backup og meta

Sarapan Percuma Untuk Murid Sekolah Rendah, Ini Jenis Makanan yang Disarankan

Sarapan Percuma Untuk Murid Sekolah Rendah, Ini Jenis Makanan yang Disarankan

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan inisiatif baharu penyediaan sarapan percuma untuk semua murid sekolah rendah bermula Januari 2020. Untuk pengetahuan anda, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM2 hingga RM3 bilion setahun untuk keperluan sarapan percuma bagi 2.7 juta pelajar sekolah rendah. 

Kami pasti anda juga pasti bersetuju dengan inisiatif sarapan percuma yang diusahakan oleh kerajaan ini. Namun, apakah menu yang sesuai untuk sarapan percuma ini atau sarapan yang anda bekalkan untuk anak anda?

Usaha positif inisiatif sarapan percuma

sarapan percuma

Menteri Pendidikan menyatakan bahawa inisiatif tersebut adalah sebagai satu langkah untuk memastikan agar semua pelajar kekal sihat dan cergas semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut beliau lagi, penyediaan sarapan percuma tidak bergantung kepada ketersediaan makanan semata-mata, tetapi jenis makanan yang dihidangkan juga amat dititikberatkan agar murid mendapat sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat.

Inisiatif ini amat dipuji kerana ia dapat membantu kanak-kanak untuk mendapatkan makanan tanpa perlu skip sarapan pagi. Ia juga membantu mengurangkan beban keluarga kanak-kanak yang kurang berkemampuan terutama bagi mereka yang dikategorikan sebagai kelompok B40.

Cadangan menus sarapan percuma atau bekalan untuk kanak-kanak sekolah

Bagi ibu bapa yang mengambil berat mengenai pemilihan makanan anak-anak tetapi tidak mengetahui apakah jenis sarapan yang sesuai dan berkhasiat untuk mereka, anda boleh cuba kombinasi cadangan sarapan di bawah.

#1. Roti dan sapuan mentega atau marjerin + susu rendah lemak

Anak anda akan mendapat bekalan tenaga di pagi hari daripada sumber karbohidrat dan sedikit kandungan lemak daripada mentega atau marjerin. Susu membantu mengenyangkan perut anak anda selain bagus untuk kekuatan tulang.

#2. Bubur nasi bersama ayam + air teh kurang gula

Bubur nasi yang mengandungi kesemua komponen penting nutrisi seperti karbohidrat, vitamin dan protein dapat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh anak anda. Air teh dengan kandungan gula yang sedikit amat sesuai dengan bubur nasi.

#3. Bijirin dan hirisan buah + susu rendah lemak

sarapan percuma

Bijirin adalah satu daripada menu sihat yang mudah untuk disediakan. Hanya tuangkan bijirin ke dalam mangkuk bersama dengan air susu rendah lemak. Anda boleh juga menambahkan hirisan buah seperti pisang atau kekacang untuk menjadikannya lebih lazat.

#4. Sandwic telur dan mayonis + susu coklat

Ini juga merupakan salah satu menu sihat untuk anak anda. Sandwic juga boleh ditambah sayur bagi melengkapkan kandungan nutrisi dan vitamin yang diperlukan. Kehadiran susu coklat pasti menarik minat anak anda.

#5. Lempeng atau pankek bersama hirisan pisang + jus buah.

sarapan percuma

Lempeng atau pankek mengandungi kurang kandungan gula, dan lebih enak dimakan bersama hirisan buah seperti pisang. Anda boleh menambahkan sedikit kuah cicahan seperti kari atau yogurt jika ingin lebih kreatif. Pastikan jus buah tidak ditambah gula bagi memastikan ia kekal sebagai minuman yang sihat. 

Kesimpulan

Sekiranya anak anda tidak terbiasa dengan menu-menu di atas, anda masih boleh menyediakan menu yang mereka gemar seperti nasi goreng atau nasi lemak. Walau bagaimanapun, cuba kurangkan portion atau bahagian makanan tersebut dan perlahan-lahan bertukar kepada menu yang lebih sihat seperti yang di atas.

Anda juga boleh menjadikan nasi goreng anda lebih berkhasiat dengan meletakkan sumber protein yang mencukupi seperti ayam atau telur, tambahkan sayur-sayuran selain mengurangkan penggunaan garam, kicap dan minyak semasa menumis.

Baca juga:

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 Untuk Pelajar Sekolah Rendah

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sarapan-percuma-buat-pelajar-sekolah-rendah-mulai-januari-2020-maszlee-malik-215947

10 Healthy Breakfast Ideas to Help your Kids Do Well in School

Versi Terbaru

02/07/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan