Bolehkah Ibu Bapa Membawa Bayi Menaiki Kapal Terbang?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 30/01/2020

Bagi pasangan suami isteri yang gemar melancong ke negara luar, menaiki kapal terbang adalah perkara yang biasa. Namun begitu, adakah pasangan itu masih boleh keluar melancong jika mereka sudah melahirkan cahaya mata? Ikuti artikel ini untuk mengetahui sama ada ibu bapa boleh membawa bayi menaiki kapal terbang atau tidak!

Tip bawa bayi melancong

Sebelum pergi lebih lanjut mengenai persoalan boleh atau tidak bawa bayi menaiki kapal terbang, ibu bapa seharusnya tahu serba sedikit mengenai tip bawa si manja melancong terlebih dahulu.

Berikut adalah tip bawa bayi melancong yang ibu bapa mungkin perlu tahu:

#1. Rancang destinasi anda

Sebelum memutuskan untuk pergi melancong, sila ketahui destinasi anda terlebih dahulu. Pilih tempat yang dipersetujui oleh anda dan pasangan, serta pilih tempat yang sesuai untuk bayi anda dibawa bersama.

Sekiranya anda memilih untuk melancong ke luar negara, sila pastikan pasport anda, pasangan serta si manja anda adalah sah dan masih boleh digunakan agar tiada kerja saat akhir yang perlu dibuat kelak.

#2. Rancang perjalanan dan pengangkutan anda

Untuk memastikan anda sekeluarga selesa ketika dalam perjalanan ketika melancong nanti, sila rancangnya dengan teliti terlebih dahulu. Jika destinasi yang dipilih dekat-dekat sahaja, mungkin tidak akan mendatang banyak masalah. Namun, lain pula ceritanya jika anda melancong ke luar negara sehingga perlu menaiki pesawat.

Jika memilih untuk menaiki kapal terbang, pastikan anda sentiasa berada dekat dengan mereka sepanjang perjalanan anda menuju ke destinasi pilihan. Ini adalah usaha paling penting untuk memastikan mereka tidak meragam sepanjang perjalanan anda sekeluarga nanti.

#3. Periksa tahap kesihatan bayi

Bukan sahaja aspek keselamatan, anda juga sebenarnya perlu mengutamakan aspek kesihatan si kecil anda. Adakah anda mahu bayi anda jatuh sakit semasa bercuti atau menaiki kapal terbang kelak?

Jadi, bawa bayi anda berjumpa doktor terlebih dahulu. Pastikan destinasi pilihan anda itu bebas dari segala virus atau wabak berbahaya yang mungkin boleh mengancam kesihatan anda sekeluarga.

#4. Bawa first aid kit ke mana-mana anda pergi

Malang itu tidak berbau. Jadi, anda perlu menyediakan peti kecemasan dan bawanya ke mana sahaja anda sekeluarga pergi. Ini untuk mengelakkan panik sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini kepada anda, pasangan atau bayi kesayangan anda.

Selepas semuanya dipastikan okay, maka anda sudah boleh pergi melancong dan bawa bayi menaiki pesawat!

Boleh atau tidak bawa bayi menaiki kapal terbang?

Jawapannya, boleh. Namun begitu, terdapat beberapa persiapan atau peringatan yang perlu ibu bapa tahu terlebih dahulu sebelum membawa bayi anda melancong. Berikut merupakan perkara-perkara tersebut:

#1. Bawa bayi berjumpa doktor terlebih dahulu

Perkara paling penting, ibu bapa perlu bawa bayi berjumpa doktor untuk mengesahkan bayi anda boleh menaiki kapal terbang dengan selamat atau tidak. Ini perlu dilakukan terlebih dahulu terutamanya jika bayi anda memang mempunyai masalah jantung, paru-paru, pernafasan atau pendengaran. Jika anda ingin melancong ke luar negara pula, dapatkan vaksinasi terlebih dahulu. Sekiranya doktor membenarkan, baru teruskan untuk menempah penerbangan.

#2. Pilih syarikat, tempat duduk dan waktu penerbangan yang betul dan sesuai

Ibu bapa perlu memastikan kapal terbang yang anda ingin naik membenarkan bayi untuk menaikinya. Anda juga diingatkan untuk membeli satu tempat duduk ekstra untuk bayi anda kerana khuatir mereka tidak selesa jika dirangkul atau digendong sahaja oleh anda. Selain itu, pilih juga waktu yang paling sesuai untuk menaikinya contohnya waktu malam agar si kecil anda tidur sahaja dan tidak meragam ketika penerbangan.

