarnya sangat berbahaya buat kesihatan kita malah boleh menyebabkan kematian! Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    elakkan-5-perkara-cara-merawat-keracunan-makanan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/05/2020
    keracunan makanan

    Berhenti Panaskan Nasi Di Rumah, Ia Boleh Sebabkan Keracunan Makanan – KKM

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 31/12/2019
    kuali

    Jika Begini Rupa Kuali Anda, Buang Ia Sekarang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/12/2019
    papan pemotong daging

    Kenapa Anda Perlu Ada 2 Papan Pemotong Di Rumah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/10/2019