What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Eh..Ada Lesung Pipit Belakang Badan, Tapi Apa Kelebihannya? Jom Bongkar

    Eh..Ada Lesung Pipit Belakang Badan, Tapi Apa Kelebihannya? Jom Bongkar

    Selalu tengok individu dengan lesung pipit ni nampak comel je. Tetapi pernah dengar tak pasal lesung pipit belakang badan? Haaa…jom ketahui lebih lanjut mengenainya dalam perkongsian artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Lesung Pipit Belakang Badan

    Lesung pipit belakang badan atau back dimples adalah satu lekukan pada bahagian bawah belakang badan anda. Lekukan ini berada di atas sendi berhampiran pelvis dan antara tulang belakang serta di atas bahagian pinggul anda.

    Ia wujud apabila ligamen pendek yang melekat pada tulang belakang iliac – iaitu bahagian pinggir luar tulang iliac – serta kulit anda.

    Back dimples ini juga turut dikenali dengan nama dimples of Venus (lesung pipit Venus) yang berasal dari Venus, dewi kecantikan Romawi. Ia bukanlah satu nama formal, tetapi istilah ini digunapakai dalam komuniti perubatan.

    Lesung pipit belakang badan ini lebih kerap berlaku kepada individu wanita.

    lesung pipit belakang badan

    Ia tidak akan terjadi melalui senaman, kerana tiada otot yang boleh dibentuk pada bahagian tersebut. Walau bagaimanapun, kehilangan berat badan boleh menampakkan back dimples lebih jelas kelihatan.

    Genetik atau tidak?

    Dimples of Venus dikatakan wujud disebabkan faktor genetik. Walau bagaimanapun, tiada bukti konkrit untuk mengesahkan mengenai hal ini.

    Terdapat sedikit kajian yang dilakukan mengenai isu ini, tetapi para penyelidik masih belum dapat memastikan genetik apa yang mungkin berkaitan dengan back dimples ini.

    Namun, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa back dimples mungkin mempunyai sifat genetik dominan.

    Fakta atau mitos mengenai lesung pipit belakang badan

    Banyak mitos yang mengatakan bahawa lesung pipit ini memberikan kelebihan kepada aspek kehidupan seks individu yang memilikinya. Antara contoh mitosnya adalah berkaitan orgasma.

    Ada yang mempercayai individu wanita yang mempunyai back dimples ini akan mengalami orgasma lebih mudah. Ini kerana lesung pipit ini dikatakan sebagai tanda peredaran yang baik pada bahagian pelvis.

    lesung pipit belakang badan

    Malahan terdapat mitos yang mengatakan, individu dengan dimples of Venus, khususnya individu wanita, boleh mencapai orgasma mudah apabila pasangan menekan lekukan tersebut. Betul ke semudah itu?

    Malangnya tiada sebarang penyelidikan untuk mengesahkan mengenainya.

    Back dimples ini wujud disebabkan ligamen yang melekatkan tulang kepada kulit. Ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan peredaran darah di bahagian tersebut.

    Cuma apa yang boleh dikatakan, kebanyakan individu lelaki mendapati kewujudan dimples of Venus membuatkan individu wanita yang mempunyainya tampak lebih menarik.

    Akhir kata

    Mempunyai lesung pipit belakang badan ini adalah seperti satu ‘aksesori tambahan’ kepada tubuh anda. Ia wujud kerana ligamen pendek yang menghubungkan pelvis kepada kulit dan tidak mempunyai kaitan dengan orgasma.

    Namun tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana ia langsung tidak mendatangkan sebarang implikasi kepada kesihatan.

    Jadi jika anda mempunyainya, berbanggalah kerana ia membuatkan anda tampak lebih menarik dan unik!

    Kalkulator Ovulasi

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

    Kalkulator Ovulasi

    Panjang Kitaran

    (hari)

    28

    Objektif

    (hari)

    7


    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

    Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Are facial dimples determined by genetics? https://medlineplus.gov/genetics/understanding/traits/dimples/. Accessed on Sept 17, 2021
    2. Sacral dimple. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sacral-dimple/symptoms-causes/syc-20377353. Accessed on Sept 17, 2021
    3. Sacral Dimple. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17780-sacral-dimple. Accessed on Sept 17, 2021
    4. How to Develop Back Dimples. https://www.healthguidance.org/entry/17751/1/how-to-develop-back-dimples.html.Accessed on Sept 17, 2021
    5. Sacral dimple. https://radiopaedia.org/articles/sacral-dimple. Accessed on Sept 17, 2021
    6. Holly A. Zywicke and Curtis J. Rozzelle (2011). Sacral Dimples. https://pedsinreview.aappublications.org/content/32/3/109. Accessed on Sept 17, 2021
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 17/09/2021
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan