backup og meta

Ibu Percaya Ke Pulut Dikatakan PUNCA Anak Lambat Bercakap? Ini Kebenarannya...

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/07/2021

    Ibu Percaya Ke Pulut Dikatakan PUNCA Anak Lambat Bercakap? Ini Kebenarannya...

    Adakah isu anak lambat bercakap dan masalah speech delay, sama? Benarkah masalah itu berpunca daripada makanan tertentu seperti kesan makan pulut? Ikuti penjelasan lanjut mengenai isu ini di dalam perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Kesan makan pulut?

    Setiap anak mempunyai keunikan yang tersendiri. Ada yang boleh bercakap dengan cepat dan ada juga yang hanya boleh bercakap satu atau dua perkataan. Malahan ada anak yang hanya tahu menggunakan bahasa bayi (baby language) untuk tempoh masa yang lama. 

    Oleh kerana perkembangan setiap anak-anak adalah berbeza, ini menyebabkan ibu bapa sukar untuk mengenal pasti jika anak berdepan dengan permasalahan lambat bercakap atau tidak. 

    Menurut pakar, anak dengan isu pertuturan ini sebenarnya boleh menjadi satu perkara yang lebih serius. 

    Kesan makan mulut: Anak lambat bercakap vs speech delay

    Ramai bayi boleh menyebut’ (babble) perkataan “mama”, “dada”, “mamam”, “no” dan sebarang perkataan pendek lain sebelum berusia setahun. Kebanyakan daripada mereka boleh menuturkan lebih daripada 50 perkataan apabila mencecah usia 18 bulan.

    Tetapi bagaimana kalau seseorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun masih sukar untuk menutur dengan lancar dan hanya boleh bercakap dua perkataan sahaja?

    Anak lambat bercakap dan yang mempunyai gangguan percakapan (speech delay), kedua-duanya akan lambat untuk mula bercakap. Anak yang mempunyai masalah lambat bercakap biasanya boleh pulih apabila mereka banyak bercakap dengan rakan sebaya tanpa sebarang campur tangan individu dewasa.

    kesan makan pulut

    Manakala anak dengan gangguan percakapan pula selalunya akan ketinggalan dan memerlukan campur tangan (bantuan) untuk mengelakkan jarak ketinggalan mereka menjadi terlalu ketara apabila mereka membesar.

    Masalah gangguan percakapan berkaitan dengan sebutan, boleh menjadi lebih ketara. Ibu bapa perlu berbincang dengan pakar pertuturan jika anak menyebut sebutan yang salah pada tahap usia yang tidak sepatutnya. 

    Kesan makan pulut: Ciri-ciri anak lambat bercakap

    Terdapat beberapa perkara yang boleh dilihat untuk mengenal pasti sama ada anak anda mempunyai masalah lambat bercakap atau tidak. 

  • Anak anda mungkin mempunyai masalah lambat bercakap apabila hanya boleh menutur perkataan pertama mereka selepas berusia 18 bulan (1 tahun 6 bulan).
  • Anak anda seharusnya boleh menuturkan ayat dengan dua perkataan seperti “nak mama” pada usia 2 tahun dan ayat dengan tiga perkataan pada usia 3 tahun seperti “mama, nak susu” dan seterusnya mengikut pertambahan usia.
  • Menggunakan bahasa bayi untuk jangka masa yang lama.
  • Adakah benar apabila ada yang mengatakan anak lelaki lebih lambat bercakap berbanding anak perempuan? Perkara ini dikatakan benar.

    Namun, tidak semua anak lelaki akan lambat untuk mula bercakap dari anak perempuan, malahan terdapat juga anak lelaki yang boleh bercakap lebih awal dari anak perempuan.

    Tetapi, dipercayai gangguan perkembangan dan bahasa, autism dan gagap biasanya lebih banyak berlaku kepada lelaki. 

    Simptom yang perlu diberikan perhatian

    Ini antara tanda boleh diperhatikan dalam isu berkaitan lambat bercakap atau speech delay ini:

    • Anak tidak menghasilkan sebarang bunyi atau respons kepada sebarang bunyi
    • Anak masih belum boleh bercakap walaupun mencecah usia 18 bulan
    • Tidak menunjukkan sebarang komunikasi melalui gerakan tubuh pada usia 12 bulan seperti melambai atau bertepuk tangan
    • Sukar memahami arahan atau rutin mudah pada usia 2 tahun
    • Lebih menggunakan bahasa tubuh dari bertutur untuk berkomunikasi dan tidak boleh meniru bunyi pada usia 18 bulan
    • Tidak berminat melakukan eye contact atau berbual dengan individu lainkesan makan pulut
    • Menghasilkan bunyi tidak normal seperti ah, ohh
    • Percakapan yang sukar difahami

    Simptom di atas juga mungkin didasari masalah berkaitan perkembangan atau kesihatan anak, seperti:

    • Masalah pendengaran
    • Kurangnya rangsangan bunyi, contoh keadaan ibu bapa yang bisu
    • Masalah fizikal berkaitan lidah, tekak, hidung dan sebagainya
    • Masalah perkembangan seperti autism, global developmental delay
    • Masalah genetik

    Baca juga:

    Galakkan anak bercakap tiada kaitan dengan kesan makan pulut

    Anda perlu melatih dan memberikan galakkan kepada anak anda untuk lebih bercakap. Berikan mereka sebab untuk berkomunikasi dengan anda. Lakukan rangsangan seperti:

    Bermain dengan anak

    Berikan barang mainan kesukaan mereka satu per satu supaya mereka mempunyai peluang untuk ‘meminta lebih’ dan berlatih untuk mengambil giliran bercakap serta kemahiran komunikasi lain

    Cipta peluang berkomunikasi

    Anda boleh berpura-pura tidak tahu mengenai apa yang disukai atau tidak disukai oleh anak anda. Ini memberikan mereka peluang untuk memberitahu anda mengenainya atau sekurang-kurangnya membolehkan mereka untuk bercakap ‘no’

    Ringkaskan perbualan

    Gunakan perkataan pendek dan mudah untuk difahami serta ditiru oleh anak anda. Apabila anak anda sudah boleh memahami, mungkin anda boleh memperkembangkan penggunaan kosa kata dan ayat. 

    kesan makan pulut

    Bahasa isyarat

    Gunakan gerak badan dan bahasa isyarat untuk menambah maksud perkataan yang anda cakapkan terutama ketika anak anda masih belum boleh bercakap. Cara ini sekurang-kurangnya dapat membina motivasi kepada anak-anak untuk bercakap.

    Banyakkan bercakap

    Bercakap tentang segalanya yang boleh anda bualkan dengan anak, seperti apa yang sedang dilakukan.

    Gangguan perkembangan, bukannya kesan makan pulut

    Speech delay berkemungkinan besar boleh menjadi indikator menunjukkan bahawa anak mungkin mempunyai masalah gangguan lain seperti autism.

    Salah satu ciri utama gangguan autism adalah kegagalan untuk berkomunikasi walaupun selepas mencapai peringkat usia tertentu.

    Tetapi kajian daripada Psychology Today membuktikan bahawa hampir 70 peratus kanak-kanak dengan isu lambat bercakap tidak mempunyai masalah autism.

    Tidak semua kanak-kanak autism mempunyai masalah lambat bercakap dan tidak semua anak yang lambat bercakap mengalami autistik. Jika anda berasakan anak lambat bercakap, dapatkan pandangan doktor atau pakar pertuturan kanak-kanak untuk kepastian mengenai isu ini. 

    Yang paling penting, berkaitan dengan topik ini, kesan makan pulut langsung tiada kaitan dengan masalah anak lambat bercakap atau speech delay. Itu adalah sekadar kepercayaan yang tidak sahih. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/07/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan