home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ambil Sarapan Boleh Tingkatkan Pencapaian Anak

Ambil Sarapan Boleh Tingkatkan Pencapaian Anak

Pendidikan merupakan aset yang paling penting kerana ia boleh menjamin masa depan individu. Namun banyak faktor yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk seseorang itu berjaya termasuklah pemakanan individu. Pernah tak dengar ungkapan yang berbunyi “have breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a poor”? Ia menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam mempengaruhi aktiviti individu sepanjang hari. Kajian terbaru menunjukkan pelajar sekolah yang mengambil sarapan pagi mempunyai keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan GCSE berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Pengambilan sarapan bagi meningkatkan prestasi pelajar

Kita sering mendengar keluhan pelajar berkenaan dengan sarapan pagi. Mana tidaknya, jumlah wang perbelanjaan yang diberikan oleh ibu bapa kebiasaannya cukup untuk menampung kos pemakanan pada satu waktu rehat (biasanya pada pukul 10 pagi). Walau bagaimanapun, sesi pembelajaran bermula pada jam 8 pagi, dan kebanyakan pelajar tidak mengambil makanan sebelum waktu tersebut. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendapat insentif bagi menjalankan program sarapan percuma khas untuk pelajar sekolah yang bakal bermula menjelang 2020. Ini merupakan satu inisiatif yang baik bagi menjamin prestasi cemerlang dalam kalangan pelajar.

Negara-negara maju seperti di UK mempunyai program yang seakan-akan sama, namun hanya sebahagian daripada jumlah 24,000 sekolah yang menawarkan program tersebut kepada pelajarnya. Kajian oleh Katie Adolphus yang diterbitkan di Frontier telah menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sukar untuk mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan GCSE. Mereka yang mengambilnya secara kerap sering mendapat keputusan, secara puratanya, lebih dua gred berbanding pelajar yang tidak mengambilnya.

Dianggarkan bahawa hampir setengah juta daripada populasi pelajar sekolah di United Kingdom (UK) belajar dalam keadaan lapar. Kajian soal selidik yang dijalankan di sekolah-sekolah dan kolej yang terletak di West-Yorkshire telah menunjukkan 30% daripada pelajar tidak atau jarang mengambil makanan pada waktu pagi. Mereka yang makan pada waktu pagi dalam kekerapan sekali-sekala pula hanya merangkumi 20% daripada jumlah pelajar di negeri tersebut. Data tersebut telah dianalisis dan dapatan soal selidik menunjukkan mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sering mendapat keputusan, secara purata, kurang 10 markah daripada mereka yang mengambilnya.

Kajian ini menunjukkan kepentingan sarapan pagi dalam meningkatkan prestasi pelajar untuk mendapat keputusan akademik yang cemerlang.

Penting ke sarapan pagi?

Buku yang berjudul Three Square: The Invention of the American Meal oleh Abigail Carroll telah menerangkan perihal pembahagian waktu makan kepada makan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Menurutnya, pembahagian tersebut tidak berteraskan konsep biologi tetapi lebih kepada penerapan budaya oleh orang Eropah kepada komuniti masyarakat tempatan Amerika. Masyarakat tersebut hanya makan jika mereka berasa lapar. Namun pengamalan konsep tiga waktu makan ini membuatkan seseorang individu kelihatan lebih teratur dan bertamadun. Namun, persoalannya, adakah sarapan pagi merupakan perkara yang paling penting buat individu?

Selain dapat meningkatkan prestasi individu,sarapan pagi juga boleh:

  • Menjadikan seseorang individu lebih aktif: Waktu tidur merupakan fasa berpuasa bagi setiap individu. Kadar gula dalam darah kebiasaannya rendah dan ia merupakan sumber tenaga utama bagi badan. Mereka yang tidak mengambil makanan pada waktu pagi sering berasa lembap, tidak bertenaga dan sukar untuk menjadi lebih produktif dalam menjalankan aktiviti harian
  • Menurut kajian makanan, pelajar yang mengambil sarapan pagi cenderung untuk mengambil 20-60% lebih nutrisi mikro seperti vitamin B, D, zat besi dan serat berbanding mereka yang tidak mengambil sarapan. Ada juga kajian yang menyatakan kepentingan sarapan dalam mengawal berat badan namun ia mendapat tentangan daripada ahli akademik yang lain. Kajian lanjut perlu dijalankan bagi mengkaji kesannya dengan lebih tepat.

Konklusi

Jika anda merupakan seorang pelajar yang sedang bergelut dengan prestasi anda sendiri, cuba ambil sarapan secara kerap. Ia dapat membantu meningkatkan prestasi anda dan menjamin keputusan yang lebih cemerlang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Brain food: School children who skip breakfast are less likely to achieve good grades at GCSE, study claims. (https://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-7702761/School-children-skip-breakfast-likely-achieve-good-grades-GCSE-study-claims.html). Diakses pada 25 November 2019.
  2. Associations Between Habitual School-Day Breakfast Consumption Frequency and Academic Performance in British Adolescents. (https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fpubh.2019.00283/full). Diakses pada 25 November 2019.
  3. KPN Perkenalkan Program Sarapan Percuma Buat Semua Pelajar Sekolah Rendah Bermula 2020. (https://www.thevocket.com/kpm-perkenalkan-program-sarapan-percuma-buat-semua-pelajar-sekolah-rendah-bermula-2020/). Diakses pada 25 November 2019. 
  4. Meal Frequency and Timing Are Associated with Changes in Body Mass Index in Adventist Health Study 2. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28701389). Diakses pada 25 November 2019.
  5. Benefits of Eating Breakfast for Students. (https://healthyeating.sfgate.com/benefits-eating-breakfast-students-7697.html). Diakses pada 25 November 2019.
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Disemak pada 06/12/2019
x