home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Tengok Cermin Ketika Bersalin? Bukan Saja Buat Ibu Lebih Semangat Nak MENERAN, Ada Manfaat Lain!

Tengok Cermin Ketika Bersalin? Bukan Saja Buat Ibu Lebih Semangat Nak MENERAN, Ada Manfaat Lain!

Saat bersalin adalah antara momen besar bagi setiap wanita. Perasaan berdebar dan teruja menjadikan pengalaman ini melekat di ingatan, bagaimana pula jika si ibu dapat melihat dari sudut bahagian intim?

Bakal-bakal ibu di luar sana, tahukah anda bahawa melihat cermin ketika melahirkan anak itu dibolehkan?

Ia boleh menjadi satu pengalaman indah yang berbeza bagi para ibu yang melihat dengan mata sendiri proses kelahiran melalui pantulan cermin yang disediakan.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti artikel ini ya!

Apakah itu ‘cermin kelahiran’?

Cermin kelahiran yang dimaksudkan adalah cermin yang digunakan ketika proses bersalin seseorang wanita yang menunjukkan proses kejadian tersebut pada bahagian intim.

Ia berfungsi untuk bakal ibu melihat proses bersalin secara menyeluruh dan kemungkinan membantu berikan motivasi tambahan ketika saat mendebarkan tersebut.

Di hospital, jururawat mungkin mempunyai akses cermin yang boleh disesuaikan sama ada dengan dipasang pada roda yang dapat dicondongkan posisinya atau apa-apa alatan lain yang bersesuaian.

Bersalin secara normal

Setiap kelahiran adalah unik dan berbeza-beza bagi setiap para ibu dan bayi. Sebagai tambahan, para wanita mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza sama sekali dengan pengalaman bersalin yang pernah dilalui.

Melahirkan anak adalah peristiwa yang mampu mengubah hidup seseorang wanita dan akan meninggalkan kesan sepanjang hayat.

Sudah tentu, anda akan mahukan ia menjadi pengalaman yang positif dan berjalan seperti apa yang diharapkan serta dirancangkan.

Bagi wanita yang melahirkan secara normal atau melalui faraj, kelahiran anak berlaku dalam 3 peringkat:

  • Tahap 1: Bersalin

Proses bersalin terbahagi kepada 3 fasa – bersalin awal, bersalin aktif dan bersalin peralihan.

Semua wanita yang melahirkan secara faraj akan mengalami ketiga-tiga fasa persalinan.

Masa dan intensiti kontraksi dapat membantu anda mengetahui fasa beranak yang anda lalui, sementara ujian fizikal berkala akan mengesahkan tahap kemajuan anda.

  • Tahap 2: Meneran dan melahirkan bayi

Ini adalah ketika serviks anda mencapai tanda 10 cm yang bermaksud anda sudah benar-benar lemah.

Anda mungkin tertanya-tanya: Adakah tekanan lebih menyakitkan daripada kontraksi?

Sebilangan besar wanita benar-benar mendapati fasa bersalin peralihan, atau pembukaan sepanjang 2 sehingga 3 cm, adalah fasa bersalin yang paling mencabar.

Akan tetapi untungnya kerana ia berlangsung pada masa pendek, 15 minit hingga 1 jam.

  • Tahap 3: Pengeluaran plasenta

Pada peringkat akhir bersalin ini, anda akan terus mengalami kontraksi ringan kerana doktor bakal membantu anda melahirkan plasenta bayi.

Doktor akan memeriksa rahim anda untuk memastikan semuanya berjalan seperti yang diharapkan.

Rawatan untuk mengurangkan rasa sakit semasa beranak normal

Kelahiran melalui faraj tidak semestinya menyakitkan. Sejumlah ubat-ubatan dapat mengatasi kesakitan bersalin anda. Ini termasuk:

Penggunaan cermin semasa sedang push

Cuti Bersalin Apa yang Perlu Anda Ketahui

Dengan kehadiran cermin kelahiran, seseorang wanita yang bersalin akan dapat melihat perineum (antara dubur dan bibir faraj) yang membonjol dan, akhirnya, menyaksikan kepala bayinya keluar.

Berikut adalah 3 kondisi di mana penyedia perkhidmatan kesihatan mungkin mengesyorkan ibu menggunakan cermin:

  • Sekiranya seseorang wanita memilih kaedah melahirkan di dalam air dan ingin melihat apa yang berlaku di bawah air
  • Sekiranya bakal ibu mempunyai kesukaran untuk mendapat motivasi dan memerlukan inspirasi
  • Sekiranya seseorang wanita mahukan memori berbentuk visual yang berharga

Bagi sesetengah individu, saat bersalin adalah perkara yang indah dan hebat untuk melihat bayi keluar daripada saluran faraj melalui cermin.

Sekiranya anda mahu merasai pengalaman tersebut, anda dinasihatkan untuk meminta pendapat doktor terlebih dahulu mengenai kesesuaian untuk melakukannya atau tidak.

Mengapa tidak ramai orang memilih untuk melihat cermin saat kelahiran?

Trend Bersalin di Rumah

Antara faktor ibu hamil tidak ramai memilih untuk melihat cermin saat bersalin adalah kerana bimbang jika melihat proses tersebut bersama pasangan akan mengubah perasaan si suami tentang seks selepas beranak.

Menurut pakar, sebilangan wanita berpendapat bahawa melihat bayi keluar dari faraj akan mengurangkan aspek seksual pada alat kelamin mereka.

Apa pun alasannya, pakar mengatakan bahawa hanya 1 daripada 10 wanita yang akan meminta untuk menggunakan cermin kelahiran, walaupun kebanyakan individu menyukainya dan menganggapnya sangat membantu.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.omicsonline.org/open-access/maximizing-maternal-birth-experience-through-the-use-of-a-labor-mirror-2376-127X-1000218.php?aid=69268#:~:text=According%20to%20the%20women%20who,a%20positive%20experience%20(58%25).
  2. https://www.researchgate.net/publication/304235767_Maximizing_Maternal_Birth_Experience_through_the_Use_of_a_Labor_Mirror
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nisreen Nadiah Disemak pada 19/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung