Perkara paling mengerunkan adalah apabila mula tumbuh gigi geraham bongsu. Kenapa?
Perkara paling mengerunkan adalah apabila mula tumbuh gigi geraham bongsu. Kenapa?
Kalau nak tahu, kenalah baca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.
Gigi geraham bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tidak teratur dibahagian belakang, atas dan bawah rahang. Gigi-gigi ini juga merupakan set gigi terakhir yang secara umumnya keluar apabila individu mencapai umur akhir remaja atau awal 20-an.
Gigi geraham bongsu yang tidak teratur muncul dengan pelbagai cara, bermula daripada melintang, sudut melawan atau jauh daripada gigi geraham kedua atau membesar kedalam atau keluar.
Kedudukan tidak teratur ini menyebabkan masalah gigi yang serius seperti gigi terlalu rapat, atau merosakkan gigi berhampiran, saraf atau keseluruhan tulang rahang.
Gigi geraham bongsu sangat lazim terjadi. Ia mula keluar apabila seseorang itu mencapai umur sekitar 17-21 tahun.
Masalah yang disebabkan oleh gigi ini boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom yang lazim untuk gigi geraham bongsu ialah:
Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda.
Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.
Jika gigi geraham bongsu ini keluar ditempat yang betul, ia tidak akan memberi sebarang masalah.
Akan tetapi, anda mungkin mempunyai masalah sekiranya berlaku perkara berikut:
Baca juga:
Gigi geraham bongsu mula keluar apabila seseorang mencapai umur sekitar 17 hingga 21 tahun.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor gigi anda akan memeriksa gusi untuk sebarang tanda gigi bongsu itu sudah keluar, atau gigi berlapis diantara gigi-gigi lain. X-ray akan menunjukkan gigi terkini dan gigi yang akan datang, penyebab kepada masalah ini berlaku.
Sebelum gigi anda dicabut, kebanyakan doktor gigi akan memberi pelbagai bentuk hiburan untuk anda berasa tenang seperti mendengar muzik atau menonton video.
Anda juga boleh membawa kawan atau ahli keluarga untuk memberi sokongan personal.
Mereka juga akan memaklumkan kepada anda beberapa teknik untuk menenangkan diri seperti menarik nafas dalam dan berimaginasi.
Jika anda terlalu gelisah, anda mungkin perlu memohon ubatan tambahan atau teknik penenang.
Gigi bongsu terimpak ini adalah punca kesakitan atau masalah gigi yang lain dan kebiasaannya perlu dibuang secara pembedahan.
Cabutan gigi bongsu ini biasanya diperlukan untuk:
Cabutan gigi ini adalah prosedur pesakit luar, jadi anda tidak perlu untuk bermalam dihospital selepas mencabut gigi tersebut.
Proses ini termasuklah:
Menghalang impaksi gigi berlaku adalah mustahil; akan tetapi ia jauh lebih mudah untuk membuat pemeriksaan berkala dan memberi peluang kepada doktor gigi anda untuk melihat perkembangan gigi bongsu anda.
Diagnosis menggunakan x-ray akan menunjukkan maklumat untuk mengurus dan merawat simptom gigi yang akan datang.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen