Ada Anak Kembar? Jom Ketahui 7 Fakta Menarik Mengenainya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/03/2020

Mesti seronok jika mempunyai anak kembar. Berpakaian sama, perangai pun lebih kurang sama. Tetapi adakah semua perkara akan dibuat oleh si kembar bersama-sama? Haaa, jom ketahui 7 fakta menarik tentang pasangan kembar.

Anak kembar kongsi kebijaksanaan?

Baru-baru ini, ada berita mengenai pasangan kembar yang memiliki keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang sama, dengan masing-masing memperolehi skor purata gred kumulatif (CGPA) sebanyak 4.0, walaupun berbeza kelas. 

Mengulas mengenai kejayaan mereka, pelajar daripada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Jit Sin, Tan Xing Hong dan Xing Han yang berusia 20 tahun, memberitahu bahawa mereka akan belajar, berkongsi maklumat dan pengetahuan bersama-sama.

“Walaupun kami berada di dalam kelas yang berbeza di sekolah. Namun masih wujud persaingan sihat antara kami untuk melakukan yang terbaik dalam pelajaran,” ujar Xing Han.

Adakah ini bermakna pasangan kembar akan mempunyai tahap kepandaian yang sama? Sebenarnya, apa yang berlaku kepada pasangan kembar di atas adalah disebabkan usaha mereka sendiri.

Pandai atau tidak anak kembar atau anak-anak lain yang tidak mempunyai kembar adalah bergantung 100% kepada usaha dan ikhtiar mereka untuk berjaya.

Tiada DNA atau genetik yang boleh menentukan tahap kejayaan atau kepintaran seseorang itu melainkan usaha mereka sendiri.

anak-kembar--fakta-menarik-pasangan-kembar
Sumber: The Star

Fakta menarik tentang anak kembar

Banyak perkara mengenai si kembar yang sering kita salah anggap sedangkan ia hanyalah sekadar kepercayaan semata-mata. Apa kata kita bongkar 7 fakta menarik mengenai pasangan kembar ini.

  1. Cap jari tidak sama

Sudah namanya kembar, mestilah semuanya sama. Haaa…ia tidak tepat sama sekali. Walaupun pasangan kembar memiliki raut wajah yang hampir seiras, namun itu tidak bermakna bahawa mereka turut akan mempunyai cap jari yang serupa.

Cap jadi tidak terhasil berdasarkan DNA semata-mata. Ketika dalam kandungan, kedua-dua pasangan kembar akan bermula dengan cap jari yang sama. 

Walau bagaimanapun, pada minggu ke-6 hingga ke-13 kehamilan, ketika bayi mula bergerak, mereka akan menyentuh kantung amniotik dan garisan unik dan ridges akan mula terbentuk. Keadaan ini sekali gus akan menghasilkan cap jari yang berbeza.

  1. Imej cermin kembar seiras

Jika pasangan kembar seiras melihat pasangan mereka, ia seperti melihat imej diri sendiri di cermin. Ini kerana mereka dikatakan mempunyai ciri asimetri terbalik. Apakah maksudnya itu?

Kira-kira 25% kembar seiras membesar secara menghadapi antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menjadi seperti pantulan. Salah seorang mungkin menulis tangan kanan dan seorang tangan kiri, tanda lahir pula bertentangan antara satu sama lain.

Keadaan seperti itu berlaku apabila kembar berpisah daripada 1 telur yang disenyawakan setelah seminggu lebih tempoh kesuburan – waktu sperma bergerak melalui faraj ke dalam rahim dan menyuburkan telur di dalam tiub fallopian.

  1. Tidak semestinya mempunyai genetik yang sama

Walaupun kembar seiras berasal daripada 1 telur yang disenyawakan bersama set arahan genetik yang sama dipanggil genom, namun mereka tetap berkemungkinan untuk mempunyai perbezaan dalam genetik. 

Dalam kajian melibatkan 19 set genom pasangan kembar dewasa yang dilakukan oleh Pakar Genetik dari University of Alabama di Birmingham, Dr Cark Bruder mendapati pada beberapa set, DNA pasangan kembar berbeza dalam bilangan salinan setiap gen yang ada. 

  1. Wanita melahirkan anak kembar lebih panjang usia?

Melalui kajian yang diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B memfokuskan pada populasi wanita pada tahun 1800-an di Utah. 

Kajian itu mendapati wanita yang melahirkan anak kembar mempunyai tahap kesihatan yang baik dan kuat, sekali gus menjadikan mereka lebih berkeupayaan untuk hidup lebih lama.

