Panduan Menjaga & Membersih Alat Kelamin Bayi Perempuan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/10/2018
Share now

Jika anda rasa kulit bayi memerlukan penjagaan rapi, ada lagi yang perlu anda titikberatkan pada tubuh anak anda. Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi perempuan, salah satu penjagaan penting yang perlu anda ambil tahu adalah mengenai bahagian kemaluan mereka.

Alat kelamin bayi perempuan adalah sangat sensitif, jadi anda perlu berhati-hati semasa membersihkan bahagian ini. Ramai ibu bapa membersihkan bahagian lampin bayi perempuan dengan hanya menggunakan air dan pad kapas pada beberapa minggu terawal kelahiran bayi.

Anda boleh juga meletakkan sedikit cecair pembersih bayi yang lembut dalam air untuk membersihkan alat sulit si manja. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tisu basah bayi yang bebas alkohol dan bebas pewangi untuk mencuci kemaluan bayi perempuan anda. Penggunaan cecair pembersih yang lembut yang dibuat khas untuk bayi dapat membantu melindungi penghadang kulit semula jadi si manja anda.

Sebelum menggunakan pembersih cecair ataupun tisu basah pada si manja, periksa dahulu sama ada produk tersebut cukup sensitif dengan cara meletakkannya sedikit pada kulit bayi. Jika anda menggunakan pembersih cecair, anda perlu memasukkan sedikit cecair tersebut di dalam air dahulu. Jangan terus menyapukannya pada tubuh bayi.

Cara membersihkan kemaluan bayi perempuan

Semasa menukar lampin, bersihkan dahulu bahagian lampin daripada najis. Semasa menukar lampin bayi perempuan, sentiasa lap alat kemaluan bayi anda dari hadapan ke belakang, jauh dari vagina dan uretra (tempat dia mengeluarkan air kencing). Dengan cara mengelap dari depan ke belakang juga dapat membantu untuk mengelakkan bakteria berpindah dari bahagian punggung ke vagina atau uretranya, dan menyebabkan jangkitan.

Jika bahagian lampin si manja sangat kotor dengan najisnya melekat pada bibir faraj (labia), lakukan cara ini:

  • Bersihkan jari anda dahulu sebelum menyentuh bahagian lampin bayi. Kemudian, barulah bersihkan bibir faraj bayi anda dengan lembut.
  • Gunakan pad kapas lembap yang bersih atau tisu basah bayi yang bebas pewangi untuk membersihkan bahagian kemaluan bayi, bermula dari depan ke belakang.
  • Bersihkan setiap sudut pada labianya dengan menggunakan pad kapas ataupun tisu basah bayi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    https://www.babycentre.co.uk/x1053619/how-should-i-care-for-my-baby-girls-genitals

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

    Kelak kita semua akan kembali ke tempat kerja di era pandemik COVID-19 ini. Jadi, sila amalkan 10 langkah ini untuk selamat dari jangkitan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 02/06/2020

    Jangan Ambil Mudah, Pendarahan Dalaman Jika Dibiarkan Boleh Ancam Nyawa!

    Pendarahan dalaman merupakan satu masalah kesihatan yang sering dipandang ringan. Ia boleh mengancam nyawa jika serius dan tidak dirawat dengan serta-merta.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

    Pernah tak anda berasa lapar selepas melakukan hubungan seks? Sebab apa ya? Adakah seks bakar banyak kalori sehingga buat perut anda berkeroncong?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Untuk Bakal Pengantin, Elak Sebut 3 Perkara Ini Pada Pasangan Kalau Nak Jodoh Kekal Lama

    Interaksi dalam perkahwinan penting dalam rumah tangga. Sedihnya ramai pasangan termasuk pengantin baru memandang remeh cara berkomunikasi yang betul.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa