Buasir: Apakah ia Sebenarnya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/09/2018 . 2 minit bacaan

Pernahkah anda melihat darah pada tisu atau mangkuk tandas anda? Atau rasa sakit semasa ingin membuang air besar? Itu mungkin disebabkan oleh buasir.

Buasir berlaku apabila pembuluh darah vena yang terletak di bahagian bawah rektum (bahagian terakhir usus besar) dan anus (dubur) berkembang dan membesar. Pembuluh darah vena ini secara normalnya tidak membesar dan berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan darah daripada daripada tisu di bahagian terbabit naik ke jantung.

Apabila vena ini membesar dan berkembang, ia cenderung untuk luka semasa membuang air kerana bergeser dengan najis. Kesan daripada geseran ini boleh menyebabkan pendarahan dan juga rasa sakit. Pesakit mungkin mengalami:

  • Pendarahan dari dubur.
  • Bengkak pada dubur.
  • Sakit pada dubur semasa membuang air.

Apakah punca buasir?

Ia berlaku apabila terdapat gangguan pada peredaran darah di kawasan bawah rektum dan anus. Gangguan ini disebabkan oleh tekanan yang tinggi pada bahagian tersebut sehingga membuatkan vena membesar. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh:

  • Sembelit kronik – proses meneran memberikan tekanan yang tinggi kepada vena. Ia mendedahkan seseorang kepada buasir.
  • Melakukan kerja-kerja berat – pekerjaan yang memerlukan seseorang meneran seperti mengangkat barang berat juga meningkatkan risiko penyakit ini.
  • Kehamilan – rahim yang membesar semasa hamil boleh menekan vena di bahagian pinggul sehingga menyebabkan perjalanan darah terganggu.
  • Duduk atau berdiri terlalu lama.

Sesetengah orang lebih cenderung mendapat buasir kerana anatomi badan mereka membuatkan mereka lebih berisiko. Jika ada ahli keluarga yang pernah mengalaminya, anda juga mungkin berisiko. Selain itu, penyakit lain seperti angin pasang dan urat kaki bersimpul (varicose veins) juga mempunyai punca yang sama.

Sakit tidak semestinya buasir

Rasa sakit sebenarnya bukanlah ciri utama bagi penyakit ini. Sebab utama sakit pada dubur adalah kulit dubur merekah (anal fissure). Buasir menjadi sakit apabila terdapat darah beku di dalam vena atau ia berlaku bersama dengan rekahan pada kulit dubur.

Pendarahan dan bengkak adalah ciri utama bagi keadaan kesihatan ini.

Buasir bukanlah satu keadaan kesihatan yang serius dan berbahaya. Namun, ia mungkin sangat mengganggu kehidupan seseorang disebabkan kesukaran membuang air besar dan rasa sakit yang mungkin dialami. Ia juga boleh dirawat dengan baik menggunakan kaedah perubatan moden sama ada hanya menggunakan ubat-ubatan dan perubahan gaya hidup atau pembedahan.

Namun, pemeriksaan harus dijalankan, lebih-lebih lagi bagi mereka berumur lebih 50 tahun kerana buasir juga boleh berpunca daripada keadaan yang lebih serius seperti kanser usus besar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bawa Telefon Pintar ke Tandas Boleh Jadi Punca Buasir?

    Masalah tisu buasir adalah salah satu masalah yang kerap berlaku dan jika anda mengalaminya, anda sebenarnya tidak keseorangan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 23/08/2019 . 3 minit bacaan

    ALAMAK, Buasir Ketika Hamil? Tenang, Ini Cara Untuk Mencegah dan Merawatnya!

    Buasir boleh terjadi pada sesiapa sahaja termasuklah individu yang sedang hamil. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai buasir ketika hamil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 03/01/2019 . 3 minit bacaan

    Buasir: Apa yang Saya Boleh Lakukan?

    Buasir adalah satu keadaan yang sangat mengganggu. Meskipun ia tidaklah begitu serius dan bahaya, ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang. Jika anda pernah mengalaminya, pasti anda faham betapa seksanya menghadapi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 07/09/2018 . 2 minit bacaan

    Tylophora

    KegunaanApakah kegunaan Tylophora? Tylophora adalah sejenis tumbuhan. Tylophora diambil secara oral untuk: Asma. Alahan. Kanser. Tersumbat. Sembelit. Batuk. Kulit meradang. Cirit-birit. Cirit-birit berdarah. Gas. Buasir. Sakit ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 22/05/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    Ini SEBAB Senggama Dengan Tusukan Di Dubur Boleh Jadi Punca Buasir Dan Risiko Lain

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 16/03/2020 . 3 minit bacaan

    Lap Punggung Dengan Tisu Tandas Terbukti Tak Bersih, Tiba Masa Untuk Berhenti Gunanya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/11/2019 . 3 minit bacaan
    buasir

    Selalu Sangat Layan Drama Korea Dalam Tandas, Akhirnya Dapat Buasir

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/09/2019 . 2 minit bacaan
    ibu-mengandung-dan-risiko-masalah-buasir

    Ini Keadaan Yang Perlu Anda Bimbangkan Apabila Memasuki Trimester Ketiga – PENTING!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 23/08/2019 . 3 minit bacaan