#3. Bawa barangan bayi yang mencukupi

Selain itu, anda juga perlu membuat barangan persiapan bayi yang mencukupi sebelum naik kapal terbang. Antara barangan yang perlu ada adalah seperti berikut:

kapal terbang

Ketika berada di lapangan terbang

Ketika berada di lapangan terbang, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ikuti. Pertama sekali, anda perlu sampai ke situ dengan awal. Ia dapat membantu anda dan bayi lebih relaks dan tidak terburu-buru mengejar waktu penerbangan.

Apabila anda check in ke dalam boarding, beritahu pihak kapal terbang anda akan menaiki kapal terbang bersama bayi. Gunakan stroller untuk mengusung bayi anda sepanjang berada di lapangan terbang.

Sebelum menaiki kapal terbang, tukarkan lampin bayi terlebih dahulu. Selain itu, susukan mereka di bilik bayi bagi membuat mereka berasa mengantuk agar mereka lebih mudah tertidur semasa penerbangan kelak.

Semasa penerbangan

Semasa penerbangan pula, anda perlu sentiasa tenang dan tidak panik. Jika bayi anda terlalu bising, mengganggu dan menyusahkan penumpang lain, minta maaf kepada mereka. Sudah pasti mereka akan menghulurkan bantuan kepada anda.

Untuk memastikan bayi biasa dengan tekanan dalam kabin kapal terbang, biasakan bayi untuk menelan sesuatu dengan menyusukan mereka atau gunakan sahaja puting palsu. Selain itu, tekanan di dalam kapal terbang juga akan menyebabkan dehidrasi yang lebih mudah berlaku kepada bayi.

Oleh itu, susukan mereka secukupnya. Selain itu, tutupkan telinga bayi dengan kapas atau kain ketika kapal terbang hendak berlepas atau mendarat kerana ketika ini, tekanan adalah sangat kuat dan akan mendatangkan kesakitan dalam telinga bayi.

Jika anda perlu menukar lampin di dalam kapal terbang, ia mungkin agak sukar. Oleh itu, dapatkan bantuan krew kabin jika anda tidak menang tangan melakukannya bersama pasangan anda.

Paling bahaya, kuman, bakteria dan virus adalah lebih mudah tersebar ketika berada di dalam kapal terbang. Oleh itu, cuba elakkan bayi anda daripada terlalu dekat atau terdedah kepada penumpang lain yang kelihatan sakit, bersin atau batuk.

Sampai sahaja ke destinasi pilihan anda, periksa keadaan bayi anda sekiranya terdapat apa-apa perbezaan atau perubahan pada kondisi tubuh badan mereka. Segera dapatkan bantuan doktor jika perlu.

Konklusi

Kesimpulannya, tiada masalah untuk bawa bayi menaiki kapal terbang. Cuma, pastikan keselamatan dan kesihatan si manja anda berada pada tahap yang baik terlebih dahulu, ya? Selain itu, cuba ikuti pesanan yang terdapat dalam artikel bagi memastikan percutian anda sekeluarga menjadi lebih berkualiti!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Perbandingan Cuti Bersalin Di Malaysia & Negara Lain – Ada Yang Sampai 480 Hari!

    Seperti mana yang ramai sudah tahu, cuti bersalin di Malaysia telah dinaikkan kepada 90 hari mulai 2021. Bagaimana dengan negara lain agaknya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    PERHATIAN! Ini 10 Jenis Vaksin Bayi, Remaja & Orang Dewasa Perlu Ambil, Siap Ada Harga Lagi

    Suntikan vaksin melindungi anda daripada penyakit yang boleh membawa maut. Ketahui 10 jenis vaksin bayi dan orang dewasa yang boleh anda ambil.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Kehidupan Bakal Berubah, Bersedialah Mak Ayah! Ada 9 Kejutan Anda Akan Alami

    Bergelar ibu bapa dengan kehadiran bayi, pastinya dinantikan pasangan berkahwin. Tetapi bersediakah anda dengan perubahan dalam kehidupan selepas bersalin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    bayi merangkak

    Bayi Merangkak Atau Duduk Dulu? Ini Yang Mak Ayah Kena Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    pilih jantina anak

    Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    19-perkara-sebelum-melatih-bayi-duduk

    Nak Latih Baby Duduk? Boleh TAPI Ambil Tahu 19 Perkara PENTING Ini Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 20/05/2020
    anak

    Hari Keluarga Antarabangsa: Ini 7 Sebab Mengapa Perlu Luang Masa Dengan Famili, No 4 Paling Penting

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 15/05/2020