Walau bagaimanapun, disebabkan kajian tersebut dilakukan pada sekitar tahun 1800-an, di mana kaedah IVF tidak wujud lagi, maka kajian ini tidak dapat dipastikan kesahihannya. 

  1. Ketinggian wanita

Menurut doktor dari Long Island Jewish (LIJ) Medical Center, Dr Gary Steinman, wanita yang tinggi mempunyai faktor pertumbuhan lebih seperti insulin (insulin-like growth factor, IGF) – protein yang dikeluarkan hati sebagai tindak balas kepada hormon pertumbuhan pada bahagian batang tulang panjang.

Paras IGF yang tinggi akan meningkatkan tahap kepekaan ovari, sekali gus meninggikan peluang untuk hamil. Tambah Dr Gary, wanita yang mempunyai IGF yang tinggi, cenderung untuk mendapat kehamilan kembar.

  1. Produk tenusu tingkatkan peluang

Dalam kajian lain yang dilakukan Dr Gary mendapati wanita yang mengambil lebih banyak produk tenusu akan meningkatkan peluang untuk mengandung identical twin.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Reproductive Medicine melibatkan ibu-ibu vegan dan ibu-ibu bukan vegan. Dikatakan wanita yang lebih banyak mengambil produk tenusu seperti susu adalah 5x lebih berkemungkinan mempunyai kembar.

Haa…jadi sekiranya anda mengimpikan untuk mempunyai bayi kembar, mungkin anda boleh mencubanya, okay?

  1. Berinteraksi dalam rahim

Pada 2011, saintis di Umberto Castiello dari University of Padova di Italy mengkaji video 3D kembar di dalam rahim ibu mereka. Hasil kajian itu mendapati pada minggu ke-14 kehamilan, bayi kembar dilihat mencapai satu sama lain. 

Manakala pada minggu ke-18, mereka dilihat lebih kerap menyentuh satu sama lain berbanding menyentuh badan mereka sendiri. Berdasarkan kajian tersebut, penyelidik mengatakan berdasarkan rakaman analisis kinematik menunjukkan kembar melakukan isyarat berbeza antara satu sama lain.

anak-kembar--fakta-menarik-pasangan-kembar

Sama seperti anak lain

Anak adalah permata hati. Seperti anak yang lain, identical twin mempunyai personaliti, sikap dan sifat yang tersendiri. Paling penting, parents jangan membeza-bezakan setiap anak, okay? Sayangilah mereka seadanya.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Benarkah Asid Folik Tingkat Peluang Hamil Anak Kembar?

    Ramai wanita mengambil asid folik sebelum dan semasa kehamilan untuk mengurangkan risiko bayi mereka mempunyai kecacatan tiub neural, seperti spina bifida. Di Amerika Syarikat, penambahan asid folik dalam sarapan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Adakah Bayi Kembar Anda Serupa?

    Adalah penting untuk mengenal pasti jenis kembar yang akan anda lahirkan kerana ia bukan sahaja dapat menjawab rasa ingin tahu anda tetapi juga membantu anda memahami perkembangan bayi dan tingkah laku sosial bayi ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Bukan 1, Tapi 2: Ini 12 Keistimewaan Jika Anda Dapat Anak Kembar

    Anda diberitahu sedang hamil bayi kembar? Teruja dan takut? Jangan bimbang! Ketahui 12 sebab mengapa anda perlu gembira dengan kelahiran bayi kembar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Kehamilan dalam Kehamilan: Bolehkah ia Berlaku?

    Kita semua mengetahui kewujudan fenomena kehamilan kembar sama ada dua atau lebih. Tetapi pernahkah anda mendengar tentang kehamilan dalam kehamilan atau superfetation? Apa itu superfetation? Superfetation adalah ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Artikel lain untuk anda

    telepati

    Betul Ke Pasangan Kembar Boleh Berhubung Secara Telepati?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2019

    5 Tanda Anda Mengandung Anak Kembar, Penjagaan & Komplikasi Penting Anda WAJIB Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 18/01/2019
    anak kembar

    Peluang Anda Dapat Anak Kembar Tinggi Jika Ambil Asid Folik. Betul Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah
    Diterbitkan pada 12/12/2018
    bersalin normal anak kembar

    Boleh Atau Tidak Bersalin NORMAL Bayi Kembar? Ibu, Ini Jawapan Soalan Anda Itu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/12/2018